Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar

Filem The Danish Girl adalah filem yang dikeluarkan oleh Focus Features Comcast Company. Telah diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh David Ebershoff dengan tajuk cerita yang sama tanpa diubah. Eddie Redmayne adalah pelakon utama yang memegang dua watak sebagai Einar Wegener (ketika menjadi lelaki) dan Lili Elbe (ketika menjadi perempuan). Eddie ni dah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Gerda yang dilakonkan oleh Alicia Vikander. Gerda adalah seorang pelukis. Eddie mula rasa dalam diri dia ada diri yang lain adalah ketika Gerda minta bantuan Eddie untuk acah - acah jadi model lukisan yang tidak sempat siap. Gerda suruh Eddie tu pegang gaun yang sama macam dalam gambar. Masa tu lah Eddie rasa sesuatu.

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Kebetulan masa tu, ada seorang perempuan datang. Nampak Eddie tengah duduk cantik di atas kerusi. Lalu dihadiahkan satu ciuman. Perempuan tu bagi nama dekat Eddie sebagai Lili. 

Waktu tu lah Eddie ada perasaan macam suka dengan nama tu. Gerda bawa Lili ke satu majlis menari. Lili di dandan persis seorang perempuan cantik. Waktu tu semua orang pandang Lili (baca: sebab Lili cantik). Dekat majlis tu, Lili kenal dengan seorang lelaki kacak, Henrik (dilakonkan oleh Ben Whishaw). Lili dah mula jatuh cinta dekat Henrik.

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Lepas daripada peristiwa Eddie di dandan, Lili selalu jadi model untuk lukisan Gerda. Bila Eddie jadi lelaki, manusia - manusia di sekelilingnya akan mula menghina cara Eddie. Sampai satu masa, Eddie bagitahu dekat Gerda, dia nak ubah fizikalnya terus sebagai seorang perempuan. Gerda mencadangkan untuk Eddie bertemu seorang doktor. Eddie pun berangkat menemui doktor yang telah dicadangkan oleh Gerda untuk melakukan pembedahan menggantikan alat sulit pertama dalam sejarah kedoktoran ketika itu, 

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar


Pembedahan pertama berjaya dilakukan. Nak tau apa kesudahan cerita ni? Tengok sendiri. Kalau aku cerita banyak - banyak macam tak feeling pulak korang nak rasa. Ouh lupa nak cakap. Eddie ni memang kerja dia menangis je. Dengan keadaan diri dia yang mengalami kecelaruan identiti. Untuk orang yang kat luar sana, bila kita berhadapan dengan manusia yang kecelaruan identiti, jangan lah terus menghukum. Sebab dia tak mintak pun untuk dijadikan macam tu. Jangan bagi dia down. Kena terus bagi semangat terus hidup. Tak ramai orang sanggup nak bagi kata - kata semangat. Sebab kita selalu jadi golongan yang menghina orang lain dan menunjuk kesalahan. 



Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Lili Elbe (kiri), Eddie Redmayne(kanan) sebagai watak utama dalam Filem The Danish Girl
Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Einar Wegenar, seorang pelukis, dan Lili Elbe sebagai perempuan

Filem The Danish Girl Adalah Kisah Benar
Potret Lili Elbe yang dilukis Einar Wegenar pada tahun 1928 dengan menggunakan watercolor

Kisah di Sebalik takbir pembikinan filem The Danish Girl boleh rujuk ke pautan ini. http://www.telegraph.co.uk/film/the-danish-girl/true-story-lili-elbe-transgender/

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.