Banjir Lagi

 

Banjir Lagi
banjir banjir juga, makan jangan lupa

assalamualaikum pembaca setia kanvasdakwat. harini ada bahan untuk update pasal peribadi. kali ni pasal banjir. hari ahad yang lepas, memang hujan mencurah - curah jatuh dalam jangka masa yang lama. hujan yang dicurahkan jatuh hampir ke semua tempat. sebab tu tempat rendah, banyak tenggelam. 

Dah Lama Air Tak Masuk 

banjir ter teruk yang pernah dialami aku sendiri, seingat aku tahun 2004 atau 2005. dalam masa yang sama, kehilangan nenek. masa ni banjir memang teruk. rumah aku tenggelam hampir habis tingkap. semua barang innalillah. nasib baik ada rumah nenek 2 tingkat (beberapa langkah dari rumah aku). kami semua bersesak duduk tingkat atas. 

bahagia je. cuma tu lah. lepas mengemas rasa lah nikmat sakit badan. itu banjir teruk yang aku sendiri pernah alami. sebelum  -sebelum tu pun pernah je banjir. rasanya banjir terawal yang pernah aku alami waktu 1995. HAHAHAH. weyh, ni masa aku lahir. 

ada lagi gambarnya. mak pegang aku. nenek pun ada dirumah kami (nenek sebelah mak). kawasan sini memang sangat kerap banjir. samaada air masuk/ atau tak je. paling - paling kawasan dapur ada lah paras buku lali kalau hujan lebat dan tak berhenti. 

Kenangan Lama

waktu 2004/ 2005 tu, memang banjir teruk. lepas kemas - kemas rumah, esoknya aku bangun semua orang tak ada. rupanya dorang tengah tunggu jenazah sampai rumah. aku taktahu apa reaksi aku. aku macam "ha? oh ok". aku rapat dan sangat sayangkan nenek. entah kenapa, khabar kematian nenek tak memberi impak apa - apa. 

rupanya nenek sesak nafas jam 4 pagi macam tu. memang gigih lepas banjir nenek berkemas. nenek kata, biar rumah bersih. rupanya nenek permudahkan urusan semua orang. jenazah nenek tiba dalam keadaan rumah dah bersih dan kemas.

tah. aku sayang nenek. tapi berita kematian nenek macam kosong. cuma kalau aku rindu atau teringat nenek, aku nangis macam apetah. rindu yang tak bertanda. 


Jalan Depan Naik Air

hari kejadian (hari ahad), aku keluar. pukul 4 dah mula hujan, lebat. pukul 5lebih aku gerak balik. jalan depan naik atas tinggi juga. dari 3 lorong jadi 1 lorong. selalunya kalau banjir pun, masih guna 2 lorong. rupanya beberapa minit, banjir teruk dekat kawasan tu. nasib baik aku dah lalu jalan tersebut awal. kalau tak, mesti tersadai. 

masa aku sampai rumah, air dah nak cecah lutut (atas sikit). selamat bilik aku tinggi sikit. sempat lah aku naikkan barang - barang yang patut. cuma almari aku kasihan. kena air, kembang semangkok. dah macam kek terendam air. HAHAHA. kalau aku sepak tu, memang menyembah jela. tunggu masa nak roboh. nanti ada duit lebih, ganti baru. hmm

korang tengok la gambar dekat bawah. 


Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi


yang bawah ni gambar selepas banjir. banjir hari ahad. inin baru dapat kemas. sebab isnin pagi tu baru air surut. letih nya lahai. hahahaha. 

Banjir Lagi

Banjir Lagi

Banjir Lagi

okay, tu je nak tunjuk. doakan aku selalu rajin mengemas. ahahhaha. 

Post a Comment

3 Comments

  1. hi mieza! seronok baca post kau. lama dh tak menyinggah kat blog kau ni hihi ;)

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar. Hilang kata-kata kak PC. Semoga urusan mengemas dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Allahu.. bertabah la. Semoga dipermudahkan urusan nk mengemas tu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.