'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!


'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!

Pelancaran album single 'Cukup Sekali' telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium P.Ramlee Kompleks Studio Merdeka Finas dengan kerjasama banyak pihak. Masa mula - mula dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Album dan Sidang Media memang tak kenal pun dengan Oja & Tunable Band. Bila sebut je Spoon, terus aku teruja nak google segalanya. 

Kenapa?
Aku tak ada dizaman kegemilangan diorang pun. Tapi aku dibesarkan dengan lagu rock leleh mereka. Ayah aku hari - hari sumbat lagu - lagu lama. Sampai lah aku merasa pegang duit sendiri terus beli CD Rock Leleh yang gambar gitar cair warna biru tu. Pergh! Bila merasa peluang berdekat - dekat dengan orang lama ni, dia punya beriya tu toksah cakap. Kadang boleh naik bulu roma. Aku tak faham betul lah apa masalah nya. Aku bingung. Sebab tu bila dapat peluang macam ni, memang aku nak sangat! Orang lama weyh.

Majlis Pelancaran Album 'Cukup Sekali'

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!
Deen Maideen 

Kalau nak diikutkan, Oja & Tunable Band merupakan sebuah projek yang dimulakan dengan reunion Spoon dan akhirnya bergabung meletup dengan Oja maka wujudlah Oja & Tunable Band! Lama juga perbincangan nak bergabung ni. Oja yang pernah tampil dengan beberapa buah album antaranya ialah Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneka) serta Oja & Mastura (Apo Salah Eh) pada tahun 1995. Rasanya kalau sebut nama Oja, mesti peminat tahun 90'an lambai - lambai tangan. Aku belum hidup lagi atas muka bumi tahun tu. Jadi aku tak kenal siapa Oja. Aku kenal nama Oja pun sebelum ni melalui emak yang bercerita pasal vokalis Spoon.

Agak lama sebenarnya Oja menghilang seolah ghaib dalam arena seni yang sebenarnya masih bernafas hanya dibelakang tabir. Juga sebagai pemain gitar di kelab malam lebih kurang 20 tahun. Pertemuannya bersama Norul (gitaris Spoon) beberapa tahun lalu telah mencetuskan idea untuk mewujudkan Oja & Tunable Band. 

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!
Anggota Oja & Tunable. Dari kiri Bowtak (gitaris),
Shahnaz (drummer), Aboy (gitaris), Oja (vokalis) dan Norul (gitaris).

Oja juga akan menggunakan keseluruhan pengalamannya yang ada untuk membentuk satu susunan muzik yang berlainan daripada biasa untuk memberikan penekanan kepada strings orkestra dan susunan muzik yang agak progresif. 

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!

Korang dah dengar ke belum lagu 'Cukup Sekali'? Dengar sekali terus jatuh cinta. Aku siap dah hafal pulak. Sebab hari - hari sebelum tidur mesti dengar. Nak tengok lirik? Meh tengok Lirik Lagu Cukup Sekali


Sikit hari lagi, 'Cukup Sekali' bakal menggegarkan arena muzik tanahair. 'Kita' dah ketandusan idea dalam mencipta bait lirik yang penuh makna. Semua lirik hipster, nak ulang perkataan sama sampai sepuluh kali. Hmm.

Kalau nak tahu lagu 'Cukup Sekali' dan 'Sayang' dipilih menjadi OST dalam sebuah filem Aku Bukan Spy, sebuah filem kerjasama antara produksi Malaysia dan Indonesia yang bakal ditayangkan Januari tahun hadapan. 

Bukan tu je. Siapa sini peminat Drama Menantu Tintong? Mesti ada dengar lagu macam best dalam drama tu kan? Ha tu lagu Menantu Tintong oleh Oja & Tunable tau. Lagu ni pun macam ada kuasa super power. Adik aku berjoget dengar. Hahhaha. 

Elemen muzik yang ada dalam 'Cukup Sekali' sedikit sebanyak mengembalikan kita ke arena rock zaman dulu. Walaupun bukan seratus peratus tapi memang terbaik. Dengar live pun power! Aku mewakili suara rakyat Malaysia mendoakan agar Tunable Record berjaya melebarkan sayap membaja dalam hati rakyat Malaysia dan terus sukses! 

'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!
KBBA9 bersama Oja & Tunable Band
'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!
Bersama Oja selaku vokalis Oja & Tunable Band
'Cukup Sekali' Bakal Menggegarkan Arena Muzik Tanahair!
Bersama Shahnaz (drummer Oja & Tunable Band )

YoutubeTunable Record
InstaramTunable Record
FacebookTunable Record

Post a Comment

3 Comments

  1. Best lagu ni. Akk dengar sekali pun rase nak repeat lagi. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Wah kemain adik diaa berjoget dengar laguuu tuuu hhiks

    ReplyDelete
  3. Dah besar dia...
    Sedap lagi baru Oja!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.