Sebab Isytihar Diri Stress Semalam

Sebab Isytihar Diri Stress Semalam
sumber gambar: google

semalam aku mengisytihar diri sebagai seorang yang stress. aku terbeban dengan 'kerja'. bukan kerja lah. tapi aku letak sebagai kelompok kerja berikutan ia ada kaitan juga dalam waktu bekerja aku. aku okay nak menggalas apa yang diperintah. cuma ia menjadi beban dalam jiwa bila didesak. 

didesak benda yang aku ambil masa yang panjang untuk buat. aku ada kekuatan dan kelemahan diri. 

"hey, kau tolong lukis pelan bangunan ini dan hantar kepada yang berkenaan di negara seberang. jangan membeli tiket penerbangan. harus kau sendiri memandu kapal"

hey kau gila? hahahhaa. aku okay. tapi aku takut nak patahkan rasa takut. semua orang boleh memecahkan ketakutan dengan cara paksa berlawan. aku boleh lawan. tapi kalau aku lawan dengan rasa takut ni, apa akan jadi jika penerbangan aku tak kembali? apa jadi jika kapal kehabisan bahan bakar? apa akan jadi jika tiba - tiba langit mendung dan membawa kapal aku ke tempat asing? apa akan jadi dengan aku? bertahan hidup sendirian? kau gila? ini bukan sebuah rancangan tajaan jika meninggal di pertengahan jalan ada yang memberi perhatian. ini sendiri okay. aku orang asing yang namanya tak pernah meniti dibibir sesiapa. 


Sepetang di Tasik Shah Alam

sebelum menamatkan waktu kerja yang masih bersisa, aku berkira - kira untuk menggalas beban pulang ke rumah atau melepaskan di tempat awam. setelah waktu makin berlalu, aku memilih untuk 'terbang' seketika. harus membiarkan beban ini bebas di langit tinggi. 

ada satu port tempat aku selalu beristirehat. hampa. sedang berlaku pembinaan disitu. pagar telah ditutup. aku pusing dan masuk pagar seterusnya. berhampiran wet world. aku tak puas. tak boleh duduk bersandar. aku harus duduk di atas bangku. penat! 

aku menghabiskan sejam lamanya memandang hamparan langit diiringi kawanan burung. kiri kanan dan sekeliling aku terdapat kelompok keluarga dan pasangan kekasih. aku jadi pemerhati 'membaca' gelagat dan karenah manusia. 

waktu itu, dada aku penuh dengan rasa tak puas hati. kenapa aku harus takutkan benda bodoh? shit. entahlah. susah nak terangkan. aku ada alasan tersendiri untuk rasa takut. orang tak boleh paksa aku untuk :

"hey, kau bodoh eh takutkan semut? semua orang dengan senang hati memijak semut. tak ada apa yang nak ditakutkan dengan serangga kecil." 

begitulah perumpamaannya. aku ulang sekali lagi. ketakutan kita semua takkan sama dan takkan pernah logik. ia bergantung. 

Sebab Isytihar Diri Stress Semalam

jadi disinilah aku cuba - cuba membuka ruang dada melepas semua. masih ada yang tersisa. ini bukan tempat biasa. susah. aku tak ada kawan yang benar - benar kawan ketika ini. aku sedang sendiri. boleh dikatakan kawan yang ada sekarang sudah bekeluarga. aku tak boleh ganggu hak privasi.

yang keduanya, kawan yang sekeliling aku, tak dipanggil kawan. tapi aku gelar mereka keluarga. aku bukan yang suka menempelak rasa jiwa aku pada orang - orang begini. aku suka luahkan dengan seseorang yang aku panggil kawan, yang umur nya seusia aku. itu lebih senang. bercakap dengan keluarga atau orang agama, jawapan cliche yang aku akan terima ialah "dekat kan diri dengan tuhan." how? 

aku ni cuma manusia yang. yang bagaimana ya. jika aku berfikir dengan menghantuk kepala didinding menyelesaikan masalah, aku buat. bukan tak pernah. hahahaha. aku tidak serious pun. buat sekadar mahu rasa bagaimana yang dilalui orang lain. aku buat dilevel paling bawah. sekadar mahu rasa. dalam keadaan gawat, aku tak mencari tuhan. walaupun jiwa galau itu dicipta tuhan untuk aku mencari tuhan. 

aku cuma manusia biasa yang mahu memeluk orang lain untuk menangis dibahu. sekadar itu. aku perlu sentuhan atau setidaknya bercerita dan mengekspresi kesedihan aku didepan seseorang yang aku percaya. supaya aku rasa aku tidak sendiri. 

iya aku faham, tuhan ada di atas di sesuatu tempat yang tidak tahu dimana titik keberadaannya. malaikat juga ada di kiri kanan. aku bukan lah seorang, tapi masih berteman. aku sekadar mahu kan jasad. itu sahaja. ini kelompok untuk aku mengharmonikan jiwa. jadi siapa yang akan layankan jasmani aku yang sedang koyak? 

Sebab Isytihar Diri Stress Semalam

satu jam tak cukup untuk membebaskan beban. sumpah tak cukup. aku nak bersandar ditempat biasa di bawah pokok yang selalu aku duduk beristirehat, di tembok atas bukit. aku tahu, ada daun yang mendengar hati aku. ada langit yang sedang memandang aku. ada tembok yang sudi jadi tempat aku bersandar. 

untuk semalam. terima kasih seseorang yang ku paling orang asing kerana mendengarkan aku selama empat jam lamanya tanpa noktah. terima kasih juga tuhan yang telah menciptakan langit untuk aku bebas rasa luas. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.