Review Detik Debar - Eyman Hykal


Review Detik Debar - Eyman Hykal

Sebenarnya aku baru je tamat kan buku ni dua hari lepas. Lama juga aku mengabdikan diri dengan novel ni. Berminggu - minggu. Sebab aku menghadapi kekangan masa. Kerja dari pukul 8.30 hingga 5.30. Dah tentu aku balik sampai rumah pukul 6 lebih. Lepas tu siap mandi makan, aku mengantuk. Sebab aku sanggup, bangun aku ngadap buku, nak tido buku, everywhere buku. Sampai aku terlupa aku ada tv dekat rumah. Walaupun cuma satu mukasurat, tapi dah cukup bermakna untuk aku. Aku mesti habis kan. Ada 2 buah buku lagi tengah beratur. 2 lagi sedang terbengkalai baru separuh jalan. Dan 1 on the way sampai ke rumah. Ya. Nampak sangat aku tamak dengan buku. 


Sinopsis 

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang akan merundum, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan islam di sebuah persidangan  
ekonomi islam di malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensioanl Amerika yang didalangi pihak Zionis.

31Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah - tengah kemerdekaan sambutan yang bewarna - warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan mmbunuh lelaki no 1 Amerika itu. Perisik elitnya Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlaku diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hdup dan mati.

"Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut" - Ramlee Awang Mursheed


Review Detik Debar - Eyman Hykal


Watak 

John Martinez - Presiden Amerika Syarikat
Faris Zafar, Normala, Tuan Aziz -anggota BISIK
Naeem dan Nazeem - Kanak2 yang terbunuh di Palestin
Jennifer Miles - Wartawan WLL (WorldLiveLine)
Ahmed - Pembantu Jennifer
Omar aka Menaham + Ali + Moussa Arafat
Bajar Buang - Mengepalai SAKA


Sebelum aku ulas novel ni pun Ramlee Awang Mursheed dah mengulas dulu sebelum aku. Pernah baca Meniti Maut? Sebenarnya bukan senang nak jumpa novel aksi dekat penerbitan Alaf 21. Bila wujud, maka hargai lah. Novel yang patut di angkat martabatnya seiring novel berkisarkan Sufi oleh Ramlee Awang Mursheed yang menjadi kegilaan dulu, atau mungkin sehingga hari ini. 

Sekali baca tajuk pun kau dah boleh agak, ni bukan calang - calang novel cinta yang hidup bagai cendawan tumbuh di Alaf 21. Sinopsis dah pun mengatakan presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia. Ingat tempoh hari sewaktu Obama datang ke Malaysia? Seolah - olah menjadi sibambungannya. Tapi, Obama tu sampah pada pandangan masyarakat Malaysia khususnya bila dikatakan beliau datang Malaysia untuk merealisasikan perang dunia ke 3. Ya, perang memang tetap akan berlaku. Cuma, entah bila ~

Permulaan novel ni telah membawa aku ke Thailand. Bersama - sama dengan Fariz Zahar dan Normala, Di pertengahan jalan mereka telah ditahan sebelum waktunya. Rupa - rupanya mereka sengaja mendesak Fariz Zahar di dalam operasi latihan BISIK untuk mengukuhkan kecekalannya menjadi perisik.

Ketika wartawan WLL membuat liputan di Selatan Gaza, Palestine beliau telah menyebabkan dua orang kanak - kanak mati. Sedangkan mereka sebenarnya sempat untuk hidup jika dikira - kira. Tapi disebabkan kehalobaan Jennifer Miles untuk membuat liputan terhangat dia mengabaikan nilai kemanusiaan dalam diri. Sehingga akhirnya ketika ayah Jennifer menghantarnya ke Malaysia untuk membuat liputan bisnes (sebelum ini Jennifer bertugas di bahagian politik), ayah kepada dua orang kanak kanak iaitu Naeem dan Nazeem telah mengekorinya.

Sampai ke Malaysia, BISIK telah mengarahkan Fariz untuk menjaga Jennifer sepanjang beliau di Malaysia, kerana Jennifer dianggap merbahaya oleh seluruh dunia atas ketidakkeperihatinannya terhadap Naeem dan Nazeem.

Ketika sambutan kemerdekaan, Omar, Ali dan Moussa masing - masing telah merancang pembunuhan John dengan mensasarkan senjata dari jarak jauh. Sebelum itu, John telah berjumpa dengan Jennifer untuk menjadi pembantunya, Jennifer sendiri tidak mengerti maksud John. Sehingga lah ketika suasana di sambutan kemerdekaan akhirnya dikejutkan dengan tembakan tepat ke arah dada John, Baju John dilumuri darah.

Terdapat dua kejadian yang berlaku ketika itu sebenarnya. John ditembak dan Bakar Buang (mengetuai SAKA) bergaduh dengan Datuk Farush Khan. Bakar Buang hadir ke sambutan kemerdekaan untuk membuat onar. Niatnya ialah menghentikan ucapan John dan buat sehingga John turun dari pentas. Kebenciannya pada Zionis meluap - luap.

Ramai menyangka John tekah mati akibat pendarahan yang teruk. Ketika mereka sedang bersuka dengan kejayaan, seorang pelayan hotel telah mengantar makanan ke bilik mereka. Ya. Mereka memang ada memesan makanan. Ketika itu, liputan berita menunjukkan John selamat dari kematian. Ketika itulah pelayan masuk ke bilik mereka dan membunuh keduanya. Mereka ialah orang yang sangat di cari - cari oleh negara mereka. Siapa yang bunuh keduanya???

Mengapa John tidak mati ketika ditembak? Meski peluru memang tepat mengenai dada. ? Nak tahu? Kenalah baca :))

Tahniah Eyman Hykal !! Kerana mewujudkan karya hebat setanding Ramlee Awang Mursheed.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tq Mieza kerana menatap Detik Debar. Semoga saudari menemui Meniti Maut untuk menatap aksi Fariz Zafar tatkala baharu menyertai BISIK.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.