Masalah Teknikal Blog
Tahu tak? Aku sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Orang tak boleh komen dekat blog aku. Padahal selalu boleh je. Ni kira pertama kali jadi macam ni. Puas lah aku godek - godek. Tak tahu lah apa yang jadi. Macam hampeh betul. Benda ni kalau ikutkan aku tak perasan. Tapi jadi perasan bila ada orang tinggalkan nota kaki dekat chatbox mengatakan blog aku tak ada tempat komen. Stress betul aku dengan benda macam ni.
Memang salah aku pun. Mungkin aku ada terpadam coding dia, sebab beberapa hari ni aku memang gigih buat editing dekat html. Walaupun tak nampak langsung perubahan dekat blog. Kan kan? Lebih dari sepuluh blog jugak lah aku duk ikut tutorial. Satu pun tak jadi. Lepastu lagi satu, aku ni masih belum fasih selok belok blog. Kadang - kadang bila diorang kata klik itu ini, aku tak jumpa mana benda tu. Tu masalah dia. Sebab kalau ikutkan blog banyak - banyak yang aku bukak, semua bagi tutorial yang lebih kurang. Tapi aku carik benda tu tak jumpa. Sebab tu lah. Berapa jam jugak lah aku godek tak jumpa. Sedih. Tu pasal kotak komen hilang.
Lepastu lagi satu masalah, aku tak boleh buat accordian tab dan multi tab (tab yang ada 3 dekat sidebar). Kadang error tak jadi langsung. Tu boleh terima lagi. Ni dah jadi, lepastu hilang pulak. Banyak kali buat hilang. AKu tak faham kenapa dia hilang tiba - tiba. Dekat blog totally hilang. Bila tengok layout, widget tu tak boleh open. Dia tulis error yang tulisan besar. Macam error 404 lebih kurang la ayat dia. Tak ingat.
Bila refresh, widget tadi hilang. Hampeh~
Paling sakit hati bila ingat accordian tab tu jadi, aku pun beriya la pindah semua benda dekat situ. Nak jimat ruang. Sekali hilang. Dah tak pasal - pasal kena buat widget baru satu - satu. -______- GERAM!
Jadi aku ada buat tutorial untuk mengembalikan kotak komen yang hilang. Bukan aku lah yang buat coding tu. Aku copy orang punya. Senang kalau jadi lagi aku nak buat rujukan. Boleh tengok dekat link ni --> Cara Mengembalikan Kotak Komen Yang Hilang
1 Comments
Yeahh dh ada kotak komen semula 😘
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.