Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall


Kalau korang nak tahu, entri ini sepatutnya dah dipublish seminggu yang lepas. Tapi itulah. Kita ni manusia kan? Ada banyak lagi kerja peribadi kerja hakiki yang harus dilaksanakan terlebih dahulu. Aku pun macam dah lama sangat tak update blog. Kesian dia. Nasib baik ada silent reader yang setia. 

Oh lagi satu, aku ada masalah besar bila banyak sangat gambar yang nak dikongsi dalam ni. Tak tahu nak pilih mana satu. 

Entri kali ini adalah tulisan tentang dua hari satu malam di Jerangkang Waterfall. Jadi wishlist tahun lepas bila ada seseorang yang terrer menyunting video dan juga seorang yang gemarkan aktiviti outdoor telah memuatnaik video Jerangkang Waterfall. Teruja sebentar ~ 

Bila dapat join My Hiking Buddies di facebook kemudian diinvite masuk dalam group whatsapp, diorang ada tulis aktiviti sepanjang tahun. 28 dan 29 - Jerangkang Waterfall.

Aku? Laju bayar! 

My Hiking Buddies

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
My Hiking Buddies
Bayar je laju. Bila date dah dekat tiba - tiba rasa macam oh shitt. Nak join ke tidak. Sebab fikir duit tak cukup lah transport lah itu lah ini lah. Macam - macam lah lagi. Akhirnya bagitahu Moi, kakak cantik aku cancel. 

Selalunya memang. Memang aku lah selalunya yang akan cancel last minute sebab takde konfiden dan masalah ringan datang kacau jiwa aku. Mudah betul. Haish. Lepastu macam biasa, Abang Bad orang paling ada untuk sesi pujuk memujuk. Habis pujuk, aku pun pergi trip. Hahahaha. 

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Kecik + Abang Bad
Carpool pun Mida, Moi dengan Abang Bad yang settle kan ~ Terima kasih terima kasih. 

Oh lupa.

Jerangkang Waterfall terletak di Maran. Jadi tarikan sebab air terjun yang bertingkat sehingga 39. Sebab tu lah, video yang aku tengok tu lawa gila. Dorang ambil pakai drone. Fuhhh. 

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Gambar atas : Geng carpool , Gambar bawah : Berkumpul untuk taklimat
Bab tunjuk arah bagaimana cara nak ke tempat yang dituju tu, pandai - pandai lah korang google maps. Aku memang lemah nak ingat jalan. Sepanjang perjalanan pun memang aku pejam mata je, tak tidur pun. Tak percaya sudah. Hahaha.

Gerak dari Shah Alam dalam pukul 10 macam tu. So, geng carpool aku ialah kak Fiza, Kak El, dan Along yang aku ingat macam berlagak. Sebab, masa aku sampai dekat kereta Kak El menonong je dia jalan. Tak tahu pulak dalam kereta dia punya borak sampai lupa jeda sekejap. Kak Fiza kadang - kadang je borak. kak El dengan Along suka throwback. 

See, aku tak tidur. Aku dengar lah apebenda diorang sembang. Psttt ~ 

Rupanya, semua geng MHB ni memang suka bergambar. Tengah jalan boleh, tepi jalan boleh, atas jalan boleh. Mana - mana jela tempat. Kira semua lah boleh. Masa nak bagi taklimat tu lah, ada sesi bergambar di tengah jalan bawah lampu jalan. 

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall

Sampai di rumah powil jam berapa entah. Lupa sangat nak tengok. Cuma gerak nak ke tapak perkhemahan tu jam 3.35 pagi. Kiranya dari rumah powil nak ke tapak perkhemahan mengambil masa dalam setengah jam ke 45 minit kot. Korang try la pergi kalau nak tahu berapa masa yang diambil.

Bermalam di Jerangkang

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Gambar atas : susunan beg , Gambar bawah : Kak Fiza, Kak El
Kitorang sampai di lokasi 'tapak perkhemahan' kot yang paling bawah jam 4.15 pagi. MHB bukan kumpulan pertama yang sampai. Depan kami ada dalam satu ke dua group macam tu. 

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
'rumah' 
Sampai je dekat tapak perkemahan pusing - pusing dulu. Tak tahu mana nak pacak khemah. Akhirnya diorang semua decide nak buat 'rumah' dekat tempat yang memang dah macam penuh ni. Sebab nak meriah sikit ada geng lain. Dekat tingkat atas, mungkin geng kita semata. 

