Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada
Terima kasih Aznan tolong jadi mamarazzwey
Untuk tahun - tahun yang pernah ada. Entri ini ditulis untuk sebuah penghargaan. Penghargaan kerana membiarkan aku menjadi kawan kau. 

Jangan melukai hati seorang penulis, atau kau akan abadi dalam tulisannya. 

Bagi aku, bila aku ada platform untuk menulis, aku akan menulis apa yang aku mahu selagi tak membuka pekung di dada. Insyaallah. Sepanjang aku menulis, tulisan aku adalah untuk bacaan hari nanti. Aku tahu, untuk yang aku tulis kali ini, belum tentu aku mampu ingat esok. Setidaknya tulisan aku yang ini akan aku baca suatu hari nanti buat ingatan masa depan. Kenangan yang tak akan terpadam kelak. Mana tahu, kalau ditakdir tuhan aku lupa ingatan, tulisan ini yang akan membantu aku pulih dengan siapa aku pernah berkawan dulu. 

Terima Kasih Wan.

Sebelum tu, nak ucap terima kasih dekat Kak Miera sebab bagi dekat aku plan last minute. Sebabkan plan last minute beliau, aku dapat jumpa Wan balik. :p Sory Kak Miera. Apa pun thanks sangat. 

Aku nak throwback balik kisah perkenalan aku dengan Izwan. Aku kenal dia dalam instagram. Aku tak tahu lah siapa follow siapa. Bila aku upload gambar aku dengan Fahmi Reza ni, Izwan ada tinggal kan komen dekat gambar tu. Kemudian kitorang main balas - balas komen. Masa tu tahun 2015. Fah mi Reza ada talk di Five Arts Centre kalau tak silap. Tajuk talk tu pasal 10 tahun sebelum merdeka. Kalau korang nak tengok apa yang 10 tahun sebelum merdeka korang klik pautan youtube di bawah :


Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Aku tahu, korang gelak kan baca caption instagram aku yang bahasa inggeris tu? Hahaha. Aku guna google translate tau. Kbye. Lepastu kitorang masih lagi berterusan main balas - balas komen di gambar yang aku repost. Aku kan suka teater, so kalau aku repost tu maknanya aku berminat lah. Ya -- Teater Lorong Pemimpi .

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada
Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Izwan ajak aku pegi tengok Teater Lorong Pemimpi dekat Auditorium DBKL sebab katanya tak de geng. So, aku mintak whatsapp Izwan. Teater selalu orang buat malam kan? Cuma akan ada satu tarikh dorang akan buat petang. Aku pilih waktu petang tu. Aku ajak Tasya *housemate aku masa dekat Kolej Komuniti Hulu Langat. Sampai kat sana aku takut. Sebab dalam whatsapp aku bagitahu Izwan, aku nak datang. Aku tak tahu lah aku akan mampu ke tak jumpa dia. Weyh takut kot. Takut orang tak boleh terima kekurangan kita. Hmmm. 

Waktu aku whatsapp Izwan tu, dia asyik reply lambat je. Aku pun bersyukur lah. Sebab mesti aku takkan jumpa dia punya. Rupanya masa tu dia tengah busy dekat belakang tabir patutla tak reply whatsapp aku kan? 

Selepas daripada Teater Lorong Pemimpi, kitorang masih lagi contact macam biasa. Aku masih lagi tak berani nak jumpa dia. Malu sangat - sangat nak jumpa. Aku kan OKU. Nanti dia malu kot jalan sebelah aku. Lepastu entah macam mana, aku memberani kan jugak diri lepak dengan dia. Kalau tak silap aku, first meet kitorang dekat KLCC. Lunch dekat food court. Ayat dia yang aku ingat sampai sekarang 'Wan pernah tau, belanja kawan Wan makan. Dia tak habis. Lepastu Wan marah dia sebab membazir' . Aku tak ingat macammana susunan ayat tu, tapi maksud yang Izwan nak sampaikan ialah jangan membazir makanan. Sebab kebetulan waktu tu, aku makan tak habis. -_- . Takkan aku nak cakap dengan dia, weyh aku lapar tapi aku tak boleh habiskan satu pinggan tu. Boleh tak kalau kita kongsi? Giler kau . Terus tersentap aku waktu tu. Nak senyum pun ketat je muka. Kahkah.

Pertemuan - pertemuan selepas tu, aku lepak dengan dia dekat Tasik Titiwangsa. Masa tu aku tengah whatsapp dengan dia. Aku cakap, aku ada appoiment dekat HKL. Dia pun ada dekat situ jugak rupanya. Tengah nak melawat member dia excident. Alang - alang dia pun ajak aku. Aku pun ikut lah dia. Lepastu jalan - jalan lah pusing tasik tu. Sembang macam dah lama sangat kenal. Tu yang best. 

