iPrice Blogger Competition – LazadaMY

iPrice Blogger Competition – LazadaMY

iPrice Blogger Competition – LazadaMY

Entri ini, adalah entri contest yang dianjurkan oleh https://iprice.my . Pernah dengar tak pasal iPrice? iPrice merupakan sebuah laman web yang membandingkan harga barangan yang kita mahu beli. Contohnya. Aku nak beli DSLR. Jadi aku menggunakan iPrice untuk membandingkan harga yang paling murah. iPrice akan memaparkan beberapa laman shopping online yang menjual DSLR seperti yang aku mahu beserta review dari beberapa website, spesifikasi dslr termasuklah tentang jenis DSLR tersebut. Wow! Amazing~ macam trivago.

Hotel yang sama, bilik yang sama... Tetapi, dua harga yang berbeza... Kenapa bayar lebih? Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago... Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.. Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik.. Hotel? Trivago!
iPrice Blogger Competition – LazadaMY

Pilih sebuah kedai e-dagang (online shop / website) pilihan anda

Aku memilih LazadaMY sebagai website membeli belah pilihan dalam contest kali ini. Kenapa Lazada? Sebab Lazada sangat sebati dengan aku. Bak kata pepatah:
Bagai aur dengan tebing
Sejak aku sudah pandai menggunakan maybank2u, inilah kerja aku. Membeli belah online di Lazada. Walaupun kerap kali juga aku menghadapi masalah remeh. Aku tetap juga menggunakan Lazada. Mungkin sebab aku sudah terlalu selesa bila bersama Lazada. 

Rata - rata ramai yang mengenali siapa Lazada, jadi tak perlulah aku menghuraikan satu persatu siapa Lazada. Lazada sudah dikenali ramai sebagai platform membeli belah online yang dipercayai seluruh negara. Itulah kehebatannya. Sehinggakan Lazada dianggap setaraf dengan Amazon

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh online shoppers

Entri ini bukanlah ditulis untuk menyakiti hati sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa. Ia lebih kepada luahan hati jujur dan ikhlas dari seorang pembeli untuk website membeli belah online yang telah menjadi kesayangannya. Lagipun aku memang selesa dengan Lazada, cuma ada beberapa kelemahan Lazada yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. 

Diskaun 

Aku rasa dalam banyak - banyak website online membeli belah, Lazada paling gempak. Buat sale gila - gila. Diskaun macam tipu. Tapi tu lah hakikatnya. Kena terima hakikat sebab Lazada memang pemurah. Rakyat Malaysia memang terpegun dengan diskaun dan sale. Sekarang pun sedang berlangsungnya Lazada's Birthday Sale Mega Days. Diskaun sampai 90%. Berpusu - pusu orang membeli belah dek takutkan peluang keemasan macam ni berakhir.

Tahukan anda? Harga yang ditawarkan dekat Lazada ketika sale berlangsung sangat tak masuk akal? Contoh :
RM 36.80 Before RM 180.00, You save 80%
Nampak macam best je tengok diskaun sampai 80% kan? Siapa yang selalu masuk Lazada ni dia tahu lah. Harga barangan A ketika hari biasa - biasa ialah RM200. Ketika mega sale apa sale segala akan berlansung, harga barangan A akan melonjak naik menjadi harga baru. Mungkin RM300, RM400. Kemudian, diletakkan diskaun sehingga 80%-90%. WOw! Siapa tak tergoda kan bila tengok diskaun sampai macam ni. Dekat sini wujud unsur penipuan dengan menggunakan diskaun sebagai galang ganti! (sesetengah produk Lazada) Bagi aku tak patut sungguh benda ni jadi.

'Kaunter Pertanyaan' 

Pada abad 21 ini, kalau boleh beli ikan mentah pun nak dibeli dalam website shopping online kan? Begitulah. Manusia semakin malas. Semuanya mahu dihujung jari. Bertepatan dengan slogan :
Zaman teknologi semuanya dihujung jari.
Kan? Apa yang aku nampak, Lazada telah menyediakan e-borang pertanyaan untuk sebarang aduan, pertanyaan dan sebagainya berkaitan produk. Tahukan anda? Orang macam aku ni, kadang malas menunggu. Harini hantar emel, esok belum tentu lagi aku dapat balasan. Boleh jadi, bukan aku seorang je yang menghantar emel. 

