October 2021 - Mieza S Mieza S: October 2021
Disahkan Positif Covid

Disahkan Positif Covid

Disahkan Positif Covid
sumber: google


assalamualaikum. huhu. saja lah bosan. sebab tak tahu nak buat apa kan. jangan expect entri ni kemas dan tersusun. sebab aku menaip ni pun pakai handphone sahaja.

alkisahnya macam ni. hari jumaat minggu lepas, which is 1 oktober 2021 rakan sepejabat disahkan positif. akibatnya, kami semua pergi la check status masing - masing di klinik berhampiran. result semua negatif, alhamdulillah.

lepastu hari ahad tu aku keluar, konon breakfast together - gather dengan tunang. masa ni, dia tegur mata aku merah. suhu aku 37 something. aku dah tak selesa dah. aku memang rasa macam lain dah sebab macam panas dalam. ghisau betul. aku cakap jom beli test kit saliva tu.


Suhu Tinggi

so kami ke watsons. masa scan suhu kat watson, jadi 38. auto bunyi weyh, malu. terus aku keluar. lagipun dekat watsons tak ada jual test kit tu. kami cari farmasi berhampiran. lega ada jual. tapi tak beli yang saliva kit. tunang aku beli yang macam pcr punya untuk hidung dan tekak.

dia lah yang tolong korekkan hidung aku. sekali result positif bhai. ghisau. kami dah naik kereta berdua. kesian dia. hmmm. 

pastu dua - dua dah gelabah cari klinik nak buat test. sah, aku positif dan dia negatif. sebaik lah. risau juga sebab dia kerja kedai makan nanti effect. bos bagi dia cuti kuarantin beberapa hari. maaf sangat sebab susahkan.


Kuarantin di rumah

jadi aku kuarantin di rumah sahaja. sepanjang 3 hari pertama ni memang aku nerengek sahaja. aku fedup sebab kepala denyut2 tahap nak hentak kat dinding weyh sakit hati. 

deria aku semua normal. aku syak aku stage 1, alhamdulillah la. tak ada apa yang membimbangkan sangat. lega. kata - kata nazurah aku selalu ingat. dia kata; kak demam2 makan je kak. jangan skip. itulah yang aku cuba. aku makan je sayur. nasib la selera aku tak berkurang. aku normal normal sahaja. cuma sakit kepala.

lepas aku disahkan positif beberapa hari (3 oktober), adik aku yang safwan pulak demam dan positif  hnmm.  lepastu mak aku pulak demam. nasib baik mak negatif. cumanya kesian la dekat mak aku. dia yang serve aku makan awal2. kalau dia tak serve mesti dia sihat je. ni pun mak masih demam on off. suhu tinggi.


Berjangkit Pula

kadang - kadang 36 kadang - kadang naik sampai ke 39. kesian mak. adik aku kecik dua orang pun sama. demam on off. kesian diorang semua. hmm. punca aku.

aku jadi marah dengan orang yang demam - demam pergi datang ofis. hmm. punca lah. aku masih rasa marahhhhh dan tak boleh nak redho. hahhaa.

okay lah nanti aku sambung cerita aku. bbye