Tuhan Merahmati Perjalanan Abam

Tuhan Merahmati Perjalanan Abam
sumber gambar: cempedak cheese

semalam mendung sedari pagi. emak ada whatsapp aku "sidai baju dekat luar ke? mendung kan?" aku tak sangka, mendung sebab langit akan memayungi kepergian abam. langit seolah mengerti kita akan kehilangan orang - orang baik. 

Dunia Sudah Tua


dunia terlalu tua untuk menampung orang baik - baik. 

betul lah kita di ambang akhir dunia. semakin banyak kematian orang baik, banyak penyakit merebak berjangkit yang tidak mempunyai penawar serta bencana alam besar yang mengorban ribuan manusia. 

dunia sudah tua. aku masih terkejut dengan berita pemergian abam. pemergiannya dirasai seluruh rakyat malaysia. begitu ramai yang menyayangi beliau. kebaikannya dicerita semua sedangkan waktu hayatnya, dia tidak ada apa - apa langsung. baik benar kerja tuhan. 

aku selalu teringat ayat: "kita semua manusia biasa, yang membezakan kita cuma amalan." sebab kita hidup di bumi dan bermasyarakat bersama manusia, kita lebih gemar membuat perbandingan dunia antara kita berbanding amalan akhirat sesama manusia. hanya orang yang begitu menjaga amalannya yang tuhan akan tunjuk saat kematiannya. entah. 

semalam dok tengok video yang orang dok share pasal kawan - kawan abam, keluarga abam, ikut sama menangis. pagi tadi tengok pulak dekat youtube, nangis lagi. padahal tak pernah ada pertalian apa - apa pun kenapa kena rasa sedih. entah. sebab dia dekat dengan masyarakat kot. hm. 

tuhan, semoga Engkau merahmati Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan (abam), ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan damai di rumah sana. 

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.