Kisah Pulau Jerejak
Terpanggil nak menulis mengenai kisah Pulau Jerejak. Ini bukan kisah aku. Tapi kisah - kisah yang aku cedok dari rakan blogger. Harap halal kan ye. Sebab beberapa hari lepas aku ada tengok rencana dekat tv pasal kisah Pulau Jerejak. Orang negara luar datang Malaysia, sebab nak korek sejarah era pemerintahan British dulu. Tapi kita? Hmm. Paling sedih, benda sejarah macam ni diabai dan tidak dijaga. Benda yang tak sepatutnya dijaga sibuk nak pelihara. Tak faham aku. Sejarah negara kot. Zaman penjajahan dulu. Yela, aku cakap je pandai. Tapi, tak ada usaha. Usaha aku cuma mampu menulis. Aku insan kerdil yang tiada ada - apa. Aku cuma berharap, kembali menjaga pelihara khazanah negara macam ni. Dari pelihara benda tak berfaedah. Biar habis duit untuk benda berguna. Anak cucu juga nanti nak tengok. Aku sendiri teringin nak ke tempat sejarah macam ni bila ada lesen kereta nanti. Sekarang belum ada. Doakan aku dapat capai target. Hmm.
Kisah Pulau Jerejak ni yang menarik pasal Penjara Pulau Jerejak dengan Hospital yang dibina untuk pesakit kusta. Dikatakan penyakit kusta ni merebak. Tu yang setiap pesakit kusta di bawa ke Pulau Jerejak ni agar tak berjangkit.
Pengenalan
Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar. Kawasan hutan pesisir pantai yang berusia lebih 4,000 tahun ini memiliki 210 spesis dari 71 keluarga flora dan 39 spesis fauna. Francis Light dikatakan sampai di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786, sebelum 'menemui' Pulau Pinang.
Suatu Ketika Dahulu (Fakta Pulau Jerejak)
- Nama Pulau Jerejak muncul buat pertama kali dalam rekod kolonial apabila Kolonel Arthur Wellesley of Wellington, England mencadangkan agar pulau ini dijadikan tapak untuk untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis).
- Membina sebuah pangkalan tentera laut British pada tahun 1797, bertujuan untuk melindungi bandar baru "Jamestown" (kini Bayan Lepas).
- Oleh sebab ia gagal dijadikan pangkalan tentera laut, pada tahun 1910 kerana kalah dari segi potensi berbanding Jamestown Pulau Jerejak dijadikan pusat kuarantin kesihatan pendatang asing.
- Akibat daripada keputusan awal Francis Light yang membenarkan pendatang memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh ramai pendatang.
- Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
- Landskap awal Jerejak diikuti dengan pembinaan sebuah hospital untuk pesakit batuk kering dan kusta di sudut timur pulau ini pada akhir 1930-an.
- Sebenarnya, tahun-tahun awal pembukaan Jerejak akan mengimbas ingatan seseorang kepada beberapa kisah, antaranya tentang serangan malaria akibat kerja pemugaran hutan bagi membuka Georgetown diikuti dengan tempias Perang Dunia Kedua.
- Pulau yang pernah hangat berikutan isu menjadikannya sebagai pusat kasino menerima jolokan sebagai "sanatorium" yang diperoleh selepas Perang Dunia Kedua apabila terdapat ramai mangsa perang yang mengidap batuk kering.
- Berikutan itu, kerajaan British membina hospital bagi pesakit tibi dan kusta di bahagian timur pulau ini yang boleh memuatkan 150 orang pada satu-satu masa.
- Kisah kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu juga tidak terkecuali.
- Oleh kerana British terasa kedudukan mereka terkepung dalam isyarat cemas dan berjaga-jaga, mereka mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948 dan meluluskan Akta Darurat bagi membolehkan pejuang-pejuang kemerdekaan ditangkap dan dipenjarakan.
- Pulau Jerejak sekali lagi ditransformasi, kali ini menjadi salah sebuah Kem Tahanan Politik British pada tahun 1948.
Ketika itu, semua orang berasa gerun kalau mendengar nama Penjara Pulau Jerejak atau Pulau Buangan. Setiap satu bilik di dalam lokap itu yang mempunyai keluasan kira-kira 5 meter persegi, ‘disumbatkan’ sehingga lima orang tahanan. Paling ramai yang pernah dipenjarakan di sini ketika itu ialah anggota pasukan Angkatan Pemuda Insaf (API). Selain pengasas parti sosialis Melayu tersebut iaitu Ahmad Boestaman, tokoh lain yang pernah dipenjarakan di situ ialah Dr. Burhanuddin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim, Ibrahim Karim dan ramai lagi.
