Hawa

Hawa

hawa masih menancapkan bola matanya pada permukaan langit yang masih putih. entah. hatinya masih rasa bagai disiat dengan dosa. allah. taktahu kenapa. ini bukan kali pertama dia hampir - hampir ternoda. kali keberapa, mengenali sang lelaki durjana. 

kata agamawan, lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. jadi benarlah miskin dengan yang miskin agar tak berlaku lebihan darjat. jadi benarlah yang kacak dengan sicantik agar tak ada yang terlebih kurang. susun atur tuhan cantik. 

cantik pada yang benar - benar sederhana. tapi tidak pada hawa.

tidak punya wajah menarik. tidak ada apa - apa. 

berat sungguh kali ini dugaannya. entah kepada siapa hawa mahu mengadu. takut tersalah erti dan digunapakai lelaki yang tidak tahu menghargai. 

demi tuhan yang esa, jika tidak berdoa tadi. sudah tentu hawa terjebak dalam pelukan asmara. mujur, langkah kaki sudah ditasbih kursi. hati sudah benar - benar insaf dengan dosa lampau. sungguh, jika tidak. tentu saja hawa tersunggur rebah di pintu rumah. 

betapa menjadi manusia itu dugaan yang paling berat adalah disaat ia jatuh pada nafsu tak bertuan. sering disalah erti jika terlalu berhati - hati. katanya pemikiran terlalu kolot pada agama. ah entah. letih. terlalu letih menjaga hati orang sehingga hati hawa yang sendiri semakin diulit kekosongan tak bertepi. penuh dengan lalang derita. bila entah akan ditebas cinta. 

"apa yang sedang kau lakukan disini hawa? menatap langit yang tidak berawan?", adam menegur. 

"oh tidak. aku sekadar menyampaikan resahku di dada langit. supaya ia akan mengerti kegundahan hati."

"apakah kau terluka hawa?" adam tidak mengerti.

"tidak adam. aku sudah lama terluka. bukan baru terjadi. sering saja. jadi tidak perlu kau terlalu mengambil berat tentangku."

"tidak hawa. kau tercipta dari tulang rusuk laki - laki yang paling bengkok yang paling atas. engkau akan patah jika aku berusaha meluruskannya. jika dibiar, ia akan terus bengkok. maka, aku lah yang akan menjadi pemimpinmu suatu hari kelak. aku yang akan menjaga tulang rusuk ku agar tidak terus bengkok atau terlalu berusaha menjadikan ia lurus. 

aku akan menjagamu hawa. kau adalah sebahagian amanat yang tuhan berikan.."

"berhentilah kau dari berkata - kata yang menyimpan tuhan didalamnya. aku muak."

"hawa. aku tahu hatimu telah terpecah dua. percayalah, aku akan menyambungnya semula dengan tautan rasa. aku tahu kau pedih mendengar luah kata ku yang seakan sama seperti mereka. aku tahu. kau sudah masak bukan? percayalah. akulah orang yang akan  kau pandang sebelum belayar ke samudera mimpi. ..."

"diam adam. aku tak mahu mendengar. terlalu mustahil untuk kita."
hawa lantas bangkit meninggalkan adam dengan hati yang masih terpecah dua.

entah. keraguan masih bersemai subur. 


maaf adam. aku terlalu takutkan masa depan. masa depan yang entah mungkin akan menghancur atau menghidupkan kembali ruang hati yang telah perlahan mati. semoga satu hari nanti aku sudi berdamai dengan takdir dan mengakui aku ini adalah potongan dari tulang rusuk lelaki yang paling bengkok. 

Post a Comment

0 Comments