Bah Kotor Part 1
Dan perlahan - lahan tangan mula mencantumkan abjad - abjad tunggal membentuk kata. Mulanya satu (1), kemudian dua (2), kemudian tiga (3), kemudian bertambah lagi dan lagi. Idea nya banyak. Mencurah - curah bagai hujan yang tidak mahu berhenti. Mahu bikin bah di dataran. Angin kipas menghempas bilahan rambut yang dilepas tidak diikat. Menutup mata yang sedap fokus pada skrin.
"Ah! Bikin kacau sungguh rambut aku."
Dara berlari - lari turun ke bawah dapur mencari seutas tali untuk mengikat rambut yang berserakan.
"Puas aku. Jangan terbang lagi ya bikin idea surut saja."
Dara kembali semula berlari naik menuju kubikel sempit. Cuma muat untuk badan dara yang gendut, sebuah laptop buruk yang masih berbakti, kerusi usang yang telah karat, meja bersaiz depa tangan. Dara menghempas punggungnya di atas kerusi usang dengan semangat padu. Kriuk kriuk. Dara pusing kerusi ke kanan dan kiri. Ideanya sudah terbang bercantum dengan udara di sekeliling. Dara mengomel. Marah kerana ideanya sudah terbang hilang tak mungkin kembali menjadi idea yang sama.
Bosan. Menulis dari tadi. Siapnya tidak. Dara keluar ke bilik mandi kemudian bersiap. Mahu ke kota melihat dosa. Dara memakai sandal bewarna coklat dipadankan dengan seluar polos bewarna kelabu dan baju t shirt berlengan panjang. Rambut nya ditutup dengan tudung merah jambu pemberian Umi.
Dara membawa beg silang, sedang muat untuk sebuah buku dan sebatang pensel 2B. Dara mengambil bas T572. Berhenti betul - betul di bus stop di kawasan taman perumahan dara.
Kring ..
Kring ..
Bas berhenti di KTM, laluan bas T572.
"Bang, Stesen Kuala Lumpur satu (1)."
Dara menghulurkan not seringgit tiga (3) keping yang berlipat remuk di dalam poket dan sekeping syiling dua puluh (20) sen. Dara tahu, untuk mengintai dosa di dada kota dia harus membayarnya. Tidak apa lah. Asalkan ideanya nanti berkembang maju. Dara memanjat tangga - tangga untuk ke seberang. Untuk ke kota, Dara perlu menunggu di platform dua (2). Keretapi akan menuju ke kota dosa. Dara melihat skrin yang bergantungan di tiang kipas. Keretapi akan tiba lagi lima (5). Lima (5) minit bersamaan dengan hirupan secawan kopi yang harum menyemarak hidung kembang Dara. Ah! Rindu Dara pada secawan latte. Menggamit hujan renyai - renyai yang berombak di hati Dara. Dara rindu Umi. Umi sudah tidak ada lagi disisi Dara untuk membaca segala coretan Dara sebelum Dara publish menjadi tatapan awam barangkali. Entah lah. Kenapa pula tiba - tiba rindu mengintai Dara. Dara mahu melihat dosa di dada kota lah!
Orang ramai yang sedari tadi menunggu keretapi sudah pun bangun memanjang kan kepala. Mengintai keretapi yang mahu tiba. Sikit lagi - sikit lagi. Sempat Dara mengerling ke kanan. Dara nampak! Dara nampak! Jantan dan betina sedang rakus menyetubuh bibir keduanya. Ah! Setan barangkali. Cepat - cepat Dara berpaling. Takut dituduh merompak nikmat jantan dan betina yang sedang nikmat. Dara melangkah ke gerabak. Dara tidak mahu masuk ke gerabak yang dikhaskan untuk perempuan. Dara mahu menikmati pemandangan di gerabak campuran.
Dara berdiri. Ternyata tidak ada tempat kosong. Jika ada pun, Dara perlu bersentuhan kulit berlapik dengan pemuda di sebelah. Tidak mahu lah kata hati Dara. Biarlah berdiri sekejap. Dara masih muda. Urat - urat masih utuh melingkar. Senang nanti mahu bergerak bila tiba ke destinasi. Mata Dara meliar memandang segenap gerabak keretapi. Mata terkunci pada seorang pemuda melayu. Terkunci bukan kerana wajahnya kacak. Tapi ditangannya memegang naskah mini Al - Quran. Mulut nya kumat - kamit menyebut kalimah Tuhan barangkali.
Mungkin yang memandang akan mengkritik cara pemakaian si pemuda. Bukan berkopiah, malah bukan juga bersongkok. Tapi rambutnya ditutupi topi Obey bewarna ungu lembut. Dara berpura - pura membetulkan tudungnya yang kelepet terlanggar tiang di tengah gerabak. Ada peluang untuk membuka mata yang terkunci pada si pemuda.
Dara membuang pandang ke luar. Lagi tiga (3) perhentian untuk sampai ke destinasi. Dara memandang kanan. Kepalanya sudah letih membuang pandang ke luar. Wanita berjubah dan berniqab hitam disebelahnya. Tadi tidak ada. Mungkin Dara tidak perasan wanita tadi masuk gerabak pada perhentian - perhentian yang disinggah keretapi. Jari putihnya dilitupi sarung tangan. Ligat menekan punat telefon bimbit. Eh, salah. Dara salah lihat. Wanita itu sedang menyentuh skrin telefon bimbitnya. Sekejap - sekejap bunyi notification whatsapp. Bingit! Buat lah mod senyap. Itu pun susah. Jerit dara dalam hati. Bergema ke cuping kiri dan kanan. Hanya Dara yang mendengar. Mereka tidak.
"Stesen Kuala Lumpur. Sila awasi langkah anda. Mind your step."
B E R S A M B U N G ..
2 Comments
Dara oh Dara.. sudah ibu bilang. Simpan saja idea itu dalam tuppperware agar ianya tidak berterbangan.. kan sudah lari. Mau cari dimana lagi. kamu ni Dara...!
ReplyDeleteNice writing Kecik.. ! Mummy suka... :D
Adik kecik ni novelis ke...wahhhhhhhhhhhh kosa kata ayat tu memukau pandangan akak...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.