Sokongan Padu Tips Tambah Duit

Sokongan Padu Tips Tambah Duit


Sokongan Padu Tips Tambah Duit

Aku tertarik untuk menulis entri ni apabila aku terbaca Tips Tambah Duit Tanpa Menggunakan Duit oleh rakan blogger Azwar Kamaruzaman, seorang blogger yang aktif menulis sehingga terbitnya beberapa buku yang ditulis beliau sendiri. Tapi masa tu. peratusan aku untuk menulis entri ni masih lagi dalam kemalasan. Sehinggalah pagi tadi, pagi yang sangat mengantuk sampai habis semua kerusi aku terlanggar tanpa sengaja akibat tidak mampu mengawal diri sendiri. Senaskah akhbar Berita Harian yang tersorok di pantri telah menarik aku untuk mencapainya. Aku selak - selak dan baca sepintas lalu tanpa peduli isi kandungan. Sehinggalah, mata tertancap pada satu artikal tentang perasmian laman sosial facebook untuk pertandingan menulis puisi. 

Dengan sepantas kilat, aku log masuk akaun facebook, dan cuba - cuba membuat carian GEMA (merujuk kepada nama group facebook yang ditubuhkan untuk mengumpulkan penulis muda dari kelantan, kalau tak silap). 

Daripada situ, aku dibawa ke akaun facebook ini (sila rujuk gambar di bawah).




Sokongan Padu Tips Tambah Duit


Kenyataan di atas juga telah mendapat sokongan aku tanpa sedar atau dipedulikan sesiapa yang membaca. Walhal setiap inci kata yang diluah beliau adalah persamaan - persamaan yang selalu aku buat di dalam akaun facebook. Membanding - bandingkan buku itu dan ini. TAPI, tidaklah aku membandingkan seperti apa yang diluahkan. Maksudnya, aku memang sangat suka membandingkan satu buku dengan satu buku. Dan kedua - duanya merupakan buku abad baru. Bukan abad yang telah berlalu. Maknanya, kedua dua buah buku datang dari zaman yang sama, jadi tiada masalah besar.

Berbalik kepada status yang dimuat naik Nazmi Yaacub, benarlah. Kedua - dua buah buku yang diambil sebagai contoh adalah merupakan buku yang sangat hebat untuk dibuat per-bandingan dengan buku abad ini. 

Aku cuma nak tegaskan, aku adalah sebahagian manusia yang suka membuat kesimpulan penulis novel sekarang bodoh hanya berdasarkan judul dan isi satu novel sahaja (baca : kesimpulan yang lebih kurang begini). TAPI, sabar dulu. Aku cuba mem - positifkan akal fikiran untuk menyangkal apa yang dikata otak. Tapi, seringkali aku gagal. Lambakan novel cinta khususnya, terlalu murah untuk dinilai. Jalan cerita di dalam novel cinta setiap satunya adalah 80% sama! 

Jadi, aku membuat keputusan bijak untuk terus menjadi seorang pembaca setia kepada buku - buku indie dan buku - buku yang ber genre kan alam fantasi kerana jalan cerita yang dikarang adalah cerita rekaan semata - mata. Tidak seperti novel cinta, dimana semua pengakhirannya adalah INDAH dan terbuai - buai. Seolah - olah cinta adalah sesuatu yang sangat 'syurga' oleh pasangan bercinta. Aku bosan. 

Jadi berbalik kepada Tips Tambah Duit Tanpa Menggunakan Duit oleh rakan blogger Azwar Kamaruzaman, menjadi seorang penulis sangat mudah untuk menjana pendapatan. SERIUS! Cuba lah nasib dalam bidang penulisan. Dengan hasil idea yang menarik, insyaallah karya korang boleh berjaya seperti Ramlee Awang Mursyid walaupun cerita beliau kebanyakkan adalah bersifat fantasi. 

Dan itu merupakan pendapat aku sahaja. Maaf andai ada yang berkecil hati dengan kenyaataan ini. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.