Kalau nak cerita pasal perkhemahan, ini dah kali ketiga. Yang pertama di Taman Negara dan  yang kedua di Lenggong Perak (dah nak dua tahun entri masih pending. Hampeh ~

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
UNO game
Line telepon sepanjang dekat sana sangat limited. Kadang line ada, kadang tak da. Pandai - pandai lah kau nak hidup. Aktiviti dekat sana memang main uno je. Sampai ada yang sebut UNO je rasa macam dah nak pengsan. Takut kalah ler tu. Hahhahaha. 

Memang waktu 'kritikal' macam ni dan bebas dari gajet memang sangat - sangat dihargai. Waktu ni boleh lah belajar macammana nak berbual. Kalau tak, semua melekat macam kena ikat dengan gajet. Kan? 

Menu Sedap

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Pembantu chef merangkap AJK air
Aku bagitahu mak aku sepanjang dekat campsite kitorang makan keropok lekor, cucur + jagung, ayam masak lemak, mihun goreng, jagung rebus, nasi lemak. Mak aku tanya.

"bawak naik atas tak basi ke?"
"kerja makan jela awak dekat sana?"
"masak dekat atas?"
"ayam macammana?"

"ha ye ye mak. ye."

Aku rasa ni memang trip paling heaven. Makan non stop. Minum petang ada, minum malam ada. AJK buat air pun memang standby air tiap masa. Setiap saat dia tanya orang, 

"nak air tak?"
"ada sesiapa nak air?"
"nak air ape"

- poo

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Gambar atas : Mida, Gambar bawah : Kak Zana

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
BBQ 


Koleksi Gambar Mandi

Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall


Dua Hari Satu Malam di Jerangkang Waterfall
Sengaja lah aku tak letak gambar aku mandi, supaya korang boleh cari sendiri. 
Hahaha. Hari pertama tu aku ada jugak naik atas konon nak tengok apa yang best tapi tak lah sampai habis. Sebab tak bawak headlamp. Kesiann. Nasib lah gambar banyak. Bengang je Kak Fiza. Gambar aku saja dah lebih 50. Hahahaa. Nasib lah kak ~

Aku sejenis yang suka mandi sungai dan bergantung juga dengan keadaan air tu. Tengok warna hijau macam ni, eh memang tak la nak berenang. Aku dah bayang ada tangan yang tarik aku. Ngeri kalau dibayangkan. Lebih baik aku tak mandi. Senang. Mandi tempat cetek je dah lah, janji mandi. Kan? 

photoshoot raya katanya

My Hiking Buddies memang best
Seperti biasa lah, dah sampai mesti nak potret gambar jeda. Ingatan tak cukup, mesti ada bukti sekali. So, inilah gambarnya. Kami dah sampai sini.

Kenangan dan Pengalaman Baru

Gambar sebelum berlepas ke rumah powil. Nak balik dah. Kejap je

Waktu pergi, aku duduk dalam. Waktu balik aku pilih untuk menikmati pemandangan. Yang akhirnya sekali dengan menikmati hujan rahmat tuhan. Ha kauuu. Best~ Semua tu kenangan tau. Kenangan! 

Mula - mula je semua beriya. Dah pertengahan tu semua penat. Ada yang terbaring atas beg, tak boleh bangun. Macam - macam hal lah. 

dari kiri : Abang Bad, Along, Kecik, Kak El, Kak Fiza, Moi, Roy

MHB sporting. Aku yang segan. Hahhahahahhahahaahhaha. Sebab tak reti nak bergaul sangat

Admin My Hiking Buddies

Abang Husai (Admin)
Terima kasih Abang Husai kerana mewujudkan My Hiking Buddies dengan bilangan - bilangan manusia yang cukup ada. Terima kasih untuk trip Jerangkang Waterfall. Terima kasih yang masak. Terima kasih yang ambil gambar. Terima kasih semua. Terima kasih kenangan. 

Post a Comment

5 Comments

  1. seronoknyaaaa rindu aktiviti gini,tunggu la anak dah besar skit huhuuu...apsal akak asyik cari ko dalam setiap gambar hahahahha

    ReplyDelete
  2. menariknya kecik join aktiviti mcm ni, bila baca macam kak juju pulak join trip ni dengan kecik...amboi ada photoshoot raya kerlas hehe

    ReplyDelete
  3. Jerangkang memang antara air terjun paling best & cantik kt msia... harap makhluk2 yg dtg jaga kebersihan & keindahannya...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.