Selamat Bahagia

Selamat Bahagia

semalam aku ke majlis kakak syida yang berlangsung di u2. dekat je dengan rumah. kakak syida ni 'ex' officemate. kenal dia masa 2017 bulan mac. masa tu dia sombong. hahahhaa. sombong sebab dia senior, kita budak baru je. dia programmer awak. kite ni budak bancuh air dengan potostet je awak.

lama - lama tu, entah macammana terjadi lah rapat. selalu juga waktu tengahari kakak syida ni datang meja aku. ala - ala bagi kaunseling gitu. pasal cinta ada, pasal keluarga ada, pasal hidup pun ada. macam - macam. pendek kata tentang kehidupan manusia biasa. 


Bina Masjid dengan Jejaka Pilihan

Selamat Bahagia
gambar nikah

aku pernah tulis pasal kak syida di entri ini: kakak rasyidah. itu je yang aku jumpa. aku kenal kakak syida masa dia single. sepanjang 2017 nak ke 2018, dia bercinta dengan seseorang yang selalu mematah - matah kan hati. sampai satu masa dia putus, dan dia menjumpai titik noktah tentang cinta. 

masa ni dia kata dia bahagia dengan lelaki yang kini bergelar suami. aku pernah ada masa dia betul - betul sakit dikecewa. tapi masih tetap setia dengan orang sama. kenapa entah. mungkin masa tu, lelaki itu saja yang ada. sebab tak nak rasa sepi, dia lebih sudi disakiti dari sendiri. 

yelah. kita semua manusia yang bila merasa sepi, sanggup tinggal duduk dengan orang yang diketahui akan mematahkan hati. berkorban katanya. hahhaha. kita semua sama. 

bertahan setahun lebih juga dengan lelaki itu dan akhirnya memilih untuk pergi. tahniah untuk kakak syida buat keputusan yang betul. 


Jumpa Jodoh

Selamat Bahagia

beberapa bulan kemudian, dengan rasa takut dan dengan rasa nak hidup baru. kakak syida memulakan pencarian semula dan menjumpai kekasih yang kini bergelar suaminya. hampir hampir gagal ya kak syida. hahahha. nasib baik, jodoh kuat! setahun kemudian selepas berkenalan, kakak syida mengakhirkan usia bujang dengan perkahwinan suci. 
tahniah tahniah. kepada fazrol, semoga dapat jaga kakak syida sampai hujung nyawa. terima kasih sudi terima kakak syida walaupun kadang - kadang perangai kakak syida sukar dimengerti. terima kasih sudi terima baik buruk kakak syida. semoga kekal sampai syurga ya. 
Selamat Bahagia
partner semalam dari pukul 11 sampai 2. 
terima kasih teha teman makan sampai 3 kali. hahhaha. 2 kali mihun sup, sekali nasi minyak. teman amik gambar, teman duduk dekat wedding sampai pukul dua lebih. 


Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.