Kekurangan Sistem GrabHitch Memang Menyusahkan Rakyat Malaysia!
Grabhitch merupakan perkhidmatan seakan carpool. Membolehkan kita berkongsi kereta bersama penumpang lain untuk ke lokasi yang lebih kurang sama. Pernah cuba tak?
Dengan GrabHitch. pemandu yang berdaftar akan menyatakan arah perjalanan kebiasaan mereka – sebagai contoh dari rumah ke pejabat setiap pagi. Kemudiannya, sistem GrabHitch akan menemukan 'kita' dengan penumpang yang selari dengan arah laluan yang sama. Kita diberi peluang samada untuk menerima atau menolak.
Dari situ, kita boleh menambah pendapatan. Dengar kata, ada yang buat Grabhitch ni sebagai partime , fulltime pun ada jugak. Hebat! Alang - alang nak ke pejabat, boleh tambah duit poket walaupun cuma RM10. Boleh dapat kawan baru, kereta pun tak kosong. Tak ada lah sunyi sangat. Dengar radio pun bukan boleh go sangat. Kadang merepek je lebih. Berbual pun syok sendiri. Hahaha.
Nah. Sekarang aku terpaku. Tak tahu nak jawab apa. Aku membayangkan kalau - kalau mereka ada anak kecil. Bagaimana pula nanti perjalanannya membesar. Dengan kegawatan ekonomi begini? Nak hidup susah, nak mati pun susah. Kalau - kalau lah. Kebanyakan pemandu teksi lebih berhati perut agar tak ambil tambang sampai mencekik. Wujudkan harga tetap untuk perjalanan sekian sekian. Tidak akan wujud tambah tolak dalam tambang.
Wajarkah kalau perkhidmatan teksi dibuat seakan perkhidmatan GrabHitch, GrabCar, dan Uber? Lebih sistematik.
Dari situ, kita boleh menambah pendapatan. Dengar kata, ada yang buat Grabhitch ni sebagai partime , fulltime pun ada jugak. Hebat! Alang - alang nak ke pejabat, boleh tambah duit poket walaupun cuma RM10. Boleh dapat kawan baru, kereta pun tak kosong. Tak ada lah sunyi sangat. Dengar radio pun bukan boleh go sangat. Kadang merepek je lebih. Berbual pun syok sendiri. Hahaha.
Kekurangan Sistem Grabhitch Yang Menyusahkan Rakyat Malaysia!
Adakah aku seorang yang selalu rasa Grabhitch ni menyusahkan atau ada antara korang pun rasa benda yang sama? Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku pernah kena sekali dengan Grabhitch ni. Aku rasa bersalah jugak. Macam 'menutup periuk' orang lain. Hmm. Masa tu aku nak ke LRT berdekataan dari Finas. Aku guna application Grab. Kan kita boleh pilih nak GrabCar (economy), GrabHitch, Taxi dan ada pelbagai lagi pilihan.
Konon - konon nak pakai GrabHitch. Macam best je kan? Masa guna tu, memang tak ada GrabHitch dalam radar. So, batalkan lah. Lepastu aku guna perkhidmatan GrabCar je. GrabCar pun bagus juga. Masa dalam LRT tu, ada satu nombor call aku. Dia tanya 'Akak, akak ke yang buat GrabHitch tadi (lebih kurang begini lah perbualan singkat aku dengan orang tu). Aku cakap lah ada. Tapi kan dah cancel. Nasib baik lah orang tu tak marah. Sepanjang aku dalam LRT aku rasa bersalah lah walaupun memang bukan salah aku. Ni semua salah sistem!
Aku dah batalkan, tapi orang tu tetap boleh accept aku. Aku pun tak faham. Dan lagi satu, aku rasa memang tak keluar profile siapa - siapa pun. Aku sangat yakin tak ada GrabHitch masa tu. Member aku masa tu pun nampak benda sama.
