Kembara KBBA9 di XCape Resort, Sungai Lembing Pahang : Entri Bergambar
Sengaja je aku hidangkan entri bergambar. Walaupun entri bergambar sekadar ada beberapa keping, tapi aku tetap pilih untuk sekadar buat entri bergambar. Aku belum mahu buat karangan. Takut terancak sangat. Hahahaa. Lagipun ada berdozen gambar ni. Tak tahu mana satu aku nak pilih untuk entri seterusnya. Aku nak bagi korang eksited dengan aktiviti kembara KBBA9 selama 2 hari 1 malam di Xcape Resort, Sungai Lembing Pahang. Kembara bersama KBBA9 kali ni memang paling tak boleh lupa. Kalau tak silap dan seingat aku, aku pernah senaraikan Muzium Sungai Lembing sebagai destinasi yang aku mahu pergi satu hari nanti. Tak sangka, KBBA9 tunaikan permintaan aku dengan secara tak sengaja. Marilah nikmati gambar yang tak seberapa. Terima kasih juga pada mereka - mereka yang menghulur gambar dengan ikhlas. Kredit kepada mereka. :)
Xcape Resort, Sungai Lembing Pahang
Muzium Sungai Lembing, Pahang
Lombong Bijih Timah Bawah Tanah, Sungai Lembing Pahang
Jambatan Gantung Kolong Pahat
Rempuh Halangan ( Team Building )
Aktiviti Sungai
Air Terjun Pelangi ( Pelangi Waterfall)
Ternyata bukan aku seorang yang masih belum move on. Rupanya kesemua peserta kembara KBBA9 juga masih mahu kan aktiviti di sana. Hahaha. Walaupun sakit peningnya masih bersisa, tetap juga mereka memilih untuk ke XCape Resort Sungai Lembing Pahang buat kedua kalinya. Nantikan entri seterusnya mengikut susunan dan aturan ya.
1 Comments
Jom la gi lagi
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.