Quote #78 MiezaS - Mieza S Mieza S: Quote #78 MiezaS

Quote #78 MiezaS

October 23, 2018
Quote #78 MiezaS

aku tak akan tahu sampai bila
aku akan kekal bertahan
aku tak pernah tahu sampai kapan
kan ada perasaan
dalam sebuah hubungan
pada sebuah sosok yang sama
disetiap pagi aku terjaga
atau pada setiap malam
aku mahu lelap mata

kelak jika pada suatu hari
aku bukan lagi yang pertama
membisikkan rindu atau
mengucapkan sayang di telinga
dan degup dada
aku harap kau tak pernah lupa
tentang kenangan berdua

justeru
aku bukan sengaja
manusia bukan selamanya kan ada disisi
pada suatu hari
dia juga akan pergi
tinggalkan kita dengan
timbunan cinta di dada
atau derita ngeri dipelukan mimpi

sementara dia masih menunggu
kongsi jiwa dan rasa
dengan sesungguhnya
biar nanti dia pulang
dengan senyum dibibir
buat terakhir kali
dimuka pintu

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.