Bagaimana Kau Mampu untuk Berbagi Adil?

Bagaimana Kau Mampu untuk Berbagi Adil?

aku datang kali ini dengan  menyarung luka menutup dada. darahnya sedang mengalir tak henti. hati yang dah lama merawat lukanya sendirian kini tertoreh kembali oleh seseorang yang ku gantung harap. hati aku benar - benar patah setelah sekian lama tidak begini. aku tidak punya tempat mencurah. aku mahu memeluk seseorang dah memuntahkan seluruh kekecewaan, sumpah! tapi bukan pada seseorang yang aku kenal. aku tak mahu dilihat sebagai yang paling patah. 

fikiran aku berlari tak berarah. aku sepertinya tidak tahu dimana harus aku harus berfikiran waras dan selayaknya. kali keberapa entah aku jatuh lagi. aku rasa aku benar - benar kalah dengan perasaan sendiri. 

bagaimana aku mampu menjadi seorang perempuan tabah hanya dengan sebuah pertanyaan untuk memberi izin dan ruang kepada perempuan selain aku menetap. di tempat kedua. atau mungkin nanti akan wujud yang ketiga. aku benar - benar tak menyangka pertanyaan seperti ini menyinggah lagi setelah sepuluh tahun berlalu. fikiran aku kusut. 

aku perlu undur diri? apa yang perlu aku lakukan? dia benar - benar tak bisa memilih antara keduanya. 

Bagaimana Kau Mampu untuk Berbagi Adil?

aku betul - betul bukan tipikal yang rela berkongsi. tak mungkin. aku akan memilih meninggalkan atau hanya aku yang terpilih jika situasi ini terjadi. entah. aku tak mampu dan tak mahu. aku yakin, manusia biasa tak mampu berbagi dengan adil. salah seorang pasti akan terluka dalam diam, dan seorang lagi pura - pura rela dan menerima. 

entah. terasa seperti harapan untuk aku bahagia takkan pernah ada sampai bila - bila. sampai bila - bila takkan wujud sebuah 'rumah' untuk aku. hmm.  

Post a Comment

0 Comments