Lama Tinggal

Lama Tinggal

rasa macam dah lama sangat aku tinggal blog. dah cukup lama aku tak 'berbual' dengan pengunjung setia blog aku. pada yang tak pernah putus menyumbang pv, terima kasih yang tak terhingga. aku lama hilang mungkin, harap tulisan di blog akan kekal ada tak pernah sia - sia.

ramai yang jadikan blog tempat lubuk rezeki. dan aku masih tetap jadikan blog aku sebagai tempat luah rasa hati. sebagai buku diari. oh ya, aku pernah tulis diari dimana ia berkunci. pada suatu hari aku balik, aku nampak diari aku diceroboh. mangga kecil aku kelihatan tak sempurna kerana dikumpil (mengumpil) seseorang. damm --

aku terus koyak satu persatu helaian diari dan pecahkan jadi perca yang lebih kecil. terus aku buang. aku tak percaya sesiapa penghuni dalam rumah yang aku duduki semenjak tu.

entah macammana, aku dipertemukan dengan blog. laman sesawang percuma yang boleh diguna oleh sesiapa. aku mula menulis blog sejak 2010 barangkali. cuma blog pertama aku sudah lebur. aku tak pasti kenapa. carian diblog juga sudah tak dijumpai. 

dan yang kau baca sekarang ini, merupakan blog yang ketiga. dan kekal bertahan semenjak 2012. lama guys. semoga blog ini kekal ada untuk teman aku waktu sunyi. aku ketagih nak mampus untuk menaip laju - laju. and yeah. i did it (saja test english aku). hahaha. 

Tuhan Lebih Tahu

Lama Tinggal

aku dah tamatkan hubungan bersama dengan lelaki yang pernah aku tuliskan dalam blog (paling latest). cinta monyet lagi barangkali. atau aku memang sucks untuk ada lelaki yang melekat lama. bahagia sementara ~ 

sebelum dengan aku bermasalah. dengan aku tinggalkan masalah dekat belakang tapi dikejar masalah. kemudian bila aku dan dia tamat, masalah tu macam tak pernah ada pulak. hahahha . wtf duh. dengan aku, semua benda nak ada masalah. macam masalah tu tak pernah hilang dalam fikiran dan ingatan dia. termasuk ikut dia masa berak dan mandi. oh shit. hahahha.

takpe, mungkin tuhan lebih tahu mana yang terbaik untuk aku. sekurangnya lelaki bermasalah dah tinggalkan hidup aku. lebih aman. mungkin ~ 

aman ke? entah. aku tak tahu. kalau kau baca ni, kau tak payah fikir negatif. aku tak tahu macammana nak terangkan, tapi susah macammana pun aku dengan kau. kau lebih  nampak kudrat payah kawan kau untuk membantu berbanding aku yang macam tak ada apa. dan selayak nya susah atau senang macammana sekalipun kau, kawan tetap ada dalam hati. 

sebab tu aku macam tak pernah merasa apa yang kawan kau rasa. hahahahha. 

Takut Nak Mula Lagi

lama tinggal

serious talk, takut nak mula lagi sebab tahu apa akan jadi dan pengakhiran yang takkan berkekalan. selalu dan tetap akan macam tu. nak sayang cepat, nak lupa tu sakit. walaupun kenangan - kenangan yang dikait semuanya pahit. pahit macammana pun sesuatu yang berlaku, ia akan menjadi indah apabila dah berlalu dan diingat kembali. 

bukan batak jodoh atau laki, cuma nak seseorang yang paling dekat ada untuk setiap masa. selain kawan yang semakin lama boleh dikira dengan jari. makin kurang makin hilang. yang tetap ada tu, terima kasih lah kerana tetap setia ada disisi.

akhirnya ketagihan aku terlaksana untuk meluah rasa dan menaip dengan penuh laju. ini cuma entri luah hati yang aku simpan lama. maaf kalau rasa ia macam buang masa. aku cuma tak ada tempat nak diadu panjang lebar. menulis boleh mengubat lelah payah aku didada. walaupun yang membaca nanti bukan siapa - siapa. 

doakanlah aku menjadi seorang perempuan yang tak pernah jatuh pada ingatan - ingatan pahit dan tetap kuat untuk terus menyalut diri dengan kehidupan mendatang menjadi lebih baik. semoga aku punya kehidupan indah yang boleh dikongsi semua. semoga kesedihan kesedihan aku tersimpan kemas dalam saku celana. semoga aku tak pernah menikmati pedih saat hati tertoreh. semoga aku menyuburkan pelangi di akhir senyum. semoga aku tak pernah lelah mencari yang paling ada waktu hitam dan putih aku. semoga ada yang menyimpan separa hati aku yang tertinggal dengan cermat. semoga pada suatu hari nanti yang menyimpan separa hati aku, akan menyambungnya dengan indah dan membelai manis. semoga berbahagia aku dunia dan akhirat sana.

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga tabah.......keep move on.....ada jodoh...ianya tetap jodoh.......
    Takdir Allah menentukan segalanya untuk kita........

    ReplyDelete
  2. Semoga ditemukan jodoh yang lebih baik..

    ReplyDelete
  3. Moga kuat, moga tabah, keep move on. Janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  4. Bersabarlah. InshaAllah ada yang lebih baik menanti. Jodoh, ajal dan rezeki itu rahsia Allah. InshaAllah, jika kita baik, maka baiklah jodoh kita. Fighting !

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.