Jom Main Puzzle Nak Tak?
Sapa suka main puzzle masa kecik - kecik angkat tangan? \o/ . Hehe. Dulu masa aku kecik -kecik pun aku suka sangat main puzzle. Ada gambar cartoon yang aku suka, lepastu gedabak gedabak je dia punya setiap kepingan. Senang sangat nak pasang. Tapi masa tu pun kecik lagi, gigih lah walaupun cuma ada 6 keping je untuk satu gambar, dia punya susah sampai tak boleh nak cakap. Tapi, bila dah besar, beli lagi puzzle yang ada banyak keping. Konon - konon nak test power! Tapi tak power mana pun. Sebab beli yang 300lebih keping je.
Beli sebab bosan tahap melampau duduk dekat rumah sewa. Sabtu dan Ahad tak ada kelas, jadi habiskan masa dengan housemate buat puzzle berjemaah. Bila dah siap pasang jadi gambar dia punya seronok. Mak ai. Tak boleh nak cakap. Kalau boleh nak pasang bingkai gambar dan gantung dekat dinding. Sebagai bukti dah berjaya penat lelah untuk habiskan gambar!
Ada sekali tu, masa aku belajar dekat Johor, aku tak tahu aktiviti dekat rumah keluarga aku. Bila aku balik nampak puzzle gedabak besar bapak aku tampal dekat dinding. Tak dak bingkai - bingkai dah. Puzzle yang ade 3ribu ke 1ribu lebih tu. Tak ingat. Aku tak percaya pun bapak aku buat. Sebab macam susah. Dia punya gambar pun warna nak sama je. Lepastu bapak aku nak tunjuk kebolehan dia, dia beli lagi satu puzzle serupa tapi gambar lain. Dia pasang depan anak - anak dia. Makan masa jugak lah dua tiga hari campur pergi kerja dengan tidur. Aku tolong sikit - sikit je. Sekarang dah ada dua puzzle gedabak dekat rumah. Tapi tangan adik aku ni gatal. Suka cabut - cabut. Ada lah dua tiga keping yang dah bolong. Sabo jela.
TAPI. Sekarang dah ada puzzle online! Jom main puzzle nak tak? Kita buat pertandingan. Hehhe. Tapi tu angan - angan aku. Aku hold dulu lah. Sekarang jom main puzzle online dulu. Macammana? Mudah je. Ikut langkah - langkah mudah macam dalam gambar tau! Kalau tak faham tanya.
1. Klik dan buka pautan ini --> Web Puzzle Online. Lepastu register macam biasa. Kalau rasa susah, sila ikut step di bawah sampai tertera macam gambar 3.
![]() |
Gambar 1 |
![]() |
Gambar 2 |
![]() |
Gambar 3 |
![]() |
Gambar 4 |
3. Cari Upload and Manage Photo macam dalam gambar 5.
![]() |
Gambar 5 |
![]() |
Gambar 6 |
![]() |
Gambar 7 |
![]() |
Gambar 8 |
![]() |
Gambar 9 |
![]() |
Gambar 10 |
![]() |
Gambar 11 |
![]() |
Gambar 12 |
![]() |
Gambar 13 |
![]() |
Gambar 14 |
Jom Main Puzzle Nak Tak? Senang je kan? Nanti boleh main ramai - ramai tengok masa siapa paling power! Jom lah. Daripada tak buat apa. Best tau main puzzle ni. Dapat menggerakkan daya pemikiran dan kekretifan otak masing - masing. Hehehe. Jom main puzzle online nak tak? Klik sini Web Puzzle Online dan main sampai lebam! Selamat berjaya ~
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.