Ngeri Bila

Ngeri Bila

Ngeri Bila

Ngeri bila ingat balik kerjadian sekolah tahfiz yang terbakar. Terngiang - ngiang suara kanak - kanak meminta tolong dan kemudian hilang tenggelam dalam api yang marak. Aku masih takut mengenang kan itu, setiap kali ia singgah menyapa mengingatkan tentang kematian. 

Semalam, aku ke Night Circle - kedai makan yang terletak di TTDI, seksyen 13 Shah Alam. Waktu aku hulur duit nak bayar duit otak - otak aku terpasang telinga brader tu sembang dengan kakak yang sedang mengira baki duit aku.

'Eksident weyh - Pakai helmet - depan simpang - teruk - mati'

Antara perkataan yang sempat aku tangkap dan masuk ke gegendang telinga. Ah shit. Aku masih ingat manusia yang terbaring di bahu jalan. Ketika mahu pulang, kami memang melalui jalan yang dikatakan telah berlaku kemalangan. Ramai orang kerumun. Bapak aku berhenti sejenak dan turun untuk melihat kejadian. 

Dua kereta, dan satu motor barangkali - kata bapak. Aku cuma dapat melihat motor yang terbaring parah dan sebuah kereta yang remuk di bahagian hadapan. Dan di bahu jalan seorang lelaki terbaring. Tak pasti mati atau hidup. Makin ramai orang kerumun. Aku mahu tengok secara jelas dan dekat. Dalam masa yang sama ada perasaan takut yang menebal. Takut aku yang kaku menangis melihat itu.

Bapak turun dan tinjau. Kemudian masuk ke kereta.

'Budak poli - Sorang meninggal - Sorang meraung barangkali tangannya sedang patah' 

Aku menggigil. Aku yang takut.

Aku yang memeikir terlalu jauh.

Apa lelaki yang meraung tu nak cakap dengan keluarga yang telah kematian anaknya.
Hantar anak - anak jauh. Mana lah tau, si anak tidak telefon keluarga tiba - tiba keluarganya hanya mendapat panggilan berita kematian anak. Bukan khabar anak yang sihat (terus aku takut dengan masa depan macammana kalau aku ada anak. Aku terpaksa hantar anak aku jauh, kemudian aku terima panggilan telefon anak aku terlibat kemalangan dan tidak dapat diselamatkan)

Aku terus terus fikir, ah macammana lelaki tu nak terus terang. Siapa yang langgar siapa, apa yang jadi, siapa yang menunggang atau jadi pembonceng. Ah macammana ni. Aku yang resah dan berasa sangat tak tahu apa jawapan yang patut lelaki tu bagitahu pada keluarga nya nanti, 

Ini melibatkan nyawa seorang manusia. Nyawa tidak boleh dibawa main. 

Mungkin kalau kita percaya qada dan qadar. Tuhan telah menulis kejadian ini pasti dan akan berlaku ketika itu. Dan lelaki yang dikatakan meninggal itu memang ajalnya sudah tiba. Tapi , sebagai manusia. Kita susah nak terima. Kita boleh mati. Tapi bukan mati kerana kemalangan atau diatas jalan raya. Ini terlalu sedih dan menyakitkan untuk terima. 

Aduh. Hari ini hari Jumaat. Kalau benar, semalam lelaki itu meninggal maka dia meninggal pada hari mulia. Ada hujan yang mengiringi pemergian. Dan pasti rakan - rakan bersedih termasuk ahli keluarganya. Andaikata dia dapat diselamatkan, alhamdulillah. Sekurangnya semua yang berlaku ada hikmah dan membawa pengajaran kepada masing - masing yang terlibat. 

Semalam, sepanjang kereta meluncur. Aku jadi resah betul mengenang kejadian yang berlaku. Sebak betul. Aku jadi ngeri bila mengenang kejadian tahafiz yang berlegar - legar dan kejadian semalam. Termasuk cerita dalam novel gantung 2 yang bercampur baur. Semuanya menakutkan. Tentang kematian. 

Waktu semua tu datang aku cuma mahu duduk di bawah meja dalam sebuah kotak yang muat - muat aku. Cuma aku dan kegelapan. Aku akan rasa sangat selamat kalau aku berkelakuan macam tu. Aku jadi paranoid giler tentang semua ni.

Dan aku mimpikan tentang semuanya dalam keadaan yang sangat kelam kabut --

Aku doakan mereka sedang dalam perjalanan menuju syurga. Dan semoga baik - baik saja pada mereka yang terlibat semalam. Alfatihah - 

Post a Comment

1 Comments

  1. teringat pada satu babak sangat mengesankan dalam filem bisik pada langit ,ketika Irwan kawan kepada anak Jalil Hamid membawa pulang jenazah ke Malaysia, unspoken moments dengan bapak si mati tu betul merinding

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.