E-borang masih releven lagi jika mahu digunakan namun ianya melambatkan proses balas. Kesian yang menunggu. Mungkin seseorang yang menggunakan e-borang mahukan jawapan balas segera. 

COD (Cash-on-delivery) Terhad

Semenjak COD diperkenalkan dalam perkhidmatan Lazada, ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Lebih mudah dan lebih mahu percaya. Kenapa mudah? Mudah untuk pembeli kerana, tak perlu nak bankin duit, atau transfer duit (bukan semua orang ada online bankin dan bukan semua orang ada masa nak pergi bank). Kenapa percaya? Percaya sebab, bila barang dah sampai dekat tangan kita baru kita bayar. Jadi, pembeli tidak akan ragu - ragu dengan barang tersebut. Juga, tak perlu tunggu mengharap barang sampai. Selalunya bila beli barang online, kita bayar dulu baru barang dapat. Nak kena tunggu berhari - hari baru sampai. Kalau lambat sangat dah tak senang duduk. Bak kata pepatah :
Bagai cacing kepanasan.

Tahukan engkorang? Aku nak tulis bagai anjing kepanasan tadi. Hahaha. Sekarang kan terlalu banyak kes penipuan online. Jadi, pembeli terlalu berjaga - jaga. Perkhidmatan COD di Lazada sangat terhad. Hanya di beberapa kawasan sahaja dan bergantung kepada barang yang dibeli Jadi, bukan semua orang boleh dapat perkhidmatan ini. Sedih kan? 


Mencadangkan penyelesaian anda dan bagaimana kedai online anda nyatakan boleh boleh menyelesaikan masalah yang anda nyatakan

Kurangkan unsur penipuan

Aku yakin, mana - mana tempat pun akan wujud penipuan. Lagi - lagi sebab nak kaut keuntungan. Tapi, jangan lah mengarut sangat diskaun tu. Ataupun jangan lah mengarut sangat harga tu. Memanglah orang akan cakap 'pergi jela dekat website lain yang lebih murah'. Masalahnya aku suka dekat Lazada. Salah ke aku setia pada yang satu? :( 

Kalau sungguh  nak buat gempak diskaun sampai 90%, harga tu takpayah lah letak tinggi melambong. Jadi dua kali ganda pulak tu. Aku perasan benda ni, sebab aku selalu log in Lazada. Benda ni pun bukan aku sorang je yang complaint, tapi ada beberapa lagi orang lain yang nyatakan benda sama. Benda remeh macam ni, harus dibendung supaya pembeli tak rasa tertindas dengan harga tipu yang ditawarkan Lazada.


Wujudkan Live Chat

Kenapa nak kena wujudkan Live Chat? Untuk memudahkan pembeli bertanya kan terus soalan yang terbuku dihati. E-borang tu oldskul sangat. Kalau live chat ni, senang sikit. Pakai popup je. Takpayah nak kena isi nama lah, emel la ape lah. Sebab kita pun dah login (ada nama sekali). So, senang kan? Buang masa je pakai e-borang. Dah log in, lepastu waktu tulis borang nak kena tulis nama dengan emel segala

Perkhidmatan COD Secara Menyeluruh

Untuk berlaku adil, tambahkan lah perkhidmatan COD ke seluruh tempat. Kan memudahkan pengguna. Jadi semua orang boleh merasa COD walaupun tinggal di ceruk kampung. Mungkin Lazada patut menambahkan bilangan runner secara partime? Sekaligus, dapat memberi peluang pekerjaan dan duit poket untuk mereka yang mahu menambah kewangan. Kan?  

Aku rasa, itu sahaja cadangan aku untuk Lazada. Semoga LazadaMY terus sukses pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada iPrice kerana sudi memberi peluang untuk aku menulis pada contest blogger kali ini. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Diskaun tu hanya marketing strategy je tu. Padahal tu memang harga dia. Kena jadi pengguna yg bijak. Kan kecik?

    ReplyDelete
  2. info yg bgus..saya bru tahu psl iprice

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.