Lirik Lagu Ziana Zain Putus Terpaksa




Lirik Lagu Ziana Zain Putus Terpaksa


Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...

Post a Comment

4 Comments

  1. tak tahuuu lagu ni ahaha.. sampai Nana nyanyi tu baru first time dengar.

    ReplyDelete
  2. lagu ini sebenarnya bertemakan kekasih seorang penagih dadah

    ReplyDelete
  3. lagu ini sebenarnya bertemakan kekasih seorang penagih dadah

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.