Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis
Betul ke bekas pengadil bola sepak kini aktif menulis? Ramai yang tak percaya. Tapi itulah bakat yang telah dikurniakan kepada bekas pengadil FAM (baca: pada tahun 1991-2010) ini. Beliau berhenti menjadi pengadil kerana pemain liga suka bergaduh (baca: beliau yang kata bukan aku). Tapi memang jujurnya begitulah dalam arena suka bola sepak. Pengadil sekarang juga seperti berat sebelah kan? Selalu tengok dalam tweet dan status di media sosial berkenaan ini.
Karya pertamanya telah diterbitkan pada tahun 1990 di dalam Utusan Malaysia. Berikutan itu, beliau meneruskan penulisannya sehingga terbitnya beberapa buah novel. Yang pasti, dalam usia yang sudah meningkat begini, beliau masih cenderung untuk menimba ilmu pengetahuan di peringkat sarjana (master) - Sarjana Bahasa Melayu Kontemporari. Hebat bukan? Mungkin inilah idola baru yang patut aku contohi selepas Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani dalam bidang penulisan :)
Biodata Alias Ismail
Nama Pena
Alias Ismail
Tarikh Lahir
20 Januari 1968
Pekerjaan
Pegawai SISC+
Tempat Lahir
Kampung Padang Setebu, Kuala Berang, Hulu Terengganu
Anugerah
- Tokoh Nilam Guru Terengganu pada tahun 2010
- Guru Unggul Exxon Mobil pada tahun 2013
Kejayaan dan Pencapaian
- Tahun 2013 - Diiktiraf sebagai Munyi Dewan (baca: individu yang pakar dalam bidang bahasa dan sastera)
Antara Karya beliau
- Priiit!
- Selipar
- Ralat
- Kaca di Lantai
- Di tirai malam
- Cabaran Semusim
- Mewarna Bulan
- Dan banyak lagi (telah menulis sebanyak 35 buah buku)
Karya Priiit! pernah dinobatkan tempat ketiga dalam sayembara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2004.
Tempat pertama : Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehari)
Tempat kedua : Detektif Indigo (Faisal Tehrani)
Tempat ketiga : Priiit! (Alias Ismail)
Sinopsis Novel Priiit!
Hidup ini padang uji. Laksana pelawanan bola sepak yang menguji kehandalan seorang pemain, kemantapan sebuah pasukan, dan lebih daripada itu, menguji kedirian insan telus tulus, jujur, setia kawan.
Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berdepan dengan sesiapa pun. Ibarat perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang, walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan disenyapkan daripada penguasa undang-undang?
Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama, nomor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar, serta banyak lagi dikumpul sebagai bukti...
Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan.
Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berdepan dengan sesiapa pun. Ibarat perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang, walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan disenyapkan daripada penguasa undang-undang?
Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama, nomor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar, serta banyak lagi dikumpul sebagai bukti...
Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan.
Antara puisi karya beliau (Dewan Sastera Feb 2016) |
Tengoklah. Betapa penuh nya rak dengan buku. Kata beliau bilangan jumlah kesemua buku yang terdapat di rak ini ada dalam 2,000 buah buku termasuk majalah. Ini semua disimpan sejak dulu lagi. Inilah sebahagian dari mini perpustakaan yang terdapat di rumah Alias Ismail. Aku cemburu. Aku punya koleksi buku masih banyak bolong. Aku pernah menanam impian kecil, mahu adakan sebuah perpustakaan mini di rumah. Senang - senang boleh baca buku. Setidaknya sesiapa yang datang ke rumah aku, akan punya satu hobi baru.
Selain itu, Alias Ismail juga menulis untuk majalah Dewas Sastera sejak tahun 2009 bagi ruangan Bahasa Melayu Menengah Rendah. Ini ruangan khas untuk beliau tau. Tak ada siapa boleh kacau. Hahahha. Maknanya pada setiap bulan beliau akan menghantar karya untuk diletakkan di dalam kolum tersebut.
Jap. Ada lagi. Tak habis lagi nak taip ni. Beliau bukan setakat menulis di dalam majalah, serta menulis novel. Beliau juga pernah menjadi wartawan sambilan Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo (pengulas sukan) sepanjang 14 tahun (1995-2008). Makna nya aku baru lahir masa tu. Menulis sebanyak 4,500 berita dan lebih daripada 500 rencana akhbar sepanjang beliau menjadi wartawan dulu.
Banyak juga maklumat aku dapat sepanjang berwhatsapp dengan Encik Alias Ismail. Eh, lupa nak cakap. Mesti korang pelik macam mana aku dapat semua biodata dan maklumat hebat macam ni dari penulis hebat Alias Ismail? Kisahnya begini.
Pada suatu hari, beliau ingin membuat research berkenaan Faisal Tehrani. Dan ini telah menemukan beliau dalam pencariannya http://kanvasdakwat.blogspot.my/2015/06/biodata-faisal-tehrani.html. Tak sangka juga entri berkenaan Faisal Tehrani yang tu telah membawa aku untuk mengenali Alias Ismail pula. Penulis yang aku kira sama taraf dengan Faisal Tehrani. Cuma namanya tidak segah yang lain. Mungkin pemalu. Hikhikhik.
Buat Alias Ismail
Semoga karya - karya tuan akan terus dibukukan dan menjadi karya terulung. Tuan telah menjadi salah seorang idola saya dalam bidang penulisan. Cumanya sampai saat ini saya masih belum menjumpai karya tuan. Harapnya saya dapatlah membaca karya - karya tuan yang hebat! Terima kasih sebab sudi menjawab segala pertanyaan saya dan mengizinkan cerita tuan ditulis di dalam blog KANVAS DAKWAT. Terima kasih juga untuk setiap inci kata semangat yang dilemparkan. Semoga tuan terus dipanjangkan umur untuk terus menulis dan menabur ilmu pada yang memerlukan. :)
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.