Bah Kotor Part 2
"Stesen Kuala Lumpur. Sila awasi langkah anda. Mind your step."
Dara sudah berdiri di depan pintu gerabak sebelum perhentiannya tiba. Dara membuka langkah. Dia memandang bumbung Stesen Kuala Lumpur. Masih memikirkan laluan dan ke manakah arahnya mahu pergi. Akhirnya Dara membuat keputusan untuk membuntuti orang di depan. Dia sudah lupa bagaimana sebenarnya. Entahlah.
Dara sudah melintasi kaunter tiket. Bermakna, Dara sudah berada di luar kawasan Stesen Kuala Lumpur. Sungai tohor masih mengalir walau kelam dan lembab. Itulah Kota Dosa. Penuh dosa dan sampah dari manusia. Dara mahu berjalan - jalan disekitar Pasar Seni. Pasar yang tidak berseni. Barangannya seolah semua seperti diambil disuatu tempat dan dijual hanya untuk pelancong. Maksud Dara ia seperti bukan hasil tangan rakyat Malaysia. Hmm Entah. Dara susah mahu mengekspresi kata - kata untuk menggambar situasi dan keadaannya. Parah sungguh. Mungkin hanya pelancong yang layak membeli bukan Dara. Dara masih rakyat Malaysia. Dara bukan sedang melancong, Dara sekadar bersiar - siar mahu mengintip dosa di tengah kota. Hanya itu.
Sekarang Dara sudah berada di pintu gerbang Pasar Seni. Ah, bosannya melihat ini. Dara masuk dan mata mencari sesuatu yang dia sendiri tidak memahami. Hanya gerak kaki yang menggerakkan dari suatu tempat ke suatu tempat. Ikut sajalah. Dosa masih bersembunyi malu.
Kiri dan kanan jualan key chain, lukisan - lukisan, baju seperti mahu bersantai di tepi pantai Hawaii barangkali. Entah apa lagi.
Dara masih melangkah. Sehinggalah Dara tiba di pintu paling hujung. Dara melangkah keluar. Langkahnya lambat - lambat, agar masa terus berjalan tanpa sedar. Sedar tak sedar, dara masih memandang jam ditangannya. Lima minit seperti 30 minit. Lambat. Matahari walau sembunyi di balik awan, bahangnya masih terasa. Dara menyusuri laluan kaki lima kedai dengan harapan ada dosa yang sedang berkeliaran.
Hanya manusia tidak berubah yang sedang enak dibuai mimpi. Barangkali sedang bermimpi indah. Sesekali ada angin yang menyapa santun. Mungkin itu penyebab mereka masih lena.
B E R S A M B U N G ..
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.