Episod 20 : Usah Biarkan Ia Pergi (BoyKL)

Episod 20 : Usah Biarkan Ia Pergi

Episod 20 : Usah Biarkan Ia Pergi


"sedap?"

pewww... dah dua pinggan tambah nampaknya. diet konon. hahaha... aku dan abg man berpandangan seketika. seronok tengok si haikal makan. selera betul.

"masih kerja di seven e lagi?". aku mengalih topik. khairul angguk.

"tapi saya wat part time je now. dah start kelas di UM!". i see...

"tinggal kolej ker?".

"a'ah! seven...".

"K jgn lupa besok. zak datang!". celah abg man tiba-tiba.

hah?

"kawan abang dr singapura. dia nak tumpang bermalam kat sini tiga, empat hari. K jemput ya. 6.30 petang, corus klcc. jgn lupa!"

aku mengangguk lemah.

zak dr singapura? erm, tak pernah dgr pun...

6.45pm

hotel corus, jln ampang "hai, K ya!". aku menoleh.

"uh, hai! zak?". lelaki didepanku mengangguk. erk, dia cam aku?

kami berjabat salam. orgnya boleh tahan. sedikit kurus tapi agak tinggi. ada la iras-iras awal, bekas pengacara beat tv tuh (sah-sah idola aku kan...).

"where's you brother?".

"uh, he got something else to do kat ofis. later dia join us for dinner. eh, beg you...".

"uh, it's ok. i can carry myself...".

dr hotel, aku terus membawa zak balik ke apartment. lima jam perjalanan dr kota singa, aku pasti zak tentu penat.

"azman bilang you masih study. takder kelas hari nie?".

"hmm...today takder. kelas cuma tiga hari saja...".

"i see...".

"err, you rehatlah yer. anything just ask me kay. jgn malu-malu...", ujarku sedikit gugup. yg sebenarnya aku yg malu. mana taknya, mati2 aku ingatkan si zak tu biasa-biasa je. tapi dah jumpa aje, uhh... orgnya... peww, ganteng sekali ya. bisa copot jantung gwe melihatnya! opss! tetiba aku tercakap bahasa indonesia lak...

"err, sorry ya... ada towel tak?".

"uh, ya. ada... ada. sorry, lupa nak kasi tadi...". aku ke bilik depan. tak sampai dua minit aku kembali memberi zak towel.

"thanks!".

aku ke ruang tamu. apalagi mengadap tv la. sambung layan dvd sex and the city.

"hai, senyum sorang-sorang nampak. apa yg happy sangat tuh?". eh-eh, cepatnya si zak ni mandi. tak sempat aku nak berangan jadik carrie, tiba-tiba je dah terpacak kat tepi aku nih.

"sex and the city. first season. saja i tengok balik. suka!".

"i see. addict la nih. hehehe...".

zak duduk. matanya asyik memandang ke arahku.

"sudah lama kenal abang man?", soalku cuba mengalih perhatiannya. malu ditenung begitu.

"azman? hmmm... almost six years. dia pernah kerja di singapura dulu. he quite close with my sister actually. dari situ kenal dia...", ujar zak ringkas.

aku angguk. uh, dah lama juga diorang rupanya. ingatkan baru jer.

"K pula?".

"err, baru empat tahun. kami sekampung...".

"kelantan?". aku angguk.

hampir dua jam kami berbual. tak sedar jam sudah menunjukkan ke pukul sepuluh. alamak, lupa aku kena jemput abg man lak kat ofis.

"ikut?".

jumaat.

aku membawa zak ke the loft. abg man ke kerteh dua hari. hanya khairul yg mengikut. itu pun setelah puas aku 'memaksa'nya. ah, liat juga anak ikan sorang nie ya.

"alah, K. rul malulah. segan nak expose...".

takder maknanya. propa betul dia nih. segan konon... bidasku.

[ K, u di mana? belum sampai lagi? i'll wait you kat dalam ya! ]

herry sms.

aku melilau-lilau seketika sekitar loft.

"hey, K! pergi mana...". aku menoleh. herry!

"hah, sorry. i lambat. hey, kenalkan... ini zak, kawan my brother dr singapore, and this is khairul. guys, kenalkan... ini my friend, herry!". masing2 berjabat salam.

"thought you're not coming...", bisik herry perlahan. aku tersenyum.

"rinduuu...", bisiknya lagi. aku cuma buat-buat tak tahu. ah, makin dilayan makin menjadi2 nanti si herry nih. bukan tak tau...

di loft malam tuh, aku noticed zak asyik memerhatikan gelagat aku dan herry. aku cuba bersikap adil. zak tetamu, aku perlu melayan semuanya sama rata.

"minum?". aku menghulurkan segelas vodka cranberry ke tangan zak. dia menolak.

"sorry, i don't drink...".

aku tersipu.

"mana khairul?".

"tuuuu...", ujar zak menunjuk ke arah dance floor.

hai, bertuah betul. segan2 pun ligat jugak. siap naik podium lagi...

"hey, babyyy... mana u larii... i nak dance ngan you nihhh... jommm!!". tiba-tiba herry muncul. dia pantas menarik tanganku. aku meninggalkan zak sendiri.

"i loveee youuu...".

"yeahh... u mabukk!!". aku buat2 tak dengar. mataku ralit memerhatikan zak di tempat duduk. pelik. kenapa dia tak menari? bosan kah?

balik dr loft, aku menyuruh jer zak drive. bimbang kalau2 tertahan dengan abang polis. berkali2 herry berkeras ingin menghantar tapi aku menolak. nampak dia cam frust.

"you suka dia?".

hah?

"herry. you suka dia?".

aku dengar tak dengar.

ya, zak... i suka youuu...

dah empat hari zak di rumahku. banyak yg aku pelajari tentangnya. diam2 terasa suka juga. zak baik. siapa yg tak jatuh cinta pandang pertama apabila menatap wajah tampan keanak-anakkannya. tapi aku cuba mengawal diri. masih sedar di mana aku berdiri. ah, mana tau dia sudah ada lover ke apa. buat malu je nanti.

"abang... K ingat nak pindah lah."

"hish, jangan memainlah. buat apa, tak seronok tinggal sini?".

"bukan camtuh. erm, K... K nak mula hidup sendiri. dah lama K susahkan abang...".

"apa yg susahnya K. K kan dah jadi adik abang. dah, jangan nak merepek. Pi temankan si zak nuh. abang nak turun kedai bawah jap...".

ishh... dia cakap aku memain lak... huhuhu...

aku menghampiri zak. ralit benar dia menonton tv.

"bang zak...".

zak menoleh. wajahnya berkerut mendengar aku memanggilnya abang. tak semena-mena dia tersenyum. uh, manisnya!

"hah, camtuh kan baguss... panggil abang. baru respect sikit!".

"abang tak kisah?".

"buat apa abang nak kisah. suka apa!".

hey, bestnyer...

"abang... erm, K nak pindah. tadi dah bilang sama abang man. tapi dia ingat K memain. K serius nih. K ingat nak start built my own life-lah. dah tak nak susahkan dia...".

"hmmm... K ada masalah ker?".

aku geleng.

"habis tuh?". aku diam sejenak.

persoalan zak itu mati di situ. aku tak pasti untuk memberikan jawapan. ntah la, serba-salah sebenarnya. di luah mati mak. ditelan...

K.

P/s : Bukan karya aku.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.