Sebab Tidak Sambung Belajar



Sebab Tidak Sambung Belajar


Sebab Tidak Sambung Belajar


Ada banyak benda yang aku nak cakap. Tapi tak tahu lah terluah menjadi perkataan atau sekadar berbicara bisu dalam hati secara sembunyi - sembunyi. Aku tak tahu lah ini kata putus atau bagaimana. Aku takut sekadar cakap - cakap kosong je. Aku dah malas nak belajar (sebab menghabiskan duit emak bapak).

Aku rasa macam nak duduk rumah tengok emak bapak aku jadi tua. Biar lah, orang kata ijazah nanti aku dilambung - lambung dengan pandangan jiran tetangga, makcik pakcik. Biarlah~ . Aku tak berkehendak langsung. Kalau aku angkut ijazah dalam hidup aku sekali pun belum tentu aku mampu nak buat apa benda yang diminta. Kalau semua nya atas dasar pengalaman.

Aku takut dengan segala pangkat nanti, duit aku jadi menggunung tapi aku lupa siapa emak dan bapak. Sampai aku terlupa aku tak punya waktu untuk emak dan bapak. Aku terlupa nak susun kasut depan pintu. Sebab aku tak menjengah langsung emak dan bapak akibat dengan kesibukan berpangkat mencari harta menjalankan tanggungjawab seorang pekerja ijazah. Mak dan bapak makin tua. Adik - adik aku sedang membesar. Aku dah sampai sini, siapa aku sekarang. Cukuplah. Aku dah rasa pengalaman. Memang bantuan banyak. Banyak sangat. Tapi berapa kali nak turun naik untuk diluluskan, belum tentu lagi dapat. Atau aku tamatkan pengajian sekadar untuk menghabiskan sisa hidup aku dengan menanggung PTPTN? 

Aku takut, aku di kejauhan. Mak dan bapak mengadu tidak cukup makan. Aku? Aku tak akan pernah kisah. Sebab aku tetap akan makan macam biasa. Aku bukan anak derhaka, tapi itulah aku. Si pemakan 24jam. Aku tak akan pernah peduli dirumah. Asalkan aku makan. Dan aku harus perlu duit. Jadi terfikir aku tentang tanggungjawab menjadi anak pertama. Kenapa aku perlu jadi anak pertama sebagai seorang perempuan Kenapa tidak seorang lelaki? 

Terfikir aku : 

Tuhan tidak jadikan aku sembarangan. 

Jadi terfikir untuk aku berkorban. Itu je mampu. Ya, aku faham. Sekarang aku bukanlah di tahun 1970 an dimana aku perlu berkorban kerana kos sara hidup tidak mencukupi. Aku faham dan aku mengerti. Tapi, sekarang sudah jauh berbeza. Untungnya rumah yang aku duduk tidak perlu dibayar. Kami tidak pernah putus beras. Tapi pernah beras segenggam tinggal dalam tong. Itu masa aku di rumah. Dulu? Masa aku di universiti. Bila aku minta duit, mak mengadu "Kami kat sini pun tak cukup makan". 

Mak pernah bergadai emas satu - satunya. Sampai harini masih lagi dikedai. Aku pun tak tahu lah. Aku kesian dekat emak. Mujur, aku bukan perempuan yang lain. Bergelang emas dikaki, leher,tangan. Mujur, aku tak pernah gemar berhias. Mujur, emak juga bukan seperti itu. Emak gadai sebab aku masuk universiti. Tapi, aku berhenti ditengah jalan. Sebab aku memang tak suka apa yang aku belajar. Masih ingat, mak sarat mengandung naik turun tangga untuk segala urusan di universiti. Aku kesian. Tuhan uji aku, aku diserang period pain untuk hari pertama. Aku mual - mual. Aku dah tak peduli kiri kanan. Sampai bilik aku muntah, mak pergi pun aku endah tak endah. Sebab aku dilanda perasaan tak selesa. Sampai harini, aku bersalah tak terkira.

Aku janji dengan diri aku nak belajar sungguh - sungguh. Tapi, aku tak mampu pun. Aku sambung sijil. Alhamdulillah. Habis. Sekarang tengah praktikal. AKu harap aku dapat habiskan praktikal dengan jayanya. Biarlah sijil. Biar. Aku bukan pergi menagih sampai orang nak merendah - rendah aku. Kalau pun aku bekerjaya, aku kirim duit pada emak tapi aku tak pernah ada. Jadi apalah bezanya? 

Ini je aku rasa aku boleh buat. Duduk depan emak menanti emak dan bapak tua. Sama - sama menikmati secangkir kopi di waktu hujan mencurah ditemani cekodok pisang yang hangus terlebih api. Aku rela. Kalau itu makanannya. Aku nak rasa apa yang emak dan bapak rasa dirumah waktu menyekolah kan anak - anak dalam payah. Aku tak hendak duduk seberang, makan nasi berlaukkan ayam. Tapi emak dan bapak bergaul nasi dan ikan masin semata. Tak adil. 

