Harga Seketul Design Terlalu Mahal?
Aku tak tahu nak mulakan ayat macam mana. Jadi aku membebel lah apa - apa pun biar perenggan pertama ni nampak panjang walaupun kelihatan hambar.
Graphic Design bermaksud "Proses dan seni yang menggabungkan text dan grafik serta menyampaikan mesej secara berkesan melalui logo, brochures, flyers, poster dan medium komunikasi visual yang lain. Dunia teknologi pada hari ini, Designer sering menggunakan desktop publishing software dalam menghasilkan hasi Seni Reka Grafik dalam mencapai matlamat yang ingin disampaikan kepada audience.
Dalam erti kata lain, Graphic Design adalah proses menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang memerlukan kreativiti, inovasi serta kepakaran teknikal, dalam memahami produk atau servis dan matlamat pelanggan, pesaing serta target audience, dan diterjemahkan dalam bentuk kombinasi warna, bentuk, gambar, ruang dan tipografi.
(sumber)
Harga Seketul Design Terlalu Mahal? Ya mahal. Kalau aku jadi pelanggan
Ya! Memang mahal, kalau aku jadi pelanggan. Mesti ada designer yang akan hentam aku bila aku cakap macam tu. Aku pernah je 'membeli'. Tapi aku bukan beli design semata. Aku membeli sesuatu yang siap didesign. Aduh. Macammana nak terangkan ni. Contoh nya macam aku buat tempahan cawan yang ada tulis nama aku. Maknanya aku siap beli design dengan produk sekali. Setiap kali aku memerlukan perkhidmatan designer, bila tanya harga begini - begini mesti MAHAL. Rasa macam tak berbaloi. Terpaksa juga tebalkan muka undur diri tak jadi nak buat tempahan.
Ya. Harga seketul design memang mahal. Contoh macam seorang pakcik yang baru nak membangunkan sebuah kedai makan yang memerlukan satu banner kedai untuk mempromosi kedai beliau. Bila pakcik tu tanya dan sembang dengan designer tanya harga semua. Tengok - tengok mahal. Yela mahal. Sebab pakcik tu pun memang baru je nak buka kedai. Baru nak mulakan perniagaan. Modal pun ada lah sikit. Memang lah ada orang kata kalau nak berjaya kena yakin dan melabur dengan aman. Memang lah banner ni memainkan peranan penting dalam membangunkan sebuah perniagaan. Orang kata identiti. Betul tak?
Tapi tu lah. Kalau tawar menawar jenis yang kedekut tahik idung masin memang tak dapatlah kurangkan harga. Seharusnya kena angkat kaki dan berusaha cari designer yang boleh bagi harga murah. Takkan nak buat drama sedih pulak dekat designer. Mahunya nanti kena bahan dengan geng designer. Tu jenis designer yang mulut lasser. Huhu. Kalau designer tu murah hati, mungkin dia bagi harga kasih sayang. Tapi, takkan lah sebab sebuah banner nak tawar menawar kan? Nanti designer tu fikir. 'Eleh, nak bukak kedai. Mesti tengah banyak duit. Tu pun kedekut ke?'
Ni situasi kedua. Bila aku jadi pelanggan aku nak buat tempahan seketul logo. Aku pun cerita lah dekat designer tu. Sekian sekian. Lepastu bila dapat tahu harga nya sampai beratus macam grrr. Tak logik pulak. Dah lah kecik. Nasib baik cantik. tapi cantik tu tak kemana. Sebab ada manusia jenis, suka tukar - tukar citarasa logo. Konon nak perbaharui. Keluar duit lagi kan? Lepastu belum tentu logo tu akan menaikkan nama produk aku. Lepastu pulak belum tentu aku guna logo tu sepanjang aku menjual produk. Boleh jadi, aku tukar produk lepastu aku dah tak perlukan logo tu. Kan kan? Hmm. Buat masa ni tu je kot pendapat aku sebagai seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan designer.
