Safi Shayla Pek Flesksi Mudah dan Jimat!
Tahu tak Safi Shayla telah memperkenalkan pek mudah dan jimat? Aku pun baru je bertukar jenama Safi Shayla semula sejak ditinggalkan dulu. Lima tahun lepas, aku merupakan pengguna Safi Shayla. Aku pakai shampoo Safi Shayla masa berkunjung ke rumah kawan baik. Masa tu aku ternampak shampoo yang dia guna. Rasa best je masa pakai sebab tu aku beli. Kenapa aku pilih shanpoo jenama Safi Shayla? Sebab aku duduk asrama. Untuk ke sekolah aku perlu berjalan sejauh 1km lebih. Aku bertudung, ni lah yang buat aku tak senang duduk. Kadang - kadang kepala bau masam sebab peluh bercampur selkup kepala yang menutup kepala aku. Sampai sekolah aku sendiri boleh bau kepala aku. Nampak tak? Aku nak dekat dengan orang pun malu. Aku pun beli keperluan barang sendiri, sebab tu aku bebas nak pakai shampoo apa. Sebab bukan pakai duit aku. Hehhehe. Terima kasih AYAH.
Bila dah habis zaman sekolah, aku tinggal dengan keluarga. Barang keperluan rumah ayah dan emak yang beli. Apa yang ada itulah yang aku pakai. Selalunya bertukar shampoo. Entah banyak kali dah tak terkira sangat. Kalau rasa tengah banyak duit, beli shampoo yang semua suka. Bila tengah duit tak ada, pakai shampoo yang cukup dengan duit. Begitulah selalu. Rambut pun dah gugur banyak.
Sampailah bila Safi Shayla keluarkan pek fleksi mudah dan jimat. Untuk orang perempuan macam aku, aku lebih mementingkan bentuk, warna, bau dan rasa (baca: rasa kesegaran selepas penggunaan) sebelum beli. Pelikkan? Hahaha. Kalau aku tengok botol cantik, warna lawa, bau pun sesuai aku akan beli. Kalau gagal sesi percubaan dimana aku tak suka bau rambut aku selepas di basuh dengan shampoo tersebut atau aku tak rasa kesegaran langsung selepaas guna. Aku akan pastikan itu kali terakhir aku beli shampoo tu. Atau mungkin aku akan beli kalau terdesak sangat.
Apa yang menariknya tentang Shampoo Safi Shayla?
Macam aku cakap, aku mementingkan bentuk, warna, bau dan rasa. Shampoo Safi Shayla 'Greenish Blue' ni merupakan keluaran baru dari Safi. Sebelum ni ada dua lagi shampoo safi shayla yang bewarna hijau daun pisang dengan hijau hijau tua. Nah, sekarang kita main code warna pulak. Adeh. Hehehe. Shampoo yang aku pakai sekarang ni sesuai untuk mereka yang selalu gatal kepala. Nama shampoo ni ialah Shayla Itc-Kontrol. Kepala akan rasa macam 'dingin' bila pakai. Dingin yang aku maksudkan ialah kepala akan terasa sejuk dan dingin kerana didalam shampoo tersebut mengandungi mentol. Tu lah yang menyebabkan kepala rasa segar je lepas menggunakan Shampoo Shayla Itc-Kontrol.
Shampoo Safi Shayla Pek Flesksi
Pek Fleksi dari Safi merupakan satu - satunya inovasi yang terdapat dalam industri shampoo. Belum ada lagi mana - mana syarikat shampoo mengeluarkan pek fleksi seperti ini di Malaysia. Satu kebanggaan! Shampoo Safi Shayla pek fleksi mudah dan jimat kerana sangat senang untuk dibawa kemana sahaja. Lagi - lagi untuk mereka yang sangat suka pergi travel. Samaada mahu membawa terus pek fleksi ini atau dimasukkan ke bekas yang lebih kecil. Beratnya hanya 480gram sahaja. Ringan kan? Didatangkan dengan lapan (8) jenis pilihan shampoo mengikut kegemaran masing - masing.
Korang dah cuba ke belum Safi Shayla Pek Fleksi ni? Mana nak cari? Cari je kat pasaraya. Sudah dijual di seluruh pasaraya seluruh Malaysia. Yeayy. Lepasni dah tak risau dengan masalah rambut berbau kerana bertudung.
Boleh dapatkan Shampoo Safi Shayla dengan harga RM 14.65 sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Safi, boleh klik pada pautan di bawah :)
Facebook
Instagram
Youtube
Laman Web
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.