PBAKL 2016 Banyak Kelemahan?
Apa cerita ni? Betul ke PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 banyak kelemahan? Ye la tu kot. Ada sesetengah pihak yang tak puas hati termasuk aku. Dah tu apa masalahnya?
Sebenarnya bukan PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 yang mermasalah dan menjadi cerita. Tapi pasal lokasi PBAKL 2016 tidak strategik! Tapi, sebelum aku membebel panjang, aku nak mohon maaf andai ada yang terasa hati atau makan hati. Aku sedar, dan aku tahu. Entri ini bukan suara aku seorang, mungkin ada lagi dua tiga orang. Bezanya aku luahkan pada blog, mereka luah di facebook atau sekadar share status orang yang update pasal PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 tersebut. Ini suara ketidakpuasan hati aku tentang PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016!
Mungkin juga ada yang tidak menyokong suara aku (baca: mungkin kebanyakkan penjual yang menjual dan mengambil bahagian disana). Terpulang. Ini cuma suara aku dah orang - orang yang cuba berdiam diri tentang kelemahan PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016!
Terjumpa status ni di facebook |
"WABAK DUIT DI MAEPS Aku dok fikir benda ni daripada Jumaat lepas lagi. Macam mana pihak penganjur boleh fikir nak buat pesta buku di tempat yang tak ada tren? Macam mana depa fikir bawa budak sekolah naik bas ramai-ramai tu boleh meningkatkan jualan?
Budak sekolah ni mana ada wang, beli keropok lekor kat lori kecil tu habis terus duit depa. Macam mana depa fikir orang akan datang lagi bila caj parking RM3 sekali masuk, lepas tu jauh nak mampus pula nak kena berjalan? Macam mana depa fikir orang dari Hall C akan pi Hall A lepas pusing Hall C yang besar gabak tu? Macam mana depa fikir jual air RM4 tu okay?
Tengok pula orang komplen pasal bas. Bas tak ada lah, bas kena tunggu lah, bas sangkut lah. Yang dah parking pun kena turun naik tram semata-mata? Frankfurt punya pesta buku tu pun besar gabak juga, 50 kali lagi besar. Tapi ada tren depan pintu. Tak ada masalah parking, tak ada masalah kena turun naik tram tengah panas pegang plastik, tak ada senggol-senggolan.
London pun sama. Shuttle bas dia cekap, setiap 5 minit der. Tapi bila mengenangkan gosip MAEPS dah ikat kontrak 5 tahun, hmm tahu lah kita semua ni bukan pasal pesta buku pun. Ni semua pasal duit. Siapa cakap ni semua nak mengembangkan industri buku lah, nak membesarkan pesta buku lah, apa jadah lah, boleh pergi mati."
"Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 ----------------------------------------------
Pertama kali dalam sejarah, PBAKL melanggar tradisi dengan meninggalkan PWTC dan berpesta di MAEPS, Serdang. PBAKL2016 masih bangga membawa namanya 'PBAKL' tetapi tidak semangat dan keazaman kerana meninggalkan PWTC dan pergi ke MAEPS bermakna ia telah mematahkan separuh hati hati manusia yang tidak betah ke MAEPS atas alasan apa pun. PBMS (Pesta Buku Maeps Serdang) adalah nama yang paling tepat untuk kita gunapakai, bukannya PBAKL.
Mengambil kira jumlah pengunjung, koordinasi logistik, pengurusan letak duduk booth, pintu masuk keluar dewan yang terhalang di sana sini (ada juga pintu utama yang ditutup), pengurusan jualan makanan yang menyusahkan (beratur beli kupon, lepas beratur kupon kau kena beratur pula tunggu makanan), dan lagi celaka harga makan minum yang mahal, semua hal ini tidak selayaknya timbul dalam sebuah pesta bertaraf antarabangsa, apatah lagi ianya sebuah pesta yang penuh tradisi dan pengisian ilmu, Pesta Buku Antarabangsa. PBMS, pesta buku tahun ini semakin hari semakin menjatuhkan moral para pempamer.
Perkara ini bukan lagi bangkai yang boleh disorok sorok, sehingga buat kali pertama Kesatuan Buku Hiliran memulakan petisyen kepada penganjur untuk mengubah booth dan khemah yang menghalang laluan masuk pengunjung ke dewan A selama 5 hari sebelum ini.
Menyalahkan pengunjung yang tidak mahu datang ke MAEPS adalah satu kegilaan yang aku tak dapat fikir bagaimana ia boleh muncul dalam kesedaran yang nyata.