Selalu je aku fikir penjual nasi lemak yang menjual nasi lemak dengan rasa yang sedap walaupun meletakkan harga yang sangat murah. kalau sedap, mesti ramai orang akan jaja dari mulut ke mulut membuatkan keuntungan nya bertambah tapi perlahan. Sebab nasi lemak yang dijual adalah nasi nasi lemak yang tak menjanjikan untung asalkan pelanggan puas hati dan akan mengulangi lagi.
Kalau 'Aku Designer'
Kalau aku jadi designer? Aku tak pernah pulak jadi designer. Tapi ni cerita pasal KALAU. So, ini cerita kalau aku jadi designer. Aku tak reti lah masalahnya. tak ada pengalaman. Sebab jadi designer kena kreatif. Aku mungkin kreatif. Tapi kreatif aku tak boleh nak dizahirkan. Sekadar mengganggu fikiran je. Menyampah.
Contoh situasi. Ada orang mintak aku buatkan kerja sekolah dia. Bukan seorang tapi ramai. Jadi aku ambil kesempatan jadi pembuat kerja sekolah. Konon - konon dalam subjek seni. Jadinya, aku memerlukan masa, idea dan kreatif. Bila aku nak cas sikit, mesti aku fikir aku guna elektrik, barang - barang aku, perah otak lagi. Ah banyak weyh nak kena fikir. AKu mesti letak harga berpatutan. Kalau letak rendah sangat nanti rugi pulak. Hmm.
Sebab kan aku ni 'designer' yang hebat jadi aku mesti letakkan harga yang nampak ekslusif. Nampak macam aku memang seorang 'designer'. Bukan cikai punya orang. Jangan pandang rendah dengan kemampuan aku.
Contoh macam gambar dekat atas ni. Weyh, serius ah aku penat - penat design orang cuma nak bayar RM50 je???? Gile lah. Idea aku kot. Ingat senang ke aku nak keluarkan idea? Kena menghadap depan laptop berejam. Macam tak ada kehidupan lain. Ini ke nilai hidup aku? Sekadar RM50? Tak berbaloi sangat.
Sebab bila orang suruh aku buat kerja, orang bayar aku dengan harga sekian - sekian, aku rasa macam tak berbaloi. AKu buat banyak. Tapi dapat sikit. Hhahaha. Bukan tamak tau.
Selalu je aku fikir, kalau jual design dekat syarikat besar dengan harga yang paling tinggi contoh petronas mesti aku akan untung besar. Dan keuntungan tu hanya mendapat sekali gedebuk (sebab aku tak pasti kalau ada royalti? Hahahha. Aku tahu dalam bidang penulisan je. Selagi penulisan nya terjual dan digunakan selagi itu penulis akan mendapat royalti dari syarikat penerbitan.) Yela. Petronas tu kaya. Mana boleh jual murah - murah. Aku rugi.
Sekadar pendapat seorang yang 'kalau' menjadi designer' dan tak tahu apa- apa tentang designer.
Hidup Bak Kais Pagi Makan Pagi
Nampak tak? Aku marah? Bila aku jadi pelanggan aku macam ni. Bila aku jadi 'designer' aku macam tu.
Bagi aku designer ni bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak ada design, tak ada lah duit. Mungkin sebab tu juga diorang cas mahal yang dianggap sesetengah pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan seorang designer. Sebab diorang pun ada level dan skill masing - masing. Dengan sekarang ni ekonomi merundum. Memang kena kuat lah. Ingat senang ke nak cari pelanggan?
Tak semua pelanggan jenis yang akan ulang tempahan. Ada yang jenis tempah sekali lepastu pergi. Susah kan nak jadi designer? Lagipun sekarang ni memang dah ramai sangat designer. Macam cendawan tumbuh. Macammana diorang hidup kalau dah ramai sangat designer? Aku sebagai seorang pemerhati mungkin melihat mereka hidup dengan bergantung kepada rezeki masing - masing. Maknanya selalu percaya rezeki ada dimana - mana. Mungkin juga ada yang ambil kesempatan menyahut seruan menteri dengan buat lima enam kerja dalam satu masa. Kot?
Atau juga mereka menjual skil masing - masing pada tahap paling tinggi? Entah. Banyak cabaran. Tapi aku memang tabik dengan designer. Kreatif sentiasa hidup dalam diri masing - masing dan tak pernah mati.
