BBSAP atau nama penuhnya ialah Bandar Baru Setia Awan Perdana yang terletak di daerah Manjung, Perak ialah sebuah projek perumahan mampu milik dan hak milik kekal. ada orang kata, "eleh, kabo rumah mampu milik tapi rumah mampu tengok." okay - okay, selalu kena tipu kan? kali ni betul. aku dan rakan media telah berpeluang melawat sendiri projek perumahan tersebut dan harganya memang dibawah 300k.
ini sahaja peluang yang engkorang ada untuk memiliki aset. duduk di kota metropolitan memang membataskan semua benda termasuklah memiliki rumah sendiri, hatta hanya mampu menyewa bilik sahaja (yang bujang) atau sebuah rumah kecil (jika berkeluarga).
Fasa 1 dan 2 Habis Dijual
tahukah engkorang? projek perumahan ini bermula sekitar 4-5 tahun yang lalu dan pemilik bagi fasa 1 sudah pun memilik kunci rumah masing - masing. total buah rumah bagi fasa satu ialah sebanyak 1,147 unit. salah seorang yang telah memiliki kunci tersebut ialah pemilik blog Eintan Nurfuzie.
aku dan rakan media sempat dibawa ke tapak pembinaan bagi fasa 3 dan 4. walaupun demikian, 60-90% unit sudah pun ada pemiliknya. fuh laju ya penjualan rumah BBSAP. korang cepat - cepat ke https://mybbsap.com/ untuk membuat survey.
kami juga diberi penerangan tentang 'hala tuju' perumahan ini. aku teruja bila dengar. ada macam - macam fasiliti yang dijanjikan dan yang sudah siap dibina. pastinya semua kehendak yang perlu ada untuk orang macam aku. aku dah bayangkan, kalau aku duduk sini apa aktiviti aku akan buat. no more tidur waktu petang atau main telefon sampai muntah. hahhaa.
kami juga diberi penerangan tentang 'hala tuju' perumahan ini. aku teruja bila dengar. ada macam - macam fasiliti yang dijanjikan dan yang sudah siap dibina. pastinya semua kehendak yang perlu ada untuk orang macam aku. aku dah bayangkan, kalau aku duduk sini apa aktiviti aku akan buat. no more tidur waktu petang atau main telefon sampai muntah. hahhaa.
Jenis Pilihan Rumah yang Disediakan
pembinaan rumah ini dibina secara berperingkat yang melibatkan 5 fasa seluas 1012 ekar dan merangkumi sekurang - kurangnya 10,500 unit untuk didiami. siapa yang duduk sana, berkenalan lah dengan jiran tetangga. 1 fasa pun cukuplah. raya nanti jadi orang kaya segera. eh. hahaha. dulu aku selalu buat kira - kira macam ni kalau duduk rumah bertingkat macam flat ke kondo ke ikutlah. janji banyak tingkat. hahaha dasar budak hingusan.
antara pilihan rumah yang disediakan ialah rumah teres setingkat dengan binaan bersaiz 20’x45′ kaki (900 kaki persegi) dan juga rumah kluster berkembar setingkat dengan binaan bersaiz 20’x40 kaki (920 kaki persegi).
unit rumah teres ini dijual pada harga bermula RM135,000. murah kan? dekat kl memang tak boleh dapat harga ni. hahahha.
3 bilik tidur |
Kluster Berkembar Setingkat
unit rumah semi-D pula dijual pada harga bermula RM188,000.
Fasiliti Lengkap dan Kemudahan di BBSAP
sumber: peraktoday.com.my |
rujuk poster. kan aku dah cakap diawal perenggan tadi. hahhaa. betapa sibuknya aku dengan aktiviti sihat jika seandainya aku adalah salah seorang pemilik rumah di BBSAP. weyh seronok :( semoga ada rezeki!
BBSAP juga turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sekolah, masjid, stesen pam minyak, masjid, balai bomba, balai polis dan banyak lagi.
Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek
di BBSAP juga sedang dalam proses membangunkan sebuah dewan badminton yang diberi nama Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek. tahukah engkorang? Datuk Misbun Sidek merupakan duta bagi projek perumahan Bandar Baru Setia Awan ini. sebab tu nama dewan adalah bersempena nama lagenda badminton.
dewan ini tidak hanya dibina sekadar untuk bermain badminton. ia juga akan turut digunakan sebagai tempat mencari bakat baru dalam arena sukan badminton akan datang.
menariknya rumah di BBSAP ini adalah kerana lokasinya yang sangat strategik dengan pusat pelancongan. kalau sedaghe maghe datang rumah, boleh bawa mereka ke pusat pelancongan berikut: Teluk Batik, Lumut, Segari, Pasir Bogak dan banyak lagi. best kan? lepastu dekat dengan pasaraya hospital dan lain - lain. korang boleh je google pasal perumahan BBSAP ni. memang terbaik!
kalau korang nak tengok galeri atau nak bertanyaan soalan yang lebih mendalam tentang projek perumahan ni korang boleh rujuk maklumat dibawah.
Info Bandar Baru Setia Awan Perdana
laman web : https://mybbsap.com/
facebook : https://www.facebook.com/townshipBBSAP/
instagram : https://www.instagram.com/bbsaptownship/
alamat
No. 131, Persiaran PM2/1, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia.
waktu operasi:
isnin - jumaat: 9pagi – 8malam
sabtu: 9pagi – 4petang
ahad : 10pagi – 5petang
cuti umum: 10pagi – 2petang
hubungi:
+605-6882222 | +605-6888882 | +6012-6492722
kalau korang nak tengok galeri atau nak bertanyaan soalan yang lebih mendalam tentang projek perumahan ni korang boleh rujuk maklumat dibawah.
Info Bandar Baru Setia Awan Perdana
laman web : https://mybbsap.com/
facebook : https://www.facebook.com/townshipBBSAP/
instagram : https://www.instagram.com/bbsaptownship/
alamat
No. 131, Persiaran PM2/1, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia.
waktu operasi:
isnin - jumaat: 9pagi – 8malam
sabtu: 9pagi – 4petang
ahad : 10pagi – 5petang
cuti umum: 10pagi – 2petang
hubungi:
+605-6882222 | +605-6888882 | +6012-6492722
*kredit beberapa gambar kepada fotografer; awin <3
1 Comments
Sedih.. yg mampu milik pun x mampu dimiliki..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.