Lirik Lagu Siqma Raja Simurgh

Lirik Lagu Eluxhy Raja Simurgh

musang bertongkat dari belukar,
Raja burung bekal seruling,
Rahsia dahan darilah akar,
Macam Ali mahupun ginseng,

Mulut kacip tersalah kata
Mahu timah atau trapu,
Sama asal lain namanya,
Dalam hati tak siapa tahu,

VERSE 1

Dari mana bunyi itu,Firasat bukan aku,
Jantung ku mula laju, tubuh ku mula kaku
Jasad ku bergetar bernafas dalam lagu,
Mereka kata ada rahsia dibalik pintu,

Aku berseloka bersidang alas buku,
Teman ku hanya pena catit catat dari guru,
Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju,
Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu,

Alam Semesta berpusing sempoyongan ku runsing,
Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing ,
Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai,
Ku abai si penilai anggap saja mereka murai,

Benar kadang cukup buntu mana nak di tuju,
Yang sini atau situ?
Yang Hantu atau aku?
Yang mana satu?
Masih lagi keliru

Hantu
Atau
Aku?

REPEAT CHORUS

Verse 2

Ku Tafsir tiap nafas yang berbunyi dalam sunyi,
Kalam tak didengari dari mata mungkin hati,
titik titik rumi ditemu dalam tiap isi,
Mula mentafsir hati agar tak tersesat lagi

Ku mencari situan siapa yang empunya diri,
Diri aku diri kamu masih lagi mencari
Harap tidak angkuh takkan leka tiap erti
Jangan sampai ternampak terlihatnya ada diri.

Ramai seteru cemburu kata ku tiada sinar,
kenapa tak mencari cari sinar yang sebenar?,
Masih ramai mencari siapakah lebih benar?
Masih ramai mencari siapakah lagi sinar?

Tiap riwayat hayat dari awal dah tercatat ,
Terperinci tiap isi tiap inci dalam jasad
Tak perlu kan mencari kalau nak di ikut nafsu,
Tetap ku terokai gali sufi dalam aku

VERSE 3
Mereka sibuk cemuh ku sibuk cari "Simurgh",
Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh,
Ku usung 4 watak dalam mencari Ad-din ,
Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin.

Yang dalam atau luar?,
Yang terang atau samar?,
Yang malam atau fajar?,
Nak di sambut atau lempar?,

Terpulang yang mana nak ambil atau terima
Jangan tersalah cuba, takut nanti jadi gila,

Bukannya dari pena,
datangnya dari hati,
Kita semuanya sama,
Cuma jangan salah erti,

Jangan diusir jiwa,
Watak memang berbeza,
Adik cuba mengaji,
Abang janganlah membenci

Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua,
Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau
Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma,
Ku cuma ikut hati bila hudhud ku berkicau,

REPEAT CHORUS

Last verse

Siang makin hirang malam makin terang,
Burung hantu datang yang melihat aku helang,
ku datang menggalang bukan datang tuk berperang,
Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang,

Post a Comment

0 Comments