Pengalaman Berurusan Dengan Designer
Aku pernah buat tempahan stiker. Bukan aku yang nak. tapi orang lain. 'Orang tu' suruh aku berurusan sendiri. Kalau aku yang berurusan ikut cara aku lah. tapi segala macam design, bentuk, warna bukan urusan aku. Aku sekadar pengantaraan je. 'Orang tu' pun dah okay dengan harga yang ditawarkan sebab tak membebankan sangat.
Designer tanya aku ada contoh logo tak? Aku pun bagi. Lepastu designer tu kata dia taknak file dalam excel. Aku tak tahu apa - apa. Dia kata dia boleh trace logo tu guna photoshop tapi harga lain. Maksud nya dia nak tambah harga. 'Orang tu' pun cakap, lah nak tambah harga buat apa lagi? Logo dah siap tinggal print je kot. Aku pun bagitahu lah designer tu.
Lepastu designer tu kata tak apa lah. Boleh jela. Jadi dia tolong buatkan balik logo tu guna photoshop sebab kalau print guna file excel memang hancur. Nak dijadikan cerita bila logo dah siap, aku tunjukkan pada 'orang tu'. 'Orang tu' pun kata okay.
Bila dah siap print semua, dah siap pos. Barang sampai dekat rumah. Tengok - tengok ada salah ejaan. Nak tahu apa jadi? 'Orang tu' salahkan designer tu. Padahal dia dah hantar contoh kot dekat aku. Aku pun dah tunjukkan dekat 'orang tu'. Sebab kan aku malas nak campur urusan orang dewasa aku bagi je nombor designer tu dekat 'orang tu'. 'Orang tu' dengan rasa berkuasa nya pergi keluarkan segala akta bagai.
Hmm. Kesian designer tu. Kena print balik semula dan membuat penghantaran. Semua kos designer tu tanggung. Lepastu walaupun bukan salah aku, aku nak mintak maaf bagi pihak 'orang tu' sebab menyusahkan seorang designer ni. Dia dari group Grafik Malaya jugak. Selepas dari insiden tu, aku di remove dari satu group whatsapp. Aku tak pasti aku kena remove sebab aku tak bercakap dan tunjuk skil mendesign atau sebab insiden yang berlaku.
Bersalah gila rasa.
...
Ni ada contoh artwork yang aku ambil dalam group Grafik Malaya dengan izin tuan punya badan. Simple je kan? Setiap logo ada maksud tersirat dan tersurat. Kau rasa berbaloi tak sebuah design di cas dengan harga beratus ringgit? Macam aku cakap, tak berbaloi kalau aku adalah seorang pelanggan yang tak pernah mengerti jerih payah seorang designer. Yang menganggap designer sekadar 'adik - adik' yang mencipta logo. Maksudnya, aku nak cakap. Eleh. Logo ni. Adik aku pun boleh lukis. Lebih kurang macam tu lah.
Tapi SANGAT BERBALOI kalau aku memang mengerti kepayahan seorang designer dalam menghasilkan sebuah logo yang simple macam ni dan membawa maksud yang sangat besar. Kalau tak silap, lagi simple design tu lagi power. Kan? Ke aku salah? Hahhaha.
Logo diatas merupakan koleksi logo sejak dari tahun 2002 sehingga 2016. Kalau rasa teringin dan berminat dengan kepakaran dan skil yang ada pada abang ni boleh contact beliau di Facebook Burhanuddin Helmy. Aku tak promote beliau, tapi sebab aku suka tengok design dia. Okay bye.
Kesimpulan dari bebelan aku tadi :
Hargailah hasil kerja Seorang Designer ^_^
Jom tengok video dekat bawah. (Sumber)
3 Comments
Panjang betul celoteh adik kali ini ye...kisah designer...woww memang betul pada awalnya akak agak terkejut bila tahu harga sebenar hanya utk seketul banner blog...tp hasilnya memang lain dari yg lain...itu sebab akak bayar hasil air tangan designer...memang berbaloi...
ReplyDeletesilakan
ReplyDeletetq mieza memahami kerja kami yg kais pagi makan pagi kais petang mkn ptg haahhaa
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.