Rindu SMK Seri Tanjong Part 2
Macam aku cakap tadi, di Rindu SMK Seri Tanjong Part 1, aku tak pandang sangat budak asrama ni. Sebab masa pengambilan tahun aku ada dalam 20 orang. Bila dah ramai - ramai macam ni diorang berpuak. Tu aku malas. Bila dah berpuak, kekosongan untuk aku dah habis. Jadi aku bersendirian (baca: lepak dengan senior).
Erra Fazirra.
Noor Adibah.
Shazlin Hussien.
Fareena.
Effa Shuhada.
Amalina.
Ashikin.
Ramai lagi. Aku tak ingat. Kan aku cakap, aku tak peduli sangat dengan diorang ni. Sebab aku tak rapat pun. Diorang dah buat geng. So, aku malaas nak campur. Rutin harian diorang sangat membosankan. Balik - balik cerita pasal pakwe lah lelaki lah crush la. Amende tah. Macam tak de life. Aku pun cerita jugak. Tapi tak pulak eksited. Hahaha. Ni semua aku tak de tokok tambah. Ni jujur dari hati. Aku mengenang kembali kisah lama. Hampa nak marah lantak.
Antara nama - nama yang aku sebut tu, ada dua orang yang satu kelas dengan aku. Erra dan Adibah. Masa aku tingkatan 2, ada beberapa budak asrama yang sama dengan aku dah keluar. Kawan - kawan yang aku rapat dekat sekolah pun dah jadi MPP. Aku tak suka MPP ni. Sebab dulu masa aku tingkatan 1, aku kutuk - kutuk diorang dengan budak kelas aku. Bila dah mula masuk tingkatan 2, diorang semua pakat jadi MPP. Tinggal aku sorang. Lepastu semua jenis nak ikut peraturan. Bosan. Tapi, diorang still backup aku (baca: bila ada sportcheck, ponteng class). Cuma kadang - kadang kena terima lah hinaan dan cercaan yang menikam pahit. Huhuu.
Masa ni dah jarang nak rehat sekali. Sebab diorang rehat awal. Nak bertugas kan? So, aku mula rapat dengan Erra dan Adibah. Kira dah mula nak sekepala lah. Lagipun budak asrama yang ramai - ramai sampai dua puluh orang tu tinggal jadi satu kumpulan je. So, kalau aku join pun okay je. Tak de lah payah sangat. memang banyak itu je budaknya.
Pergi sekolah pun dah berani nak pergi sekali. Ouh ada tiga nama yang aku tak sebut di entri Rindu SMK Seri Tanjong Part 1. Iza, Safina, dan Azfarah.
Safina. (baca: masuk sekolah ni masa tingkatan 2)
Azfarah. (baca: masuk sekolah ni masa tingkatan 2)
Iza Zol Rahim. (baca: tingkatan 1 dah ada. Tapi tak rapat)
Okay aku mulakan dengan Azfarah. Dia ni cantik dan pandai. Ramai orang suka kawan dengan dia. termasuk aku. Tapi aku tak banyak nak sembang dengan dia. Sebab semua kawan - kawan yang rapat dengan aku dulu berkawan dengan dia. Banyak tanya hal kerja sekola. Rumah pun dekat. Selalu hangout. Aku? Aku duduk jauh. Bukan MPP. Tak segandingan dengan diorang lagi.
Masa aku tingkatan 1 dengan tingkatan 2 aku dah berkawan dengan Iza ni. Dia duduk belakang sekali. Tak da sapa - sapa nak kawan dengan dia. Maksud aku, dia tak rapat dengan sesiapa. Mungkin sebab dia tak banyak cakap. Dekat mulut dia ada emas. Dia jenis manusia yang suka memberontak dan tak suka peraturan. Aku suka dengan dia. Sebab dia tak suka peraturan. Kita sama -- Tapi ada jugak bengong nya dia ni. Dia ponteng sekolah. Lepastu lepak dekat atas Bukit Belanda.
Memang port - port ponteng. Tapi aku tak pernah ikut. Aku ponteng dalam sekolah je. Baikkan aku? Jadi aku lupakan kawan - kawan sekolah aku yang ramai - ramai tadi untuk lebih fokuskan kepada Iza, Erra dan Adibah sahaja.
Masa ni aku dengan Erra, Adibah suka buli Iza. Alaa buli macam ambil beg. Sebab dia tak nak ikut kitorang pergi belajar. Dia malas. Nak ponteng. Aku berkawan tak rapat dengan dia dari aku tingkatan 1 sampai tingkatan 2 je. Sebab tingkatan 3 kalau tak silap. Dia dah pindah SAAS (baca: sekolah yang berhampiran juga). Selalu nampak dia masa nak balik sekolah.
Katanya SAAS tu lagi teruk. Wallahualam. Aku tak pernah masuk dan tak tahu bagaimana keadaan sebenar. Aku rindu teruk dekat Iza. Kawan yang selalu ada untuk dengar aku bercerita dah tak ada. Bercerita apa? Pasal kawan - kawan aku yang pernah aku rapat tadi dah mula cintakan peraturan. Kesian aku tak boleh buat nakal. Hahaha.
Aku sambung pulak pasal Erra dan Adibah.
Aku rapat dengan dorang dekat sekolah dan asrama. Rapat sangat. Semanjak aku tingkatan 2 dan 3. Sebab diorang je kawan aku dalam dan luar asrama. Maksudnya di kelas. Banyak habiskan masa sama - sama. Adibah ni aku rapat sebab dia lembut sopan santun. Selalu dipaksa bagi respon kalau aku bercerita. Terima kasih ya Adibah. Banyak sangat lah kisah aku dengan Adibah ni kalau nak cerita.
Kalau aku malas balik rumah dekat Shah Alam, aku akan tidur rumah dia. :) Jadi mak dia kenal sangat dengan aku. Mak dia ni satu kampung dengan maklong aku. Tapi aku tak tidur rumah maklong aku pun. Sebab nanti aku tak boleh keluar (baca: boleh je keluar. Tapi segan lah). Aku habiskan kisah pasal Adibah.
Aku nak sambung pasal Erra. Erra ni lebih kurang Adibah jugak. Sama je. Cuma aku dengan Erra memang tak boleh nak sekepala. Dua - dua ego dan keras kepala. Pernah sekali tu. Hari Sabtu nak hangout ramai - ramai dengan geng - geng kitorang. Dekat dalam bilik prep, Erra tanya aku. Nak hangout mana. Lepastu entah macam mana boleh jadi sesi luahan perasaan pulak. Erra kata aku ni keras kepala, ego. Kelakar gila. Tengah nak cerita pasal hangout kat mana, lepastu jadi sesi luahan perasaan pula.
Tapi lepastu kitorang dah jadi rapat. Aku nak cerita pasal Safina tapi bersambung di Part 3. Sekian ~
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.