Berpusunya pengunjung ke Pesta Upin Ipin dan Pesta Ultraman di MAEPS sebelum ini tidak boleh kita jadikan sandaran kerana yang itu pesta hiburan. Promosinya sedap, menyeluruh dan ada di mana mana. Buku buku bukan lah hiburan (untuk kebanyakan manusia), malahan belon panas yang dijanjikan penganjur pun entah ke mana, jadi atas kefahaman yang lokasi, pengangkutan, suasana persekitaran sangat penting untuk menarik pengunjung ke pesta buku, keputusan mengadakan pesta buku di MAEPS adalah 'disaster' dan memusnahkan.
Mujurlah kali ini DuBook Press menyediakan hadiah kereta buatan Jerman, Volkswagen Polo kepada pembeli buku buku DuBook, sekurang kurangnya tarikan ini dapat membela maruah penganjur dan memberi kesan psikologi kepada pengunjung; "Tak apa lah kita bersusah payah ke MAEPS, mana tahu ada rezeki menang kereta VW DuBook" Bayangkan lah kalau DuBook Press cuma bagi hadiah ipad ataupun iphone, siapa saja lah yang sanggup datang menjengok ke MAEPS ni?
Berbuat yang terbaik walau dicampak ke mana mana adalah nilai prinsip DuBook Press. Kalau lah harga mengembalikan PBAKL ke PWTC itu syaratnya mesti mencampakkan DuBook Press ke booth bawah tangga depan tandas (ya DuBook pernah meniaga di port tu masa PBAKL 2013), atau paling buruk mengharamkan DuBook Press dari meyertai Pesta Buku, demi rakan rakan publisher seramai 500++ syarikat (indie atau mainstream),
Ya kami rela! Campaklah, buanglah, haramkanlah! Asalkan Pesta Buku dikembalikan ke tempat sepatutnya. DuBook Press memang kerjanya melawan, memang kerjanya membekeng, memang kerjanya mengutukkritik, atas apa apa tindakan bodoh bangang parti politik, NGO, badan berkanun, persatuan dan sesiapa saja, seperti penganjuran pesta buku yang satu ini. Oleh yang demikian, mari sama sama kita berkempen mengembalikan maruah PBAKL2017 (dan seterusnya) ke PWTC sebagaimana tradisi yang sepatutnya.
Khabarkan kepada semua rakyat supaya mereka tahu, buku buku jangan dibunuh keramatnya dengan memperosok pesta besar di tempat yang jauh sunyi. Khabarkan kepada semua rakyat supaya mereka tahu, buku buku yang berkeramat mesti sentiasa diangkat, dirai, dipestakan setiap tahun ke tempat asal kelahirannya. Khabarkan! #PBAKLkePWTC #LiarDanAngkuh"
Aku sokong status bro ni. Aku datang ke PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 pada hari kedua dengan perasaan membuak - buak nak borong banyak buku. Kononnya siap campak buku sekolah adik aku, sebab nak pinjam beg sekolah dia. Tapi fikir lagi, tak jadi. Aku boleh je pegang plastik dekat tangan. Ahhirnya aku ambil keputusan untuk bawah beg tepi je.
Kelemahan PBAKL 2016
- Pengangkutan awam
- Parking kereta
- Dewan
- Suasana
- Food truck
- Diskaun
Pengangkutan awam
Mula - mula aku nak cerita pasal pengangkutan awam.
Bas tambang RM1 |
Stesen KTM terdekat dengan MAEPS, ialah Stesen KTM Serdang. Tiada masalah langsung mengenai itu. Masalahnya sekarang mari bermain matematik. Lokasi aku? KTM Batu Tiga.
KTM Batu Tiga > KTM Serdang = RM 5.30
Pergi balik? RM5.30 x 2 = RM10.60
Katanya ada shuttle bas? Aku tak nampak. Aku cuma nampak bas macam dalam gambar (baca: rujuk gambar).
Tambang bas = RM1.
Pergi balik? RM1 x 2 = RM2
Jumlah : RM10.60 + RM2 = RM12.60
RM12.60 ni aku boleh beli enam buah buku ujang edisi kurun sebelum masihi dengan harga RM10 dengan percuma sebuah beg! Mungkin lagi RM2.60 tu aku boleh beli air untuk menghilangkan dahaga setelah penat beratur mendapatkan majalah ujang edisi murah gilerrr (baca: itupun kalau ada air harga dengan nilai RM2.60 di PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016).
Mungkin, kalau dulu ketika PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) dibuat di PWTC, aku dapat berjimat! Itu dulu punya ceritalah. Dah la, aku buang masa dekat jalan. Serius! Nak sampai KL Sentral je dah kena tempuh lapan (8) buah stesen. Stesen yang kesembilan (9) baru tiba di KL Sentral. Lepastu tukar pula train. Untuk sampai ke stesen KTM Serdang, aku perlu menempuh sebanyak lima (5) stesen. Kau bayangkan kepishangan nya aku masa tu. Demi kononnya banyak buku murah, aku gagah lah juga buang duit dan masa serta tenaga. Sampai di KTM Serdang, aku perlu tunggu bas. Waktu aku sampai aku terlepas bas yang tertulis perkataan MAEPS, tapi aku tak pasti itu basnya. Lepastu berlari anak memanjat jejantas untuk keseberang. Tunggu pula bas. Itulah selepas habis rokok sebatang (baca: bukan aku yang merokok - anggaran masa yang diperlukan untuk bas tiba) baru bas sampai. Bas macam dalam gambar.
