Melissa Shoes Tersarung Di Kaki Selebriti Terkemuka
Pernah dengar Melissa Shoes? Aku pun tak pernah dengar. Boleh dikata kan ini kali pertama aku dengar jenama Melissa Shoes. Tak sangka rupa - rupanya Melissa Shoes adalah sebuah jenama yang sudah lama bertapak di dunia dan tersarung megah di kaki selebriti terkemuka dunia. Nak jadi selebriti terkemuka? Sarunglah Melissa Shoes di kaki korang. Mesti ramai manusia - manusia yang terperasan kehadiran korang bila lalu sebelah. Seolah - olah ada aura hebat yang menyelinap masuk dalam diri korang. Wah - wah. Mesti terjentik hati korang nak pakai Melissa Shoes kan?
Memang tak dapat dinafikan, kalau korang adalah sejenis perempuan - perempuan yang memang jenis gila kan fesyen, tak mustahil memang korang akan ikut perkembangan fesyen dari semasa ke semasa. Fesyen ni kalau nak ikut banyak cabang. Salah satu nya merupakan kasut. Kasut mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi bernilai jutaan dollar atau lebih! Jangan terkejut kalau kasut yang dilelong selebriti adalah sangat tidak masuk akal.
Kasut bukan perkara biasa - biasa bagi seorang perempuan. Kasut adalah satu pelaburan. Pelaburan untuk satu jangka masa panjang. Bagi seorang perempuan macam aku, kasut bukanlah satu perkata utama bila keluar. Aku bukan jenis perempuan yang suka berfesyen. Disebabkan umur yang semakin meningkat dua puluh satu (baca: aku sendiri tidak percaya dengan angka dua puluh satu), aku semakin mementingkan kualiti kasut. Aku selalu malu dengan jenis kasut dan seluar yang aku pakai. Serba tidak kena di kaki aku. Masalahnya, aku tengok orang lain pakai elok je. Tidak pula ada cacat cela. Atau mungkin aku perlu lebih belajar tentang ilmu kasut dan seluar dengan lebih banyak. Untuk pengetahuan semua, aku memerlukan seseorang setiap kali ingin membuat pembelian kasut. Aku perlukan orang untuk memberi pandangan dan pendapat. Biar cantik di mata dia.
Berbalik kepada Melissa Shoes. Ada diantara korang yang tak pernah dengar pasal Melissa Shoes.
Melissa Shoes merupakan jenama kasut global yang telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan dikatakan asal usulnya datang dari Sao Paulo, Brazil. Melissa Shoes telah menguasai lebih dari 80 negara termasuk Brazil, Australi dan Filipina. Kalau nak tahu, Melissa telah berkembang menjadi salah satu pengeluar kasut terbesar di dunia yang beroperasi sebanyak 12 kilang dan telah menggaji kan lebih daripada 20,000 pekerja. Setiap tahun, Melissa menghasilkan 176 juta pasang kasut dan melancarkan 400 produk baru. Wow ! Hebat betul penangan Melissa Shoes.
Aku sendiri teruja nak sarungkan Melissa Shoes di kaki aku. Mesti tampak hebat dan bergaya. Ouh terlupa. Melissa Shoes adalah sejenis kasut plastik (baca ini: direvolusikan dari segi gaya dan teknologi) yang didatangkan dengan bau bubble gum. Lepas ni tak perlu risau kalau kaki berbau. Melissa Shoes akan selamat kan situasi! Dan korang akan meneruskan langkah yakin tanpa ragu - ragu dengan Melissa Shoes. Nak rasa pengalaman hebat macam selebriti terkemuka dan membantu menyelamatkan planet ini pada masa yang sama? Jom tengok Koleksi Terbaru Melissa Shoes! Paling penting ada SALE. Jom SHOPPING!!
1 Comments
cantiknyaaa :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.