teringin benar rasanya
aku mengembara ke dimensi
hatiku sendiri
aku ingin melawat
hatiku yang pernah
parah
dikecewa sang lelaki
hatiku yang pernah
tumpah darah
saat aku benar percaya
dia adalah lembah
bahagia yang
tak pernah tertulis
apa agaknya rupa
hati ku didalam kelam ya?
adakah benar - benar padam
tak punya cahaya
atau sebaliknya?
teringin benar aku
mengembara
ke dasar
hatiku sendiri
1 Comments
macam dalam kesedihan ja..sabar yer..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.