- Kemudian, Pulau Jerejak telah dijadikan Pusat Pemulihan Akhlak bagi mereka yang ditahan ketika berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang mula beroperasi pada 12 Jun 1969 dan dikendalikan oleh Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.
- Pusat ini berfungsi sebagai penjara keselamatan tertinggi yang juga dikenali ramai sebagai "Alcatraz Malaysia".
- Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila seramai 100 orang tahanan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh penahanan.
- Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan semakin bertambah, hinggakan jumlahnya pernah mencecah 982 orang.
- Isu keselamatan menjadi kritikal.
- Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau tersebut dalam lingkungan 200 meter dari pantai.
- Kalau ada yang menghampiri dalam jarak tersebut, tembakan amaran akan dilepaskan.
- Walau bagaimanapun, tujuh orang tahanan berjaya memboloskan diri, empat orang pada Januari 1988 dan tiga orang pada Mei 1988.
- Menyedari permasalahan kapasiti dan pengurusan penjara ini, kerajaan memutuskan untuk menutup operasinya pada tahun 1990 dan semua tahanan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke Penjara Muar dan Simpang Renggam, Johor sehingga 13 Ogos 1993. Semenjak itu, Pulau Jerejak hanyalah sebuah kanvas sejarah.
Pandangan dari luar |
Kawasan tempat tidur |
Rujukan : Wikipedia
14 Comments
Terima kasih di atas penulisan tentang sejarah Pulau Jerejak..saya bersama adik-beradik sempat dibesarkan di Pulau nostalgia Pulau Jerejak kerana ibu bapa kami adalah petugas di sana sebelum kami berpindah ke Penjara Spg. Renggam (pertengahan tahun 1992)..kenangan manis tinggal di Pulau ini akan kekal dalam ingatan kami bekas penduduk pulau ini..ada banyak cerita sebelum resort dibangunkan di hujung pulau ini..mengapa tidak dibina resort di tapak asal penjara ini?..ada kisah disebaliknya Miss..
ReplyDeleteboleh kongsi dengan sy cerita tersebut?
DeleteAyah saya juga pernah bertugas dri mula mula kerja (tahun tak pasti) sehingga tahun 1992/1993 pindah ke penjara simpang renggam. Kakak dan abang saya saja yg sempat merasa kehidupan di sana.. Ayah saya Nasaruddin 3933
Deletesya antara anak² yg pnah membesar di pulau jerjak. 16 thn membesar dgn penuh kegembiraan tanpa pk byk mslh...seronok kerana semua du anggap keluarga. ayah bertugas 22 thn kat sana dan kami antara org terakhir yg kluar dr pulau jerjak yg di tutup pd 1994 n mulai hidup bru di JB...
DeleteArwah ayah saya kerja jabatan laut, Pak Cik DSP Raja Nazran othman kerja jabatan penjara, masa umur 12 thn (1976) saya selalu la pergi rumah pakcik, sbb anak marin senang boleh naik bot mana pun. seronok tinggal sana sbb hobi memancing dari dulu
DeleteAku dr tahun 1987. Tadika pd tahun 92-93. Hujung tahun 1993 pindah ke jelebu,n9.
ReplyDeletepernah merasa angin di situ la? aku teringin betul nak duduk dalam tempat sejarah. maksudnya kembali ke masa lampau. kalau la ada poket doremon. hahahah
Deleteseram plak tgk tmpt ni....tmpt sejarah jang dilawati...sebab aanak masih kecil
ReplyDeleteSaya baca blog ni sebab movie mechanic resurrection... Ada scene kt penjara ni if not my mistaken
ReplyDeletesama! haha
Deletewah yeke? hahah asy rasa sy perlu tgok movie tu juga. mcm best
DeleteKalau tak silap GV kat situ ada chalet kan. cantik juga chalet tu. malam2x ada persembahan tiupan api macam sarkas tu. huhu.
ReplyDeletebanyak kenangan di pulau tu. dulu rumah di kem 4. selalu petang-petang balik sekolah,bawa bekal pergi duduk atas batu buat homework. pertama kali belajar bawa motor kat sana. tak perlu lesen memandu even roadtax motor pun tak payah. pertama kali juga buat persembahan sempena sambutan hari raya aildilfitri didewan untuk kakitangan penjara...hehehe.seawal 5 pagi dah bangun nak pergi ke sekolah di tanah besar. hujung 198, banyak kenangan pahit manis kat sana. ingat lagi nama kawan-kawan yang rapat antaranya,anushia a/p devandran,ashok a/l devandran, lily, mazlina mansor,kak mimi, kakak baby. semua dah lost contact selepas emak ditukarkan ke penjara kuantan, pahang
ReplyDeletebestkan duk pulau jerjak..biar kna bgn awai..tp semsngat tu lain..
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.