Beli Apa Sahaja Dengan Duit | Aku masih kaku, duduk membatu, memikirkan tentang masa aku nanti bagaimana ? Sekarang semuanya perlukan duit. Duit. Kalau dulu cinta katanya datang dari hati. Ah! Sekarang tidak lagi. Kalau dulu hati budi dinilai dari kelakuannya. Ah! Sekarang tidak lagi. Duit itu pada zaman ini seolah - olah harta sebahagian dari nyawa. Tidak berduit layak mati.
Di negara yang dikatakan pesat membangun ini, kau yakin tahun 2020 sudah berkereta di atas angin, bukan lagi di atas jalan raya yang penuh sesak. ? Angin akan menjadi pengangkutan paling mahal. Bukan lagi di atas jalan raya. Jalan raya akan menjadi pengangkutan untuk simiskin. Hmm. Kau adalah manusia yang masih lagi makan gaji termasuk aku, dia, mereka, kita semua. Ya kita semua --
Masih lagi membayar cukai yang berganda - ganda. Harga barang yang tidak masuk akal. Gaji yang ciput untuk membesarkan 5 hingga 6 orang anak yang kira - kira masih lagi menuntut ilmu. Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Aku membayangkan kalau beliau itu adalah seorang yang miskin?
"Siapa suruh kau kawin lepastu buat ramai anak? Kau sendiri tak mampu nak besarkan anak - anak kau"
Hello. manusia ke yang wujudkan manusia dalam rahim? Tuhan. Ya Tuhan yang hidupkan manusia, bukan engkau. Kalau pun engkau pakai kondom setebal 5 kaki pun, kalau Tuhan nak hidupnya nyawa dalam rahim, masih kau nak salahkan manusia yang bodoh kerana mewujudkan anak?
Manusia dihina jika tidak berduit, disanjung jika berduit. Begitu murahnya nilai manusia pada hari ini ya? Sama seperti pakaian aku yang selekeh jika ke sebuah pasaraya terkemuka untuk melihat - lihat baju di butik. Mampu je kalau nak beli. Tapi fikir, ah! Banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk aku beli. Orang di dalam butik pun dah pandang serong. Seolah - olah aku busuk. Tidak layak menjejak kaki ke situ. Kedai siapa ini sebenarnya jika engkau pun bekerja di dalamnya? Kau rasa kau sudah cukup untuk mendapat istilah berduit dan patut dihormati jika bekerja di tempat mahal macam tu?
Sama seperti aku makan di mana - mana kedai. Selalunya akan ada orang - orang yang meminta bantuan untuk sekolah anak yatim, OKU dan sebagainya. Kita ini kan sedang enak makan menikmati juadah yang harganya mungkin sepuluh ringgit lima puluh sen bersama dengan secawan air. Itu kalau makan di kedai mamak. Lalu seorang perempuan yang meminta masa kita 5 minit untuk bukak cerita pasal kismis atau apa sahaja barangan yang dijual. Atau dengan kata lain barangan itu adalah modal untuk anak - anak yatim itu tadi. Apa salahnya hulur seringgit. Kau sedang enak makan, sedang dia merayau mencari seguni duit untuk anak - anak yatim.
Tidak miskinnya. Ikhlas! Tuhan balas nanti. Mana tahu tuhan takdirkan kau pulak yang disuruh minta bantuan untuk orang ramai. Seratus orang yang lalu depan kau tidak seorang pun yang menghulurkan apa pun. Malah kau dicemuh. Apa rasanya tika itu? Sedangkan kau sedang beramal. Ingat sajalah, Tuhan itu kaya. Ada dimana - mana tempat kau berdiri. Bukan kau seorang, bukan dia, tapi kita semua. Tuhan melihat amal kebaikan yang sedang kau buat walau sembunyi. Jangan sampai nilai kemanusiaan tampak murah saat wang sedang disanjung. Jangan biar manusia yang sama - sama hidup dengan kau tapi meratap sedih dengan kemiskinan diri sendiri. Sama - sama lah membantu. Walau secubit roti sekadar mengalas perut. | Beli Apa Sahaja Dengan Duit
1 Comments
:((
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.