Masa balik pula, aku berhimpit dalam bas dengan budak - budak sekolah. Paling kesian, ada sekumpulan kawan tu dalam tiga (3) empat (4) orang. Tahan bas, nak naik bas. Sampai orang ke tiga (3) bas penuh. Bas ditutup pintu. Kesian kawan yang keempat (4) tu tertinggal sorang. Sampai betul hati pakcik bas. Hmm
Parking Kereta
Gambar diambil dari http://fiqqqcakap.blogspot.my/ |
Memang parking kereta seluas - luasnya. Luas sangat. Memang tak akan habis. Masalahnya, nak menapak ke dewan tu. Dengan panas merembang. Aku kesian kan makcik dan pakcik, adik - adik kecil, emakayah yang menolak stoller anak kecil. Hmm. Kalau lah hujan masa ni? Kau fikirlah bagaimana?
Sebelum sampai dewan, aku kena mendaki tangga. Lagi. Aku bertambah kesian dengan mereka - mereka yang aku sebutkan tadi. Aku tak tahu kalau ada laluan lain, tapi pergi dan balik, cuma laluan itu yang bertali arus tak putus dengan kedatangan dan kepergian manusia meninggalkan dewan.
Cuba bayangkan kalau PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 dibuat di PWTC? Perkara sebegini tidak akan terjadi. Kita cuma berhimpit di dalam train. Dan bersesak di dalam jammed untuk sampai ke PWTC. Kalau di MAEPS, lokasinya nya hujung. Di KL, lokasinya terletak di tengah - tengah. Tidak menyusahkan ramai orang.
Dewan
Memang dewan yang digunakan sebesar nya. Manusia juga tidak perlu berhimpit. Nak tau tak? Aku pening nak cari buku. Walaupun dulu di PWTC, sesak dengan manusia, tapi setiap tingkat aku jumpa apa yang aku cari. Di MAEPS, aku keletihan menghadap penungguan yang berjanggut untuk tiba di PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016. Kemudian, sampai nya di MAEPS dewan pertama yang aku masuk ialah dewan A. Memandang kan huruf A adalah huruf pertama dalam abjad.
Aku masuk dewan A. Aku nampak buku - buku budak sekolah (baca: buku pelajaran). Terus aku keluar. Aku datang ke MAEPS bukan tujuan untuk itu. Aku ke dewan C pula. Mungkin di dewan C ada jenis buku yang aku mahu. memang tak salah lagi. Betul perkiraan aku. Tapi, tayah cerita lah. Aku tak selera nak berlama - lama di setiap booth. Entah lah kenapa. Aku pun tak tahu. Aku nampak apa yang aku nak. Aku ke booth tersebut. Aku siap membebel dekat kawan aku pasal buku yang diletakkan di rak sikit. Sebab rasanya setiap lorong aku dah masuk. Kalau dulu di PWTC, setiap tingkat mesti akan ada penerbitan yang sama. Dan setiap tingkat mesti ada buku yang mencukupkan koleksi tersebut.
Lepastu aku keluar. Aku ke dewan A semula. Kawan aku nak tengok buku bahasa inggeris. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Rupanya jenis penerbitan yang aku cari ada menyelit dekat belakang belakang sana. Hmm. Aku ingatkan, buku bahasa inggeris dan jenis penerbitan yang berkaitan pelajaran duduk dalam satu dewan. Sebab kelihatan macam tu. Aku tak tahu pula dekat belakang - belakang tu ada lagi jenis penerbitan lain. Pointnya aku pening dengan susun atur.
Dekat dewan je aku dah pening. Penat besar sangat. Kalau lah masa tu hujan, macam mana agaknya nak bergerak dari dewan A ke dewan C, atau sebaliknya. Hmm.
