Tuhan Bagi

 

Tuhan Bagi

Tuhan tak bagi apa yang kita nak, Tuhan bagi apa yang kita perlu. sebab Dia Tuhan kita. Dia lebih kenal kita lebih daripada diri kita. Dia lagi tahu apa yang baik untuk diri kita lebih dari diri kita sendiri. segala - galanya ketetapan Tuhan. 

kita keluar dari takdir Allah melalui jalan ini, kita akan masuk takdir Allah melalui jalan yang lain pula. tak boleh lari. asalkan kita redha.

sakit kita redha. sihat kita syukur. begitulah hidup. meletakkan seluruh kehidupan kita pada Tuhan. menggantungkan seluruh hidup kita kepada Tuhan. yakin Tuhan telah 'melukiskan' hidup kita jauh lebih baik dari apa yang kita minta dan mahu. 


Hidup Tak Indah

Tuhan Bagi

bagaimana cara melihat kehidupan? aku sebagai manusia biasa memang sangat suka membandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain. aku selalu rasa hidup orang jauh lebih baik dari hidup aku. sedangkan orang lain melihat hidup aku jauh lebih baik dari hidup mereka. 

kesalahan diri sendiri kali ini ialah aku tak pernah bersyukur. aku selalu nak rasa lebih dari apa yang orang ada. walhal, aku ada apa yang orang lain tidak ada. aku jarang melihat hidup aku dari sudut pandang positif. aku cuma nampak negatif. bukan negatif mana. aku sendiri yang saja gatal nak pandang macam tu. 

dalam sesetengah situasi, aku selalu cakap dekat diri sendiri. aku boleh mencorakkan hidup aku sendiri untuk dilihat sebagai warna warni. cuma ada masa, aku macam down. secara automatiknya diri aku penuh dengan rasa kelabu. 

mungkin aku tak istiqamah meletak Tuhan paling atas. aku lebih memilih mata manusia dari cctv Tuhan. aku lebih fikirkan perasaan manusia dari memikirkan tentang Tuhan. 


Sabar

Tuhan Bagi
dalam kita meminta - minta kepada Tuhan. mesti ada tujuan dalam hasrat yang dipohon. contohnya, meminta gaji besar untuk menggembirakan keluarga. 

hasrat: gaji besar
tujuan: menggembirakan keluarga

dah doa sungguh - sungguh tapi Tuhan tak makbul. langsung. kita sedih kita kecewa. sebab kita anggap doa kita tersangkut tak sampai 'rumah' Tuhan. atau mungkin Tuhan 'mendengar' tapi tidak mahu memberi apa yang kita mahu. sedangkan kita tahu, kita ni manusia yang selalu sangat lupa diri. bayangkan saja, jika kita mendapat gaji besar. mesti dah tak lekat dirumah. hobinya pasti membuang - buang waktu dan wang. ya kan? namun hal ini sering tidak disedari. 


Percaya dan Yakin

Tuhan Bagi

kalau macam situasi aku. diumur yang 25 tahun lalu. aku bersungguh - sungguh meminta. aku minta tuhan tamatkan pencarian aku dalam circle jodoh. tiba - tiba datang seseorang yang aku fikir dia pemberian tuhan. sungguh - sungguh aku sayang. dalam masa sama, aku masih meminta - minta untuk tuhan buka jalan. adakah ini jodoh atau bodoh?

sehinggalah pada suatu hari. 'jangan menduakan'. itulah kata - kata yang membuatkan lelaki tu terkesima dan menjauh aku. aku cuba mendapatkan jawapan kenapa dan mengapa. rupa - rupanya dia tersangkut kembali kepada bekas teman wanita. seminggu hati aku macam kena tampar. 

sungguh - sungguh aku doa, minta tuhan tetapkan hati dia untuk aku. nangis - nangis aku minta. penuh harap. tapi mungkin pura - pura. entah. aku nangis mungkin bukan sebab meletakkan seluruh harap kepada tuhan, mungkin aku nangis kerana sedihnya aku bila dia kembali kepada teman wanitanya. 

seminggu yang koyak. seminggu aku pura - pura kuat dan bertahan dalalm hubungan bodoh. yakin betul dia mampu membahagiakan dua orang dalam satu masa. huh! hari terakhir aku rasa aku cukup kuat untuk pergi dari hidup dia. aku meminta diri. 

aku masih lagi meminta - minta kepada tuhan. hasrat: soal jodoh. tujuan: menikmati hidup dengan lebih berkat? mungkin. entah taktahu nak tulis macammana. mungkin sempurnakan separuh lagi iman? entah. 

kita keluar dari takdir Allah melalui jalan ini, kita akan masuk takdir Allah melalui jalan yang lain pula. tak boleh lari. asalkan kita redha.

benarlah. aku sepatutnya redha waktu aku tengah 'koyak' haritu. sebab sekarang tuhan bagi aku 'hadiah'. aku tahu hidup belum termeterai sah. aku tahu. setidaknya, aku bersyukur. dia jauh lebih baik dari yang sebelumnya. dia benar - benar ingin hidup yang baru. dari matanya aku nampak dia benar - benar sungguh. 

sekalipun nanti, hubungan ini akan terpatah dua. aku yakin dan percaya. sekalipun aku tidak melalui takdir hidup aku dengan dia, aku tetap akan melalui perjalanan takdir yang lain. selebihnya aku serahkan dekat Dia. bila kita serahkan urusan kita dekat Tuhan, Tuhan akan selesaikan urusan kita. Dia lebih tahu mana yang terbaik untuk aku. aku cuma meminta apa yang aku mahu. namun Dia lebih tahu mana yang aku perlu. mudah - mudahan.
Ya Allah, andai dia ditakdirkan menjadi pelengkap hidupku, mudahkanlah jodoh kami, satukanlah hati kami agar kami saling mencintai dalam hubungan yang halal. jika ditakdirkan dia bukan jodoh terbaik buatku, padamkanlah perasaan ini dan jauhkanlah aku daripadanya. permudahkan juga urusan kami dan keluarga kami.

 

Post a Comment

0 Comments