Situasi kedua ialah, kawan aku yang buat GrabHitch tu. Kebetulan masa tu nak ke Shopping Complex di Bukit Raja. memang dapat sorang penumpang. Jadi benda sama macam ni lah. Orang tu dah cancel. Tapi member aku boleh accept penumpang tu walaupun bakal penumpang tu dah cancel awal - awal. Lepas je member aku accept, tiba - tiba loacation pun hilang. Menggelabah lah member aku ni. Yela nak jaga status dekat dalam sistem. tak nak orang rate dia buruk - buruk.
Member aku pun call lah GrabHitch. Dalam sistem berkomputer dah tertulis bakal penumpang tu memang dah cancel. Masalahnya nak check benda tu pun lama. Hmm. Masalahnya macam mana boleh sampai dekat member aku yang bakal penumpang tu nak tumpang padahal dah cancel kan? Kekurangan Sistem Grabhitch Memang Menyusahkan Rakyat Malaysia! Harap lepasni sistem grabhitch akan dibaikpulih agar lebih baik pada masa akan datang.
Persatuan Pemandu Teksi India Bantah Uber Dan Grab Car
Kau setuju tak kalau perkhidmatan Uber dan GrabCar dihentikan? Sungguh aku TAK SETUJU langsung! Bukan sebab aku pentingkan diri sendiri. Tapi sebab ekonomi gawat macam ni lah perkhidmatan Uber dan GrabCar serta GrabHitch memang sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Sebab?
1. Tambang teksi mahal nak mati. Kadang - kadang cekik darah. Tapi bukan semua. Ketahuilah kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'. Pernah sekali tu aku dari LRT nak ke Restoran terapung di Titiwangsa. Ada teksi berdekatan LRT. Benda kelakar jadi. Aku tak naik pun teksi tu. Sebab encik teksi tu suruh 'kami' naik kereta biasa. Mungkin kereta sewa kot kepunyaan kawan dia. Dah lah mahal weyh. Bengang betul! Macam tak berbaloi pulak. Tapi fikir kan dah terdesak naik jelah.
2. Kerajaan menyarankan agar satu kereta berkongsi. Selari dengan perkhidmatan GrabHitch yang seakan carpool.
3. Tambang GrabHitch yang jauh lebih murah dan berbaloi.
4. Dalam sistem dah tersedia harga untuk setiap perjalanan. Maknanya pemandu tak boleh suka - suka hati naikkan tambang, melainkan penumpang nak bagi lebih. Lagipun kita boleh pilih samaada nak bayar secara tunai atau melalui credit/debit.
5. Siap keluar resit lagi. tapi secara online lah. Memang terbaik!
Kenyataan Pemandu Teksi
KIRA KIRA : Aku rasa Aku rajin.
setiap hari aku kerja 15jam.. target Rm.200.00.
Bagi kat Mak Andeh setiap hari hanya Rm.50.00 je.
Tapi kenapa Aku tak boleh simpan?…
Kemana perginya Rm.150.00.
Rm. 60.00 sewa.
Rm. 40.00 Bahan Bakar.
Rm. 15.00 Tol tanpa Penumpang.
Rm. 10.00 Servis Pelinciran.
Rm. 15.00 Makan Minum Aku.
Rm. 10.00 Pelbagai.
Jadi.. Bila Teksi tak jalan kerana :
1. Aku sakit.
2. Diguna untuk urusan lain.
3. Puspakom.
4. Klinik ambil surat pengesahan Dokter.
5. JPJ nyambung Lesen dan PSV.
6. SPAD nyambung Kad Pemandu.
Semasa Teksi masuk Bengkel :
A. Bayar kos kerosakan.
B. Sewa jalan.
C. Tak boleh menambang.
Huh.. Kerja 15jam sehari.. Hasil Rm.1.500.00 Sebulan pun tak pasti.
Berjayakah 64.000 Pemandu Teksi mengekalkan kutipan Rm.200.00 sehari?.
Mana duit Sewa Rumah? Mana duit Letrik dan Air?
SPAD tau kah kira kira ni?
Wajarkah kalau perkhidmatan teksi dibuat seakan perkhidmatan GrabHitch, GrabCar, dan Uber? Lebih sistematik.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.