Episod 1 : I'm Str8 But My Bf Is G**! (BoyKL)

Episod 1 : I'm Str8 But My Bf Is G**!

Episod 1 : I'm Str8 But My Bf Is G**!


I dunno how to start actually. Blur jap. Erm. Juz woke up actually. Mandi, gosok gigi... breakfast. Tetiba jer dpt satu sms dari AM.

"K, tolong tutup tingkap. Abang kuar jogging kat bawah!".

Huh. Hujan ker? Erm. Aku bingkas bangun menjengah ke luar. Cam mendung jer. Tanpa berlengah aku terus buat seperti yang diarahkan. Seterusnya aku melangkah ke dapur. Buka peti ais. Kuarkan susu HL dan cornflakes kegemaranku cam biasa. Lapar beb.

Penat dan ngantuk actually. Baru je baik demam. Seminggu aku terlantar jer kat umah. Kelas pun tak pegi. Lantak la. Aku nekad untuk quit. Apa nak jadi, jadi la. Aku tegas ngan keputusan nak join airlines. Papa? Mama?? Ah, dah banyak yg aku buat untuk diorang. Cukup-cukup lah. Aku juga bakal punya life sendiri nanti. Aku punya perancangan dan tujuan hidup.

Dah hampir tiga tahun sebenarnya aku away dari mereka. Baik papa, atau mama- kedua mereka benar-benar dah buat aku jauh hati. Sebaik penceraian, aku cuba untuk tidak menempatkan mereka dalam sebarang agenda hidup. Hanya AM tempatku bermanja dan menumpang kasih-sayang. AM bukanlah abang kandungku, jauh lagi saudara-mara. Dia hanyalah seorang manusia yang ditakdirkan untukku.

Aku percaya AM ditulis untuk menjaga dan memandu perjalanan hidupku. Titik.

Aku ke meja tv lalu memilih Channel [V]- siaran kegemaran. Ada Kylie Minogue sedang menyanyikan "I Believe In You".

Fikiranku menerawang mengingatkan kejadian di kelab semalam.

Malam minggu.

Tepat jam sebelas malam, si Boy, teman rapatku di kolej datang menjemputku di rumah seperti biasa. To be frank, aku takder mood malam ni untuk kuar mana-mana. Boy pandai memujuk. Nak tak nak aku gagahkan juga mengikutnya ke Frangi, sebuah kelab eksklusif golongan plu yang terletak di Jalan Alor.

"Jangan lupa bawak kunci!", pesan AM bimbang kuterlupa.

Orang agak ramai malam tue di Frangi. Sesak. Aku dan Boy memilih ruang paling hujung. Beberapa orang teman menegur. Ada juga betina-betina sesat yg memandangku dan Boy dari atas ke bawah. Jakun sangat.

"Eh, I've seen you guys on tv before, gay ke?". Dengan gaya pegang vodka- kau ingat seksi ler tuh?

"Nope. I'm straight, but my bf is gay!". Pantas aku menjawab. Kukerling Boy di sebelah. Dia tersenyum.

"... Fuckin' gay! Ko luper... Hiks...", celah Boy. Merah padam muka budak pompuan tu. Mati la tak paham kan... hahaha... Rasakan.

Benci dan geram. Sah-sah la Frangi tue tempat plu dan gayboy melepak. Ramai abang-abang katanya. Ada yg gelar Frangi tempat plu kelas atasan. Apa-apa la. Janji aku dan Boy enjoy ke sini. Plus plak si Boy ni memang tak suka crowded. Rimas. Takut peminat kenal katanya.

Hampir ke pukul dua pagi. Pengunjung Frangi semakin berkurangan. Aku menepuk Boy.

"Bosan!". Dia melihat jam.

"BB?". Aku angguk.

Kami bergerak ke BB, sebuah lagi kelab gay yang terletak tidak jauh dari Frangi. BB lebih crowded, pack dengan adik-adik.

Aku sedikit terhuyung-hayang. Boy asyik membebel-bebel. Vodka menyelamatkan aku dari mengambil pusing leterannya. Haks!

Tiba di BB, tanpa banyak soal Boy terus mengheretku ke dalam. Aku mencari-cari kelibat si Zack. Mana dia? Aku mara ke dancefloor. Muzik kembali membuatkan khayal. Aku menari, menari... dan terus menari. Boy merungut. Panas! Kami berpindah tempat.

