Rindu Diari Akademi



Rindu Diari Akademi


Rindu Diari Akademi  | Assalamualaikum. Siapa dekat sini pernah layan Akademi Fantasia sejak ia ditubuhkan? Semenjak musim pertama? Angjat tangan. Okay kita geng. Pernag tak rasa rindu zaman tu? Zaman yang dah lama kebelakang. Sengaja aku guna logo Akademi Fantasia yang lama biar memori tu datang balik secara perlahan. Ingat lagi tak diorang duduk dalam satu banglo besar?

Sebab kan masa tu aku bukanlah seorang pelajar yang terlalu menghadap buku, jadi aku banyak habiskan masa aku depan tv tengok diari dan konsert. Setiap minggu aku menangis gara - gara Aznil punya power bawa perasaan penonton ikut sama dalam emosi. Tak dapat dinafikan Aznil adalah pengacara paling legend pernah aku minat.

Walaupun aku bukanlah salah seorang pelajar akademi, tapi disebabkan setiap hari aku dapat tengok aktiviti diorang, aku rasa macam aku pula yang duduk dengan diorang. Rasa macam dekat dengan diorang. Sampai lah suatu masa bila aku duduk asrama, duduk dalam satu bilik. Mandi sekali, makan sekali, tidur sekali, basuh baju sekali, sembang sekali. Tidur aku pandang muka kau, kau pandang muka aku. 

Kene kejar monyet sama - sama, outing sama - sama. Senang cerita semua benda kita buat sama - sama. Sampailah bila salah seorang nak pergi tinggalkan asrama, meraung tak tentu pasal. Punya lah sedih sangat. Padahal akak senior tu tak pernah kenal pun. Baru kenal sehari. Dalam masa sehari tu lepak dengan dia, dia tolong aku buat apa tah. Malam tu aku menangis. Agaknya macam mana lah suasana dekat Akademi bila setiap kali ada penyingkiran. Retak berkaca hati diorang kan? 

Nak cerita kenangan dekat asrama memang banyak gila. Mungkin lepas ni akan ada entri pasal surat - surat lama. Nanti aku ambil gambar untuk tatapan semua. Apa pun nak ucapkan terima kasih dekat SMK Seri Tanjong Kuala Selangor dan Asrama Pusat Seri tanjong Kuala Selangor yang menjadi kan aku manusia lebih hidup berdikari. Menjadikan aku manusia lebih berani dengan cabaran - cabaran yang datang.  | Rindu Diari Akademi 

Post a Comment

0 Comments