tersebutlah kisah
pelita yang indah
sapaan raga
bermadah jiwa
bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam
kau dengar suara itu tak sedar meneliti
ku cari, dalam gelap ikutkan gerak hati
tiap penulisannya jujur ku dalami
hati - hati dalam kata beri yang mengalami
segera ku pantau
silah yang lepas kalau
terlepas macam ricau
ku risau bertelan - telan
walau awal rasa dah buat yang terbaik
ralit itu punca ulang balik baiki yang tak baik
sistematik lincah
semantik kata - kata
fanitik dan mistik, kobar dikara kata cakna
madu palu dermaga, digodam terhentam meta
sungguh tak dalam kotak layang
besra nusantara
jalan ku pilih ini
jalan mampu kau cuba
ni macam bunuh diri, kau sendiri tak sangka
senandika ni kau saksi, mana kau paling suka
sini gelap bunyi runsing buat kau suka baca
bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam
seperti yang dikata, aku ni dari desa
jadi aku kurang party jaranglah biasa
apa boleh buat, sumpan aku tak bosan
kasutku sarung kakiku, kasut kau tak sepadan
mana yang aku lalu, mata aku terbuka
sama macam yang lalu, kini makin terbuka
selam dalam kataku, budayanya dikata
tapi buat ramai laku, laku aku berkarya
masih jauh, sauh, sudah penat mengeluh
benar aku manusia keluhan hidup separuh
dari kehidupan walau aku tak kata
kau manusia kau percaya itu biasa
tpi apa yang lain, kau bangun dari yang lain
berhenti dari bermain, melangkah dari kelmarin
diri kau mampu disaing, bila sibuk jaga kain
orang lain mudah tanding jadi, jadi orang lain
(2x)
bahasakan aku
dari bahasakan orang
macam bunga lagu
dengarkan bunga sekarang
mana yang dilalu hasilkan pengalaman
sumpah mahu kau faham tuah sendiri hadam
2 Comments
Menarik betul lirik dia..
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.