Nanti kalau emak dan bapak dah mati. Aku pulak rindu tak pernah berbakti. Dulu masa aku belajar jauh, aku tak suka dirumah. Suasana nya tak pernah aman dengan gaduh - gaduh adik aku. Aku serabut. Sampai harini pun adik - adik tak suka aku. Sebab aku suka cari pasal. Tapi aku cari pasal bukan saja. Aku bergurau. Mungkin gurauan aku tu cuma boleh dipraktikkan oleh adik aku dengan kawan - kawannya dirumah. Mungkin beranggapan aku annoying. Entah ~ Mungkin juga aku tak layak untuk bersenda apa. 

Semalam aku bergurau. Jenis aku, kalau orang pukul aku sekali, dia mesti dipukul balik mengikut bilangan tadi. Baru adil. Semalam, aku bergurau. Tak sangka kena sepak dengan kaki oleh adik aku. Aku berkira - kira. Umur aku sekarang 20 dan dia masih 13. Aku tak fikir dia layak sepak aku bila bergaduh. Kalau umur aku masih sekolah boleh lah dikira layak. Aku rasa dia kurang hajar. Terus aku masuk bilik, tak bercakap apa. Tengahari tadi pun aku tak bercakap apa dengan diorang. Aku cuma bergurau dengan emak. Aku jadi sentap dan malas nak ambil tahu. Lagipun adik - adik aku semuanya jenis rasa diri dah bagus tak boleh di nasihat. Kalau dinasihat, diorang akan bersikap biadab. Aku akan bengang. Kalau semalam tidak ada bapak tengah buat kerja, dah lama aku balas balik dia tu. Kalau ada bapak, aku yang kena sebab aku besar. 

Sebab aku perlu berkorban, aku dah rasa. Itulah rumah tempat aku tidur. Biarlah bumbungnya ber bolong - bolong air jatuh saat hujan lebat atas katil aku. Setitik - dua titik - tiga titik. Biarlah. Aku dah pasti. Tak akan sebab bumbung ber bolong aku mesti lari belajar jauh - jauh tinggalkan emak dan bapak meniti tua sendirian. Lagipun adik - adik aku jarang dirumah. Sibuk bermain tak ingat balik. 

Lagipun cuma aku seorang yang selalu nikmati apa sahaja yang emak masak. Adik - adik yang lain berkira. Kadang - kadang tak makan langsung. Tak malu makan dirumah orang. Tengahari tadi aku balik makan dirumah. Emak membebel. Lauk semalam tak habis. Adik cakap dia makan di rumah kawan. Aku kesian emak. Biarlah aku dirumah. Tolong makan masakan emak dengan enak. Biar tidak cukup garam. Terlebih masin. Aku ada. Akan makan apa sahaja emak masak.

Ssepanjang aku membesar, aku banyak habiskan waktu di asrama. Dengan kawan. Aku lebih gemar kasih sayang kawan yang tak terbelah bahagi. Yang asyik hidup disebelah meski bangun dan tidur. Ketika diasrama dulu. Aku nak menikmati kasih emak dan bapak. Walau tidak persis orang lain yang berlembut. Emak dan bapak kasar. Tapi, itu sahaja emak dan bapak yang Tuhan utus buat aku. Apa sahajalah pilihan yang aku ada. 

Aku nak duduk dirumah. Mendengar emak membebel rumah bersepah terpijak debu berserakkan. Mendengar bapak mengamuk cari kunci hilang. Telinga sudah aku tadah. Ini sahaja telinga yang tinggal. Yang hidup dengan aku. Teman emak dan bapak dikedai mamak menikmati roti canai kuah kari. Bergendong naik motor dua buah, berjemaah. 

Serius ! Aku sudah putuskan. Aku nak duduk dirumah. Bertentang mata dengan emak dan bapak Sebelum dan selepas tidur. Menikmati sihat sakit emak dan bapak. Kalau Tuhan takdir aku kawin, berjauhan aku dengan emak dan bapak. Tidak nikmati hidup masa hayat.

Aku harap ini cukup ampuh untuk tidak sembung belajar meninggalkan emak dan bapak.

Aku sudah sedia. terkena lontaran kata - kata sesiapa dengan keputusan aku. Aku bekorban. Untuk kali ini sementara emak dan bapak masih hidup. Aku bahagia, dapat luah semua yang terbuku. Bukan menagih apa. Cuma dengan tulisan sahaja aku boleh menikmati apa kesengsaraan hati. Kala ini, aku tak punya siapa untuk berkongsi. Usah simpati, ini cuma luahan hati yang terbejat oleh aku :) Abaikan kalau tidak perlu.

Post a Comment

3 Comments

  1. serious ke sis?
    :(
    hm betul, kalau belajar habiskan duit umi abah buat apa kan :((((
    qila pun mcm hmmm sedih TT_TT

    ReplyDelete
  2. Kini diriku dalam dilema utk membuat keputusan sama ada sambung ambil degree atau tak. Tawaran UiTM Puncak Perdana menunggu jawapan Dari ku. Hmmm

    ReplyDelete
  3. Ini juga antara sebab saya tak nak sambung belajar. Habiskan duit ibu bapa saja.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.