Dewan A, Maeps |
Dewan C, Maeps |
Suasana
Bosan. Seolah tiada kemegahan PBAKL. Macam bukan PBAKL. Macam pesta buku biasa. Macam tiada apa - apa. Macam tengah berekreasi bersama kawan - kawan. Suasana nya membosankan dan hambar. Kalaulah aku boleh membina satu perkataan untuk menggambarkan suasana nya bagaimana. Kalaulah --
Bosan. Seolah tiada kemegahan PBAKL. Macam bukan PBAKL. Macam pesta buku biasa. Macam tiada apa - apa. Macam tengah berekreasi bersama kawan - kawan. Suasana nya membosankan dan hambar. Kalaulah aku boleh membina satu perkataan untuk menggambarkan suasana nya bagaimana. Kalaulah --
Food Truck
Masa aku sampai sana, nasib baik aku dah makan di NU Sentral. Kawan ajak makan di cafe di MAEPS. Tapi katanya lagi mahal. See, M A H A L = MAHAL. ramai orang complaint. Walaupun food truck disediakan, tapi bayangkanlah. Food truck bukan makanan pasar malam kan? Aku tengok manusia - manusia yang dah upload gambar ke media sosial berkenaan harga makanan food truck. Komfem disajikan air hipstur yang nilainya mencecah RM5 secawan walaupun besar tong. Larat pula, kau nak beli besar tong walaupun murah kan? Mesti kau beli secawan. Aku tak tahu lah bagaimana suasana food truck yang digembar - gemburkan ni. Sebab aku dah penat sangat buang masa dalam KTM. Aku penat sangat. Aku jadi tak lalu nak berjalan cari food truck tu.
Kau bayangkan budak sekolah yang pergi PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016?
Diskaun
Diskaun bukan masalah terbesar sebenarnya. Sebab setiap kali PBAKL, ini lah yang terjadi. Kita mahukan diskaun yang hebat di Pesta Buku. Tapi RM50 - 3 buah buku di 'Pesta Buku Antarabangsa' macam tak kena pula kan (baca: contoh harga)? Macam tak best pula. Nama pesta buku antarabangsa, tapi harga sama macam pesta buku biasa yang orang buat di mana - mana majlis/acara. Aku cuma perasan yang bagi kaw - kaw harga cuma terbitan Thukul Cetak. Sepuluh (10) buah buku RM100. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur seolah - olah hanya menyajikan keseluruhan (baca: penerbitan yang terlibat) penerbitan yang ada di Malaysia duduk bawah satu (1) bumbung. Agar manusia senang nak mencari buku - buku kesukaan mereka. Kalau begitu, namanya tidak perlu segah dengan menyelitkan perkataan 'antarabangsa'.
Aku rasa tak berbaloi aku habiskan masa, tenaga untuk harga yang tak menjanjikan kebahagiaan. Sungguh - sungguh aku cakap, PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) 2016 banyak kelemahan! Aku memang menyokong sepenuhnya ZF Zamir dan Fdaus Ahmad punya status.
Kalau betul lah, kontrak pasal lima (5) tahun tu, mulai dari tahun depan. Aku, tak akan jejak PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) sampai tamat tempoh lokasinya di MAEPS. Walaupun cuma kurang seorang manusia di PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), dan tak mengubah apa - apa. Sekurangnya aku menyokong lokasinya agar di tukar ke tempat asal di mana ia bermula! PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) bukanlah cuma untuk anak muda yang masih gagah. Ia tentang semua golongan tua muda remaja kanak - kanak, oku, dan semua lapisan masyarakat. Ia. Jadi, fikir - fikirkan lah. Kalau setakat di MAEPS, boleh santai - santai duduk duduk atas rumput melepaskan penat lepas membeli buku. Makan aiskrim (baca: meningkatkan jualan ais krim jika panas/ tidak hujan).
3 Comments
was thinking about it too. Rata2 orang complain dan kurang pendedahan cerita positif dari sini.
ReplyDeleteSaya terkena pada beberapa tahun dulu, masa saya sedang buat master di UUM. Saya try la pergi ke PBAKL dengan harapan banyak buku-buku ilmiah, tapi sayang, yang ada hanya buku-buku biasa. Buku-buku berkenaan pengurusan dan buku-buku ilmiah untuk pelajar universiti tak banyak.
ReplyDeleteSejak itu saya tak pergi lagi ke PBAKL. Saya hanya pergi ke MPH atau Popular. Kalau isteri saya teringin novel saya minta staff saya tolong beli on line. Pesta buku yang paling saya tunggu-tunggu setiap tahun sekarang ini ialah 'Big Bad Wolf'. Memang terbaik!Harga buku menjunam 70-80% dan pilihannya banyak.
setuju sgt lokasi pesta buku dikembalikan semula ke pwtc. saya bawa makcik umur 50 thn. rasa bersalah sgt tgk dia terpaksa berebut naik bas masa balik. 2-3 buah bas lalu tapi semua sarat. kami terpkasa berdiri ditepi jalan bawah panas nk tunggu bas. plastik buku kt tangan makin lama makin berat. bila fikir2 semula rasa serik jg. lokasi jauh dan masalah transport. lebih baik beli online tapi itulah bagi peminat buku suasana tu yang kita nak rasa. saya sokong pbkl di pwtc!
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.