Asrama sekolah tahfiz di Dengkil Musnah Terbakar
Sejumlah 30 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Redzuan hilang tempat tinggal apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil, Selangor, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, bangunan 2 tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Penjaga madrasah, Usamah Ishak berkata ketika kejadian semua pelajar berusia antara 8 dan 18 tahun sedang menunaikan solat Isyak di Masjid As-Shariff yang berdekatan.
"Kejadian itu disedari apabila saya balik dari masjid. Api merebak dengan cepat dan kami tidak sempat berbuat apa-apa. Pelajar-pelajar terpaksa tidur di masjid itu malam ini sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat,"
katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Cyberjaya, Penolong Kanan Penguasa, Izman Adnan berkata 2 jentera dan 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 9 malam.
"Asrama di tingkat atas musnah dan punca kebakaran masih dalam siasatan" katanya. – Bernama, 18 Januari, 2016.
-Bernama
Lokasi : Dengkil, Maahad bersebelahan masjid Kg Dato' Ahmad Razali
Andai ada sedikit rezeki kongsi kan lah sedikit kepada mereka yang perlu. Insyaallah Tuhan bantu nanti bila kau sedang melewati sukar.
2 Comments
sekolah nie selang bebeapa rumah dengan umah sis..
ReplyDeleteKak Nieyl, kenapa tak boleh bukak blog akak? Keluar coding pulak. :(
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.