Wednesday, May 24, 2017

Quote #19 MiezaS

Quote #19 MiezaS

Quote #19 MiezaS

PENGHUNI

Yang aku tahu
Walau dosa lalu tak terbilang
Aku masih lagi
Dipinjam kan dunia dari tuhan
Tapi kenapa
Kau sibuk mahu menghitung
Syurga neraka
Untuk pendosa
Seperti aku

Yang aku tahu
Asal kejadian kita
Datang dari kudrat kudrat tuhan
Diadun sempurna penuh kasih
Kita sama
Terlahir kerna cinta
Tapi kenapa
Kau sibuk mahu persoal
Cacat cela
Manusia yang tak sempurna
Seperti aku

Ah
Kita sama
PENGHUNI
Syurga neraka
Hanya
Tuhan saja yang bisa
Tentukan dimana kita
Bukan manusia
Bukan kau atau dia
Kita sama


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.