Teruja Untuk Menulis

Teruja Untuk Menulis




Kegembiraan aku yang pertama ialah aku sudah menyiapkan laman web official untuk syarikat yang sedang menempatkan aku untuk berpraktikal. Diterima atau tidak, masih samar. Al maklumlah. Tuan besar sibuk dengan kerjaya. Aku cuma menunggu dengan penuh debar dan sabar.

Kegembiraan aku yang kedua ialah, selepas tamatnya fasa kesibukan menyiapkan laman web, kini aku bebas menjamah buku yang masih terbengkalai tidak sempat menjengah mata. Juga idea - idea kontang yang sering melukis minda untuk dimuntahkan dalam bentuk penulisan. Aku terlalu teruja untuk menulis tiap bait kata.

Aku rasa, itu sahaja untuk kali ini. :)

Post a Comment

0 Comments