Majlis Pra Graduan IT dan Kelas Terakhir | Assalamualaikum. Akhirnya Sijil Aplikasi Perisian Komputer dah tamat dengan jayanya. Walaupun masih tak boleh nak bersuka - ria sangat sebab semester lima belum berakhir. Sekarang ni aku tengah cuti sem. Selama tiga mimggu. Naik je cuti, maka bermula lah praktikal. Ouh aku sangat takut sebenarnya nak hadap. Sebab jujurnya aku lembab. Serius aku tak suka apa yang aku belajar. Maka nya bila tak suka, bila disuruh buat mesti akan mendatangkan masalah. Ah tunggu saja lah nanti apa yang jadi.
Masa kelas terakhir semua beria nak ambil gambar. Tak pernah tegur pun tetiba nak snap gambar bersama - sama. Ya itu kelakar. Yang atas ni Umar. Senang je kalau satu group dengan dia. Orang bagi arahan dia buat, tak bagi arahan senyap. hahaha.
Dari kiri : Qaqa, Syarul, Aku, Adam, Pinaz, Akmal |
Yang atas ni kira kawan rapat. Aku paling rapat dengan Akmal. Serius, hari pertama aku kelas masa semester satu, sampai lah hari terakhir dia adalah kawan terbaik. Kalau nak dibanding kan dengan kawan - kawan yang lain tu dia memang terbaik. Walaupun dia terpaksa dengar aku membebel, tapi dia tetap dengar.
"Weyh, kau dengar tak? Ikhlas tak ni?"
"Ya. Aku dengar."
Ceh, padahal dia malas dah layan aku. Potpetpotpet sepanjang masa.
Kiri : Aryll, Aku |
Aku kenal Aryl masa semester tiga kalau tak silap. Dia ni kena repeat semester sebab eksiden langgar lari. Aku ingat lagi masa aku semester tiga kot, masa tu kelas agama. Dia ni masuk dewan kuliah, wah wah. Handsome weyh. Nasib baik tak sombong. Biarlah aku jujur. Ni ayat gedik sikit. Dalam kelas aku mostly memang lelaki nya handsome. Tapi ada la dua tiga tu kan yang berlagak. Hahaha. Terasa lantak kau. Tapi Aryl ni tak sombong langsung. Terima kasih !
Majlis Pra Graduan |
Perempuan ni baik. Dia selalu bagi aku pinjam macam - macam. Hahaha. Aku sayang dia. Sebab dia selalu dengar cerita aku. Dengar masalah aku. Dia kawan perempuan rapat aku. Nama dia Qaqa ^_^ Dia cantik, Dia baik. Terima kasih jadi kawan. AKu baru je rapat dengan dia semester 3 kalau tak silap. Kalau tak silap. Aku pun tak berapa nak ingat.
Kiri : Syarul, Aku, Pinaz, Bazilah, Qaqa |
Housemate hipster setiap masa tak termasuk aku |
Tengah tu namanya Aina, yang kanan tu namanya Tasya. Dua - dua ni sakai. Maksud aku sakai bukanlah diorang tu sakai. Tak! Maksud aku otak gila - gila. Boleh ngam. Sepanjang aku semester 1 sampai lah semester 4 inilah rupa housemate aku. gaduh tu biasa lah. hahaha. Tapi sekejap je. Sebab sayang. Dua - dua pun aku sayang. Diorang lah yang suka dengar aku bercerita. Tapi Aina tu tak. Sebab dia bosan dengar cerita aku. -_- Faham. Tasya je dengar cerita aku. Tapi lepas tu dia sambung cerita dia pulak -_- okay faham banyak cerita. Hahaha
Pasangan Bahagia ^_^ |
Pelajar SAP 4 dengan pensyarah IT |
Berbahagia sebab dah tak ada kelas. Kan? Ya itulah apa yang aku rasa. Tapi jujurnya aku rindukan kita. Aku rindukan semua. Yang pernah datang dan pergi. Sepanjang aku bergelar pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat selama 1 tahun lebih. Rindu amat. Rindukan suara - suara nakal. Yang selalu sangat membuat kacau waktu pensyarah mengajar.
Teringat hari pertama pendaftaran. Masa tu ada sedikit rasa takut. Ah, boleh tak ni orang terima aku? Boleh tak ni diorang nak kawan aku? Nanti buat presentation ada tak orang nak partner dengan aku. ? Ah macam - macam lah lagi soalan yang asyik tembak aku. Tapi, alhamdulillah. Semua nya okay. Menerima apa kurangnya aku.
Jujur lagi, sepanjang aku dekat Kolej Komuniti Hulu Langat aku enjoy gila. Apa yang aku enjoy? Enviroment, kawan - kawan of course, pensyarah - pensyarah yang sangat baik. Sangat dekat dengan pelajar. Dari aku semester satu sampai semester empat. Pensyarah memang terbaik. Cuba juga sedaya upaya tak nak bagi gagal. Dan hasilnya pada aku, pointer aku agak memberangsangkan jugak. Alhamdulillah.
Banyak sebenarnya gambar yang aku nak masukkan. Tapi, aku memikirkan kadar loading dan kadar kebosanan readers termasuk gambar yang kurang cantik. Jadi aku had kan.
Terima kasih Bazilah sudi berbaik dengan aku balik. Memang sedih bila dapat peluk. Jurai jurai air mata aku. Bukan sebab nak berpisah. Tak -- Sebab baru baik dah lama sangat tak bertegur. Cuma tu lah kali terakhir, dah tak jumpa lagi nak borak - borak.
Buat semua pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat yang pernah mengajar aku. Terima kasih sudi mencurah kan ilmu tanpa sekatan, penat lelah tak pernah hiraukan. Untuk aku sebut seorang - seorang mungkin aku sendiri dah lupa nama penuh. Jadi, aku random kan aje.
Terima kasih tak terhingga buat Puan Yusmaria sebab memberi kepercayaan kepada aku untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa perwakilan pelajar. Tak percaya sebenarnya. Pernah aku tanya kan dia masa semester 1. Dia kata dapatkan pointer bagus. And aku terima cabaran beliau. Selalu kena tegur pakai seluar jeans dekat tangga. Paling rindu. "Mieza, awak pakai seluar jean ni lagi? Mieza, bleazer awak mana? Sapa nak pakai? Nenek dekat rumah" Ouh Puan, paling rindu dengan Puan. Paling sporting, paling sayang!
Terima kasih buat Pensyarah semester 4 terutamanya Puan Syad, Puan Huda dan Puan Hani. Best ever kenangan. Rasa dekat. Dulu masa aku semester 2, 3 bila tengok kemesraan Pensyarah semester 4 dengan pelajar diorang buat aku rasa jeles. Dan akhirnya aku dapat merasai pengalaman dengan diorang. kalau Puan baca ni nak Puan tau, saya rindu puan !
Buat semua khilaf yang pernah ada, aku merendah kan diri memohon kemaafaan seluasnya.
Terima kasih semua yang pernah datang dalam hidup aku sepanjang aku di sana. Aku menghargai segala.
Aku harap, permulaan perkenalan tu tak akan menghentikan KITA. Sampai bila - bila pun. Teruskan perjuangan dalam hidup dalam apa pun yang menjadikan kalian seorang manusia terbaik pada diri sendiri dan sekeliling.
Banyak nak cakap, sampai tak terluah sebenarnya. Terlalu rindu dengan kalian -- | Majlis Pra Graduan IT dan Kelas Terakhir
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.