alkisahnya semalam. masa tengah sakit kepala nak susun kerja, aku scroll lah instagram sambil tengok makanan. entah macammana, ada keluar iklan air kopi. umum mengetahui (padahal tak ada sesiapa tahu), aku sangat mencintai kopi. tak la sangat mencintai, tapi aku suka kopi.
aku pun laju je buka akaun instagram tersebut dan mencari menu. ya allah, harga dia. hahahha. aku tak ada fikir panjang terus suruh adik - adik buat pilihan. berurusan dengan admin dia pun tersangatlah cepat dan pantas tak perlu tunggu lama.
Pak Kopi Kaw Giler
aku tak expect kepekatan kopi dan harga dia macam ni. mak pun cakap "ni baru betul kopi". terbaik. aku rasa ni kedai baru kot, sebab instagram diorang pun tak banyak gambar. sebaik bukan scammer, eh. hahahha.
air yang aku order untuk diri sendiri ialah air kopi masin kaw. nama macam pelik kan? sebab aku terbaca komen orang lain dalam gambar. orang tu kata sedap, jadi aku pun cuba lah. sedap je. cuma, aku lupa. hahahha. ni selalu lupa.
aku lupa nak tanya, air boleh request syrup/ sugar atau air ni memang didatangkan ori tanpa syrup/ gula. sebab kebanyakan cafe hipstur memang kopi yang dipesan tidak akan dicampur gula melainkan kita minta. yela tengah sedap - sedap nak sedut terus rasa macam, alahai. terus kacau kacau gula dan air aku jadi air paling sedap.
aku minum sikit je, lepas tu simpan dalam peti ais. tahu - tahu dah habis -_- siapa tah habiskan semua tak mengaku pulak tu. geram betul.
Kopi Murah dan Sedap di Subang
siapa penggemar kopi, memang korang boleh cuba kopi ni. beruntung orang yang duduk disekitar lembah klang. korang boleh dapatkan kopi ni dengan bantuan lalamove (rasanya lah, lupa dah). macam aku duduk shah alam. jadi caj penghantaran dari subang rm10 macam tu.
sebabkan harganya sangat lah berbaloi, aku terus order lima. korang boleh rujuk menu dibawah sekiranya berminat nak cuba.
aku ingat pkp (lockdown yang tak berapa nak lockdown ni) aku akan jadi murung. rupanya pipi dah jadi labuh sampai tak boleh nak tampung. ah shiappp hahaha. alhamdullillah. makanan masih cukup untuk kenyangkan perut.
Info Pak Kopiinstagram: https://www.instagram.com/jomkopi.foodtrucks/facebook: https://www.facebook.com/JomKopi.FoodTrucks/no tel: 013-9067687alamat: 11, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
kemaskini: produk ini telah mengalami penjenaam semula sebagai Jom Kopi semenjak Okt 2021
2 Comments
Kopi ni halal ke ?
ReplyDeletedalam sistem JAKIM, memang tiada. kalau ikutkan, penjaja kecil tiada keperluan untuk mendapatkan sijil halal (dan sijil halal bukan lah wajib). sebagai pelanggan, jika kita ingin membeli sesuatu makanan ditepi jalan. pastikan bersih, islam dah cukup. yang penting yakin. kalau tak yakin tak perlu beli.
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.