Quote #87 MiezaS

Quote #87 MiezaS

' Perempuan dalam E Flat Major,
Opus 9, No: 2.
Ketika temanku marah-marah kerana nilai petrol naik lima sen, aku malah menemui perempuanku di tengah melodi Nocturne susunan Chopin. Masih seperti kelmarin, bergetar di antara bilah-bilah angin yang suka bercanda di ikal rambutku.

Aku keliru, adakah kenangan atau masa depan telah mengganggu tidurnya di dadaku? Dia cukup rupawan, matanya menyimpan bulan. Keningnya, lebat seperti hutan. Ada kesan kelana di antaranya, lalu bersila di sisiku menjadi puisi yang belum matang.

Tangannya tenang melipat mimpi-mimpi yang menyelimuti kami malam tadi. Ketika dia tidak melihat, aku cepat-cepat menyembunyikan mimpiku tentangnya di bawah bantal. Kesunyian malah menertawakanku. Sialan. Terkekek seperti anak kecil yang sedang berkejaran.

Aku masih segan kerana perempuanku itu manis. Kau tahu? Kerdipan matanya meredakan kecemasan yang mengguguri seluruh musim, membentuk cinta selepas angin. Pipinya semacam jingga mengguguri senja, membentuk cumbu setelah ingin.

Kerana itu, di sela kemungkinan yang mampu menjadi selamanya, aku menyamar menjadi dosa kerana khuatir setan akan jatuh cinta kepadanya. Padahal, kewujudannya mengisi segenap ruang pinta, menyambar sebagai doa lantas bergetar di pintu syurga.

Aku memeluknya lembut sambil mata kami terpaut, dan masa menyusun tubuhnya kembali; menjadi potret di poket memori. Supaya nanti ketika aku mengintai raut tua perempuanku, aku masih mampu untuk mengatakan; "Inilah yang pertama kucintai," dan akhirnya aku mengatakan kebenaran. '

JS.
miezaS

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya faham girl.. Benda yang kita tak mahu tapi itu yang terjadi. Baguslah kamu sedarinya awal2. Tapi iya, jadi memori~

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.