Zack sms.

"Dear, aku di bahagian skrin. Tepi toilet...". Aku segar membaca. Terus menarik Boy ke bilik sebelah. Terpinga-pinga dia seketika.

"Kenalkan... Reza, temanku. Ini Abang Iz...".

"Kenal... Bachelor Guy kan?". Abang Iz @ Bachelor Guy senyum memandangku. Memang kami dah lama kenal. Bachelor Guy tu nickname dia kalau berchatting.

"Pakwe baru ya?", gurauku. Abang Iz kelihatan tersipu-sipu.

"K, u ok?".

"Yeahh...". Aku tersengih. Tak semena aku memeluk Zack. Tangannya juga rakus merangkulku. Mujur suasana gelap. Aku cari Boy- mamat tu dah hilang entah ke mana.

"Aku suka kau!".

"Kau mabuk sayang...". Zack mencuit pipiku. Dia masih kejap merangkul.

"Takk... aku suka kau. Benar!".

"Bukti?".

"Kau mahu bukti??". Tanpa menghiraukan Reza dan Abang Iz kat sebelah, aku pantas mencium Zack.

"Cukup??". Zack masih lagi terpinga-pinga. Aku puas.

Hampir ke pukul empat pagi. BB hampir tutup. Aku ajak Boy dan Zack minum di Kedai Ara, port popular di kalangan plu-plu di ibukota. Tak jauh, kat sebelah BB je. Abang Iz pun join, bawak sekali Reza, si buah baru hati kesayangannya.

Habis minum memasing dah cam ala-ala mengantuk. Aku masih menunggu Zieman dan Eddie, bebudak waiter dari Frangi. Janji nak gi makan kat Jalan Alor.

"Ikut?". Memasing geleng kepala.

"Play safe!", ujarku sempat memesan sebaik berpisah dengan Abang Iz dan Reza.

Jalan Alor...

Aku order mihun goreng. Zieman ngan Eddie pun makan. Banyak diorang order. Lapar agaknya. Boy plak tak henti sms, telefon. Busy cakap ngan orang jauh. Aku suap Zieman, Zieman suap aku. Hehehe... romantik gils! Terdetik pula di hati, ikhlaskah aku?

Aku tersentuh bila Zieman memberiku hadiah. Sehelai kemeja ngan bear yang dia beli kat Lot 10 siang tadi. Cute! Sempena ‘anniversary’ katanya.

Anniversary? Seingatku, kami tak declaire apa-apa pun.

"Ambil je la... orang dah kasi!", bisik Boy.

Terima kasih, ucapku lalu pantas mengucup keningnya. Aku keliru sebenarnya... antara Zieman dan Lee. Dua-dua ok.

Eh, wait... Lee who?

Oh, mamat cabin crew tuh. Sorry lupa nak kenalkan. We met dua bulan lepas. Macam Zieman, rajin dia belikan aku macam-macam. Kalau ke abroad, mesti tak menang tangan.

Tapi Zieman pun ok gak. Cakap je apa aku nak? Pasti akan diusahakannya. Gigih tol. Sudahnya, aku tersepit. Kata orang jangan bermain api, kelak membakar diri. Namun aku juga ingat kata pepatah, jika takut dilanda ombak... jangan berumah di tepi pantai. Risiko beb. Aku tak salahkan sesiapa dalam soal ini. Hmm... bukan mudah menjadi diri sendiri rupanya.

"Sayang di mana? Abang dah sampai umah. Rindu awak. Nite!".

Lee sms. Aku cepat-cepat menekup handphone. Bimbang dilihat Zieman. Mujur dia tak syak apa-apa. Terus-terang aku bimbang. Hatiku gusar memikirkan semua-semua ini.

Sampai bila? Aku memandang Boy di sebelah. Dia cuma tersengih.

"Pandai makan, pandai la simpan!". Teringat yang Boy pernah berkata suatu hari.

"Dah?".

"Huh?"

"Gerak jom. Ngantuk!"

K.


ps : Bukan karya aku. 

Post a Comment

1 Comments

  1. kecik jer tu keluar p/s bukan karya aku. hahahaha...

    sekali cerpen pasal gay da...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.