hari isnin yang lepas aku menghabiskan sisa petang bersama ex. ya ya ; ex. hahahha. aku akan baik dengan orang kalau orang baik dengan aku. sepanjang aku dengan dia dulu, takde gaduh apa sangat pun. cuma dia lebihkan kawan. masa bercinta je mesti bermasalah, masa jadi kawan helok aja. aneh betul rasa.
dia suka datang dari jauh semata - mata nak jumpa member. aku ajak jumpa payah. so aku kata, kita kawan jela. bukan tak boleh lepak kan? aku dengan dia ada putus sekalli dan bercinta dua kali. mungkin dia tak sesuai jadi kesayangan. boleh jadi kawan baik je. hahahha.
kebetulan dia ada mc akibat asma. so dari bangi dia datang shah alam jumpa dengan keluarga angkat dan tunggu aku balik kerja. tempat biasa aku nak lepak, kat bandar shah alam je la. nak pergi jauh malas.
disebabkan haritu aku ada cakap aku nak makan aiskrim belgian dark choclate family mart, so perjumpaan kali itu kononnya adalah untuk merealisasikan aku punya keinginan. walaupun sebenarnya sebelum tu aku dah makan dah. tunggu dia berjanggut. HAHA.
sebelum makan ais-krim, aku dan dia ke pkns. katanya nak keluarkan duit. tiba - tiba ternampak sales dari guardian. hahahha. aku beli lah sabun cecair jenama guardian yang harganya rm8 dari berapa belas entah, mungkin rm13? lepastu minyak wangi silkygirl yang berharga rm8 dari rm14 mungkin. dan yang terakhir, aku beli bedak muka jenama silky girl rm5. harga asal dalam belas - belas juga rasanya.
lepastu baru kami ke family mart yang terletak di sacc mall. dekat situ kami duduk agak lama.
banyak yang kami bualkan. dari keluarga sehinggalah ke hal peribadi. sampai tak tahu mana satu nak tanya, itu atau ini. oh dulu dia duduk di padang jawa. lepastu sakit, balik semula kampung di perak. sekarang kerja baru di bangi.
woi, semoga naik pangkat boleh belanja aku makan banyak - banyak dan sihat selalu.
terima kasih sebab walaupun aku pandang kau 'jahat', tak pernah pun aku jumpa mana jahat kau. kau sentiasa je baik dengan aku. cuma adalah sekali. sebab masa tu aku kenal dengan orang lain waktu aku kawan dengan dia. masa ni dia marah gila - gila. sampai cakap aku @$%&. aku ingat dan whatsapp tu tak pernah aku delete, walaupun dah dua tiga tahun. hahahhaa.
akhirnya dua - dua jadi ex. gampang betul. hahaha. banyak benda yang dia selalu buat aku terharu. kenapa? sebab tak ada orang boleh buat macam dia buat. aku tahu benda tu normal je, orang lain pun selalu dan pernah buat. tapi dalam ramai - ramai aku kenal, dia je antara yang tak malu nak jalan sebelah aku. yang 'berkorban' hal - hal kecil untuk aku.
tak tahu nak describe. walaupun dia 'jahat' tapi dia baik.
hey, thanks for being here for many years. <3
3 Comments
Mudah2an ada jodohnya
ReplyDeleteHahaha cutenyaaa. takpe lah kawan pun. mybe berjodohan kemudian. tak semestinya kawan tak kawin hehehe
ReplyDeletemungkin hanya di jodohkan sbg sahabat bukan pasangan kan?
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.