Lirik Lagu Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas - Mieza S Mieza S: Lirik Lagu Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

Lirik Lagu Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

May 05, 2021
 
Lirik Lagu Ceria Aidilfitri - Faizal Tahir, Zizi Kirana & Darmas

Riang bercampur hiba kian terasa
Bila terkenang yang jauh di mata
Ayah dan juga bonda sanak saudara
Teman-teman lama yang ku tinggalkan
Hai menjelang Hari Raya

Oh Sungguh indah kenangan waktu di desa
Suasana riang ria tak kira pagi atau senja
Berdentam dentuman meriam memecah keheningan
Anak kecil keriangan ceria di Hari Raya

Takbir berkumandang di pagi yang mulia
Gema Tahmid memuji kebesaranNya
Sebulan berpuasa mendidik jiwa
Kini tiba masa ‘tuk meraikannya
Selamat Hari Raya

Di hari ini janganlah leka
Usah lupa pada yang tiada
Dan mereka yang memerlukan

Hei, kanak-kanak datang berkunjung ke rumah
Berpakaian baju baru warna warni sungguh indah 
Dengan wajah yang ceria menyimpan seribu makna
Tidak makan pun tak apa asal dapat duit raya
Hai selamat Hari Raya
Hai selamat berhari Raya

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.