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Lepastu pertemuan lain yang aku ingat, masa ada event Pekan Frinjan di Petaling Jaya (Taman Dato Harun). Kitorang turun dekat ktm Dato Harun dan berjalan kaki sampai ke stesen minyak ape tah, shell kot. Jauh tak jauh lah. Tapi sebab minat. Sanggup tu redah. Dah rasa macam explorace pulak dengan dia. Bezanya tak lari - lari nak kejar masa. Hahaha. 

Sebenarnya aku memang jarang ada gambar dengan dia kecuali selfie. Hahhaha. Tu pun muka aku burukkkk. Aku lagi suka kalau orang yang amekkan gambar aku. Sampai ke malam jugak kitorang stay situ sebab nak tengok live band dan puisi. 

Aku memang jarang contact dia. Sebab tak ada benda sangat pun yang nak dibualkan. Melainkan ada hal - hal penting seperti nak berbuka puasa sama ke, atau nak ajak teman ke mana - mana. Kalau nak sembang hari - hari takde modal pun koyak kan? Krik - krik je nanti. So, lepastu aku dapat tiket free ke Legoland Malaysia

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Aku ada terfikirkan nama dia dan nama beberapa lagi orang kawan aku. Ramai je yang nak join, tapi diorang tak ada cuti :( . Jadi nak tak nak aku ajak jela Izwan ni ke Legoland beserta 2 orang lagi kawan aku. Nasib baik waktu ni Izwan tengah free. So, dia lah yang menggantikan tempat kosong dari tidak ada kepada ada. Aku pun tak terfikir yang aku boleh ajak dia ke tempat sejauh itu. Hahaha. Dah lah aku kenal dia dalam media sosial kot. Terima kasih Wan. Sebab kau selalu je ada masa untuk aku pada setiap masa kecemasan yang aku perlu. 

Di Legoland aku habiskan masa sehari semalam rasanya. Dengan perjalanan naik bas dan train ke sana. Rasa macam dah abang aku pulak. Kahkah. Entah lah. Sepanjang dua tahun lebih aku kawan dengan dia, memang jarang kot jumpa. Tapi tetap jugak keep in touch orang kata. Tak tahu pulak, sejauh ini kan KITA.

Untuk Tahun - Tahun Yang Pernah Ada

Berbalik semula kepada cerita Kak Miera punya plan last minute. Hahaha. Masa ni nak pergi kenduri kawan blogger. Aku memang tak tahu diorang ni jadi ke tidak nak ajak aku. Aku dah sedih ni. Aku mesej semua kawan aku, semua tak ada masa nak temankan aku :( Aku dah malu sangat aku ajak je dia ni. Dia kata, Wan okay je nak teman kecik. Aku pun rasa bersyukur sangat. Kalau tak, memang tak dapat lah aku datang kenduri tu. Memang masa tu aku dengan Izwan dah rancang nak pergi berdua je. Sekali hari esok tu, diorang pujuk aku suruh pergi sekali tapi dengan syarat Izwan ikut aku sekali.

So, habis dari kenduri tu, kitorang lepak dekat Tasik Titiwangsa. Sebab masing - masing macam bosan nak lepak tapi sen tak da. Waktu tu ayah aku pun ada disekitar Jalan Pudu sebab nak beli barang. Aku cakap dengan Kak Miera dengan Aznan balik lah dulu, aku boleh lepak sorang tunggu ayah aku datang. IZwan ni volunteer nak teman aku sampai ayah aku datang. 

Lepak lah kitorang dekat Tasik Titiwangsa sampai lebam. Tiba - tiba dia bukak cerita. "Kecik, kita kenal bila eh? Waktu Teater Lorong Pemimpi ke?" Aku pun ingat - ingat lupa. Rupanya teater tu dah dekat dua tahun lebih. Sama usia dengan perkenalan kitorang. Tak sangka. Teater menyatukan persahabatan ni. Habis semua cerita lama - lama dia bukak. Walaupun tak banyak kenangan tapi ada lah yang boleh dikongsi. Dan cerita tu mesti akan bersambung macam tak akan pernah ada penghujung. Begitulah setiap kali jumpa kan? 

Izwan, terima kasih. Sebab kau jadi kawan aku dan terima baik buruk apa adanya aku. Walaupun aku tak pernah macam orang lain tak sempurna mana, tapi kau tetap ada. Teman aku masa aku perlukan kau. Terima kasih. Aku harap kau sanggup jadi kawan aku sampai bila - bila. Aku harap aku masih ada kau untuk tahun - tahun yang akan datang. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Susah nak cari kawan yg betul2 kawan. Dalam erti kata lain "Sahabat"

    ReplyDelete
  2. Terharu sangat baca.. sampai menangis. haha

    ReplyDelete
  3. Wahhhh... best nyer ada kawan baik... kalau hilang salah sorang nanti mesti sentap kan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.