Imbasan Rindu
Tak tahu nak cakap ini entri sedih ke lawak. Lawak sebab aku dah nak terbuat entri ni macam online diary. Acah - acah macam aku budak kecik nak bagitahu isi hati gitu. Rasanya dah lebih 30 kali aku ulang dengar lagu Memohon Diri dari kumpulan Spoon walaupun baru je jumpa lagu tu. Kenapa ye agaknya? Mungkin sebab aku tertengok drama melayu pukul 7, Drama Masam Manis. Kejap. Apa kena mengena lagu dengan drama tu? Macam tak berkait je.
Biasa lah teringat benda - benda lama. Menganggu hati betul lah. Sebab tu malas nak tengok drama melayu. Semua pasal cinta je. Lepastu mesti berkait dengan hidup sendiri. Sedikit sebanyak ada rasa sentap sikit. Sentap dengan drama eh? Menggedik je. -,-
Selain tu, aku nak bagitahu. Aku rindu sesuatu yang tak pernah 'ada'. Umpama macam rindukan bunga lili. Padahal pegang bunga lili pun tak pernah, nampak depan mata apatah lagi. Ha gitulah. Ni nak cerita. Aku membesar dengan lagu lama. Kadang tak kenal pun siapa penyanyi tajuk lagu apatah lagi. Sekadar hafal buta - buta. Dah hari - hari dengar. Mana lah tak hafal kan? Asal ada lagu baru dengar je mesti download (bila dah reti guna pc).
Sampailah aku ter'suka'. Huh! Bab ni serius lah kelakar. Malu lah nak cerita. Terjatuh cinta dengan suara vokalis Spoon. Sebenarnya bukan vokalis Spoon je. Vokalis Skreen, Spin. Yang mana lagu macam lentoh - lentoh orang kata rock leleh tu, memang kesukaan aku. Lagi - lagi bila suara orang tu macam sengau - sengau sikit. Aduh. Tak boleh move on rasa. Tu boleh melekat terus dalam hati. Cewah.
Okay aku fokuskan kepada kumpulan Spoon jelah eh? Sebab aku cuma nak cerita pasal dia. Lagu pertama yang terus melekat padat dalam diri aku adalah lagu Rindu Serindu Rindunya. Lagu ni kan mendayu - dayu. Boleh keluar tahik telinga mak aku cakap. Merepek jelah. Hahahha. Bestkan lagu tu?
Jadi bila aku dengan adik aku suka dengar lagu ni, hari - hari pasang. Mak bukak cerita pasal vokalis Spoon Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee. Masa tu sekolah menengah. Tak pernah peduli pulak nak mencari kisah dia dekat internet. Maklomlah masa tu lebih kemaruk nak main facebook kalau berpeluang dapat pegang pc.
Bila dah rasa dewasa sikit, baru lah rasa nak cari pasal kematian dia. Aku ni jenis kalau tersuka. Tak kisah lah lagu ke drama ke apa ke. Mesti aku buat kerja bodoh. Contohnya, masa aku kecik aku pernah tengok drama korea kot. Pasal perempuan tu sakit lepastu apa tah lagi. Lupa dah. Masa scene dekat tv aku rileks je. Masuk bilik nangis teresak - esak siap berdoa dekat tuhan weyh mintak perempuan dalam tv tu sihat sejahtera. Padahal diorang tu berlakon. Bukan betul - betul pun. Tah apa - apa lah.
Jadi pasal Along Spoon ni kan. Dia pun meninggal masa muda sangat. Dah lah pandai nyanyi. Meninggal dalam keadaan tragis pulak tu. Sedih weyh. Rasa macam abang aku yang meninggal. Walaupun aku cuma kenal dia dari suara je. Dia punya kesan tu sampai sekarang. Sama macam orang Malaysia rasa kehilangan dengan pemergian vokalis Spin. Ingat lagi? Mungkin bagi aku sampai bila - bila kot. Sebab aku suka tengok manusia yang suka 'seni'. Muzik tu kan seni?
Bayangkan eh? Orang yang gigi rongak@gemok main cajon pun aku boleh kata dia comel. Tahu sebab apa? Sebab dia main cajon je kot. Nampak style walaupun selekeh ke kulit kurap ke. Ah tak kisah lah. Janji aku tahu dia suka seni. Macammana tahu dia suka seni? Sebab dia main cajon. Hahhaha. Sukahati je kan buat penilaian? Yela. Mana ada orang minat lukis pergi buat sukan outdoor pulak kan? Gitu lah aku beranggapan.
Aku ni acah - acah je macam Along tu kenal aku. Macam Along tu ada darah daging dengan aku. Huh! Berangan je. Bukan - bukan macam tu. Aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana. Cuna nak cakap. Aku rindu. Yela, sekarang kan musim GV. Artis lama - lama nyanyi boleh naik bulu roma aku. Punya lah. Eh entahlah. Takde perkataan yang boleh aku luahkan.
Tapi betul. AKU SEDANG RINDU. Rindu sesuatu yang tiada.
Imbasan Tragedi Kes Pembunuhan Along Spoon
Sebelum pemergian arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon - Spoon (1998), Spoon - Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter'best' dalam sejarah industri muzik Malaysia.
Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah
Sumber Gambar |
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya'cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu.
Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.
Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri.
Sumber (http://aniqbukhary.blogspot.my)
Kalau dikira dari tarikh 25 Disember 1999, dah nak menginjak 17 tahun pemergian arwah. Semoga tenang di sana Sabi’ul Malik Shafiee. Semoga aman bahagia. Alfatihah ~
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.